Anda di halaman 1dari 7

Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

STANDARD
KOMPETENSI COACH

PENSIJILAN
CERTIFIED COACH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat


1 Pengenalan dan Kerangka Kompetansi Certified Coach IAB 2
2 Deskripsi Standard Kompetensi Certified Coach IAB 4
3 Rujukan 7

1.0 PENGENALAN

Mengikut standard MS ISO 9001:2015 Subklausa 7.2 Kekompetenan, organisasi hendaklah


menentukan kekompetenan yang diperlukan oleh anggota organisasi yang melakukan kerja di
bawah kawalannya yang memberi kesan kepada prestasi dan keberkesanan sistem pengurusan
kualiti. Oleh itu organisasi perlu memastikan bahawa anggota organisasi kompeten berdasarkan
pendidikan, latihan atau pengalaman yang sesuai.

Bagi IAB, Program Master Trainer diwujudkan bagi melahirkan trainer dan coach yang
bertauliah, kompeten dan berupaya melaksanakan latihan dan pembangunan kepada pengurus
dan pemimpin pendidikan. Secara umum, dua kategori bidang Master Trainer adalah seperti
berikut:

a) Latihan

Inisiatif latihan dan pembangunan bagi meningkat kapasiti individu dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan;

b) Coaching

Inisiatif membimbing dan memberi khidmat konsultasi untuk meningkatkan keupayaan


individu dan organisasi melalui pendekatan pembangunan organisasi iaitu keupayaan
pengurus dan pemimpin pendidikan merubah organisasi dengan menggembleng sumber
dalaman organisasi itu sendiri.

1.1 Kerangka Kompetensi Certified Coach IAB


2

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

Seseorang coach mesti mencapai Standard Kompetensi Certified Coach bagi membimbing dan
memberi khidmat konsultasi untuk meningkatkan keupayaan individu dan organisasi dengan
cekap. Berikut adalah kerangka kompetensi Certified Coach Institut Aminuddin Baki ( IAB)
yang terdiri daripada 10 kompetensi dalam tiga (3) domain kompetensi.

Pembinaan Hubungan
Profesional
Coach-Coachee

Pengendalian
Sesi Coaching

Keberhasilan
Coaching

DOMAIN KOMPETENSI A: DOMAIN KOMPETENSI B: DOMAIN KOMPETENSI C:


PEMBINAAN HUBUNGAN PENGENDALIAN SESI KEBERHASILAN
PROFESIONAL COACHING COACHING
COACH-COACHEE

1. Pematuhan Etika 4. Persetujuan Bersama 8. Penetapan Objektif


Profesional Coaching Cochee Bersama
Coachee

2. Unsur Saling Percaya 5. Komunikasi Berkesan 9. Perancangan Pelan


Mempercayai Tindakan Bersama
Coachee

3. Kualiti Peribadi Sebagai 6. Pendengar yang Aktif 10. Penyeliaan Perkembangan


Coach Pelan Tindakan Bersama
Coachee

7. Penyoalan Bermakna
2.0 DESKRIPSI STANDARD KOMPETENSI CERTIFIED COACH

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

A. HUBUNGAN PROFESIONAL COACH-COACHEE

1. Pematuhan Etika Profesional Coaching


a. Mematuhi peraturan dan etika coaching yang standard
b. Mempamerkan integriti dalam sesi coaching
c. Mempamerkan tanggungjawab profesionalisme sebagai coach
d. Menghormati pandangan dan pendapat coachee
e. Memahami keperluan coachee selaras dengan konteks organisasi

2. Unsur Saling Percaya Mempercayai


a Memberi tumpuan dalam sesi coaching
b Mempamerkan keterbukaan dalam berkongsi maklumat
c Mempamerkan kesungguhan dalam sesi coaching
d Mempamerkan kepakaran dalam mengupas sesuatu isu
e Menjaga kerahsiaan isu–isu dibincangkan

3. Kualiti Peribadi sebagai Coach


a. Mengutamakan kebajikan coachee
b. Mempamerkan kemesraan sebagai coach
c. Mengurus masa dengan berkualiti
d Mempamerkan penampilan diri yang sesuai sebagai coach
e. Mengamalkan pertuturan yang beradab dan sopan

