Anda di halaman 1dari 3

2.

0 DESKRIPSI DIMENSI KOMPETENSI COACHING

A. HUBUNGAN PROFESIONAL COACH-COACHEE

1. Pematuhan Etika Profesional Coaching


a. Mematuhi peraturan dan etika coaching yang standard
b. Mempamerkan integriti dalam sesi coaching
c. Mempamerkan tanggungjawab profesionalisme sebagai coach
d. Menghormati pandangan dan pendapat coachee
e. Memahami keperluan coachee selaras dengan konteks organisasi

2. Unsur Saling Percaya Mempercayai


a Memberi tumpuan dalam sesi coaching
b Mempamerkan keterbukaan dalam berkongsi maklumat
c Mempamerkan kesungguhan dalam sesi coaching
d Mempamerkan kepakaran dalam mengupas sesuatu isu
e Menjaga kerahsiaan isu–isu dibincangkan

3. Kualiti Peribadi sebagai Coach


a. Mengutamakan kebajikan coachee
b. Mempamerkan kemesraan sebagai coach
c. Mengurus masa dengan berkualiti
d Mempamerkan penampilan diri yang sesuai sebagai coach
e. Mengamalkan pertuturan yang beradab dan sopan
B. PENGENDALIAN SESI COACHING

4. Persetujuan Bersama Coachee


a. Membina rapport dengan coachee.
b. Menjelaskan isi kandungan kontrak coaching berkaitan dengan peranan dan
tanggungjawab coach dan coachee untuk pesetujuaan dimenterai bersama
c. Mendapatkan persetujuan bersama tentang gaya dan kaedah yang digunakan
d. Meminta kebenaran coachee sebelum melakukan refleksi sesuatu isu
e. Mempersetujui pelan tindakan yang dirangka bersama coachee

5. Komunikasi Berkesan
a. Menggunakan laras bahasa yang sesuai difahami oleh coachee dari segi jawatan dan latar
belakang
b. Menggunakan intonasi suara yang bersesuaian
c. Memberi tindak balas terhadap komunikasi bahasa badan yang dipamerkan oleh coachee.
d. Memberi maklum balas secara konsisten semasa perbincangan dengan coachee.
e. Menggunakan lakaran minda yang sesuai untuk difahami

6. Pendengar yang Aktif


a. Membuat catatan maklumat yang diberikan oleh coachee.
b. Memfrasa semula sesuatu isu dengan ayat yang mudah difahami
c. Merumuskan hasil perbincangan
d. Membantu coachee melakarkan hasil perbincangan untuk kefahaman yang jitu
e. Membantu coachee membuat keputusan dengan menyatakan tindakan-tindakan lanjut
yang perlu dilakukan.

7. Penyoalan Bermakna
a. Mengajukan soalan terbuka dan tertutup sesuai dengan aliran perbincangan
b. Melakukan probing untuk mengumpulkan maklumat yang lebih jelas tentang isu yang
dibincangkan.
c. Mencetuskan pemikiran coachee ke arah pelbagai pilihan bagi menghadapi isu yang
dibincangkan
d. Mengekalkan fokus kepada agenda coaching yang dipersetujui
e. Menyedarkan coachee untuk membuat keputusan bagi penambahbaikan berterusan
C. KEBERHASILAN COACHING

8. Penetapan Objektif
a. Membuat analisis persekitaran bersama coachee berdasarkan maklumat yang diterima
daripada pelbagai sumber

b. Mengenalpasti isu-isu kritikal organisasi bersama coachee dalam konteksnya


c. Menetapkan sasaran bersama coachee
d. Menentukan Indeks Prestasi Utama (KPI) organisasi bersama coachee.
e. Memandu coachee menyediakan dokumentasi lengkap dan bersistematik

9. Perancangan Pelan Tindakan Bersama Coachee


a. Merangka pelan tindakan penambahbaikan yang sistematik bersama coachee
b. Mempunyai pelan kontigensi yang digariskan bersama coachee
c. Membuat refleksi berkaitan pelan tindakan bersama coachee
d. Menghuraikan cabaran yang dihadapi untuk coachee mengambil tindakan susulan
e. Membantu coachee membuat keputusan

10. Penyeliaan Perkembangan Pelan Tindakan Bersama Coachee


a. Memberi motivasi bagi meneruskan pelaksanaan pelan yang dirancang.
b. Menjayakan bersama coachee pelan tindakan yang dirancang.
c. Membantu coachee membuat refleksi kemajuan pelan tindakan dalam setiap sesi
perjumpaan
d. Membantu coachee membuat penilaian kendiri
e. Mengupayakan coachee memikirkan tajuk-tajuk sesi coaching seterusnya mengikut
keperluan

Anda mungkin juga menyukai