Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1

KUIZ SJH1014 PENGANTAR SEJARAH

SKEMA PEMARKAHAN (SP)


SOALAN ESEI
( 10 markah )

Jawab soalan di bawah :

Menurut Abdul Rahman (1996), sejarah dianggap sebagai satu disiplin ilmu yang
bersifat autonomi atau “sui generic”, yang mempunyai prinsip atau kaedah-
kaedahnya sendiri.

1. Huraikan prinsip-prinsip yang wujud dalam sejarah sebagai satu disiplin ilmu
yang bersifat autonomi.

Jawapan

Prinsip-prinsip yang wujud dalam sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat
autonomi.

 Sejarah sebagai satu disiplin ilmu harus bersifat objektif dan mampu
memberikan informasi secara yang kukuh dan menyeluruh tentang peristiwa
lampau.
 Sejarah sebagai disiplin ilmu bersifat empiris yang berasaskan pengalaman
manusia.
 Sejarah mempunyai objek yang menceritakan seluruh aktiviti manusia.
 Sejarah memiliki teori dan kesimpulan tentang kaedah-kaedah pokok suatu
ilmu seperti membuat generalisasi, periodisasi dan generalisasi.
 Sejarah memiliki kaedah khusus iaitu langkah-langkah dan cara-cara ilmiah
dalam pengkajian dan penulisan.
 Pengkajian sejarah berasaskan sumber-sumber pertama dan kedua serta
pentafsiran oleh Sejarawan
 Penggunaan kaedah hermeneutiks dalam mentafsirkan sumber-sumber
sejarah melalui penyelidikan arkib dan analisis dokumen sejarah
 Penggunaan ilmu-ilmu lain sebagai disiplin bantu telah meningkatkan mutu
penulisan sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat autonomi.

Jumlah = 10 markah

Anda mungkin juga menyukai