B. PENGENDALIAN SESI COACHING

4. Persetujuan Bersama Coachee


a. Membina rapport dengan coachee
b. Menjelaskan isi kandungan kontrak coaching berkaitan dengan peranan dan
tanggungjawab coach dan coachee untuk pesetujuaan dimenterai bersama
c. Mendapatkan persetujuan bersama tentang gaya dan kaedah yang digunakan
4

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

d. Meminta kebenaran coachee sebelum melakukan refleksi sesuatu isu


e. Mempersetujui pelan tindakan yang dirangka bersama coachee

5. Komunikasi Berkesan
a. Menggunakan laras bahasa yang sesuai difahami oleh coachee dari segi jawatan dan latar
belakang
b. Menggunakan intonasi suara yang bersesuaian
c. Memberi tindak balas terhadap komunikasi bahasa badan yang dipamerkan oleh coachee
d. Memberi maklum balas secara konsisten semasa perbincangan dengan coachee
e. Menggunakan lakaran minda yang sesuai untuk difahami

6. Pendengar yang Aktif


a. Membuat catatan maklumat yang diberikan oleh coachee.
b. Memfrasa semula sesuatu isu dengan ayat yang mudah difahami
c. Merumuskan hasil perbincangan
d. Membantu coachee melakarkan hasil perbincangan untuk kefahaman yang jitu
e. Membantu coachee membuat keputusan dengan menyatakan tindakan-tindakan lanjut
yang perlu dilakukan

7. Penyoalan Bermakna
a. Mengajukan soalan terbuka dan tertutup sesuai dengan aliran perbincangan
b. Melakukan probing untuk mengumpulkan maklumat yang lebih jelas tentang isu yang
dibincangkan.
c. Mencetuskan pemikiran coachee ke arah pelbagai pilihan bagi menghadapi isu yang
dibincangkan
d. Mengekalkan fokus kepada agenda coaching yang dipersetujui
e. Menyedarkan coachee untuk membuat keputusan bagi penambahbaikan berterusan

C. KEBERHASILAN COACHING

8. Penetapan Objektif
a. Membuat analisis persekitaran bersama coachee berdasarkan maklumat yang diterima
daripada pelbagai sumber
5

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

b. Mengenalpasti isu-isu kritikal organisasi bersama coachee dalam konteksnya


c. Menetapkan sasaran bersama coachee
d. Menentukan Indeks Prestasi Utama (KPI) organisasi bersama coachee
e. Memandu coachee menyediakan dokumentasi lengkap dan bersistematik

9. Perancangan Pelan Tindakan Bersama Coachee


a. Merangka pelan tindakan penambahbaikan yang sistematik bersama coachee
b. Mempunyai pelan kontigensi yang digariskan bersama coachee
c. Membuat refleksi berkaitan pelan tindakan bersama coachee
d. Menghuraikan cabaran yang dihadapi untuk coachee mengambil tindakan susulan
e. Membantu coachee membuat keputusan

10. Penyeliaan Perkembangan Pelan Tindakan Bersama Coachee


a. Memberi motivasi bagi meneruskan pelaksanaan pelan yang dirancang
b. Menjayakan bersama coachee pelan tindakan yang dirancang
c. Membantu coachee membuat refleksi kemajuan pelan tindakan dalam setiap sesi
perjumpaan
d. Membantu coachee membuat penilaian kendiri
e. Mengupayakan coachee memikirkan tajuk-tajuk sesi coaching seterusnya mengikut
keperluan

Rujukan

Abdul Razak Alias, 2016. Modul Latihan Coaching dan Mentoring Dalam Pendidikan
Association for Coaching, www.associationforcoaching.com
Coaching People, 2016. Harvard Business School Press
Gillian Jones & Ro Gorell, 2012, 50 Top Tools for Coaching. United Kingdom: Kogan
Page
International Coaching Federation, www.coachfederation.org

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki
Standard Kompetensi Certified Coach IAB(2019)

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
Bandar Enstek,
71760 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

April 2019

Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan


Institut Aminuddin Baki

Anda mungkin juga menyukai