Anda di halaman 1dari 16

Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld.

XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)


ISSN 1511 5828 Full Paper
E-ISSN-2637-1065

Article history
TAHAP KESEDIAAN APLIKASI C-PANTUN SEBAGAI SATU KAEDAH Received:
BAHARU DALAM PENCIPTAAN PANTUN MELAYU 24 February 2020
Received in revised form:
26 August 2020
THE READINESS APPLICATIONS C-PANTUN AS A NEW METHOD IN
Accepted:
CREATION OF MALAY PANTUN
31 November 2020
Published online:
31 December 2020
SITI ZUBAIDAH RAJA MOHAMED1, AZLIN MOHD ROSDI2, SALMIAH
MD SALLEH3 & ANIDA IDRUS4

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai,


71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

*Corresponding author:
azlin@pendidikguru.edu.
my

ABSTRAK

Pantun merupakan salah satu genre dalam puisi Melayu tradisional. Pantun agak popular ketika
dahulu kerana sifatnya yang ringkas serta mudah untuk diingat dan dihafal. Pantun juga digunakan
dalam kegiatan harian terutama dalam menyampaikan pengajaran, teladan, dan nasihat. Pada
masa kini, pantun masih lagi digunakan terutama sebagai lirik lagu dan sewaktu merisik dan
upacara peminangan. Namun, penciptaan pantun menjadi agak sukar kerana individu tersebut
harus menggunakan unsur-unsur alam sebagai pembayang untuk melahirkan puisi yang indah.
Rima akhirnya yang berbentuk a/b/a/b (sekiranya pantun empat kerat) menyukarkan
penciptaannya kerana kurangnya pengetahuan sedia ada terhadap perbendaharaan kata yang
sesuai. Sehubungan dengan itu, aplikasi C-Pantun telah dicipta untuk memudahkan sesiapa sahaja
mencipta pantun kerana suku kata pembayang telah disediakan untuk disesuaikan dengan rima
akhir maksud yang dibina. Maka, penciptaan pantun menjadi mudah dengan menggunakan aplikasi
ini. Hurup C merujuk kepada cuba, cipta dan cakna. Kajian ini dijalankan untuk menguji sejauh
manakah kesediaan Aplikasi C-Pantun sebagai satu kaedah baharu dalam membantu penciptaan
pantun dengan mudah, seronok dan cepat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Kata Kunci: Aplikasi C-Pantun, mudah, menarik, penciptaan, kaedah baharu

1
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

ABSTRACT

Pantun is one of the genres in traditional Malay poetry. Pantun was quite popular in the past because
of its nature of simplicity. Furthermore, it is easy to remember and memorize. Pantun was used in
daily activities especially in delivering lessons, examples, and advice. Nowadays, pantun is still widely
used as the lyrics of a song and during pre-wedding ceremony. However, the creation of pantun
becomes quite difficult because the individual must use the elements of nature as a hint to produce
beautiful poetry. The final rhyme in the form of a / b / a / b (if the verse is four verses) caused the
difficulty in creating pantun, this is due to the lack of existing knowledge on appropriate vocabulary.
Accordingly, the C-Pantun application has been invented to make it easier for everyone to create
pantun because the ‘rima akhir’ have been prepared to suit the final rhyme of the constructed
meaning. Thus, pantun can be easily created by using this application. The letter C refers to Cuba (try),
Cipta (create) dan Cakna (care). This study was conducted to determine the readiness of the C-Pantun
Application as a new method in helping the creation of poems easily, fun and fast in today's society.

Keywords: C-Pantun application, simple, interesting, creation, new methods

PENGENALAN

“Sayang sirih dari seberang,


Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
Bagai hempedu lekat di hati.

Kain batik baju pun batik,


Batik datang dari Jawa;
Adik cantik abang pun cantik,
Bagai pinang dibelah dua.”

Pantun Melayu seperti contoh di atas merupakan salah satu budaya dan warisan yang tidak
akan lapuk dek hujan, dan tidak pernah lekang dek panas. Pantun merupakan puisi tradisi
Melayu yang terserlah dengan kehalusan budi dan ketajaman akal fikiran manusia. Pantun
dicipta sebagai suatu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap
seseorang atau berkaitan sesuatu perkara. Selain itu, pantun juga digunakan untuk menyindir,
berjenaka, memberi nasihat dan bersuka-suka dalam mengisi waktu senggang orang
Melayu. Oleh hal yang demikian, pantun terbukti menjadi wajah atau cerminan kehidupan
masyarakat Melayu kerana dalam pantun tergambar segala perihal tingkah laku, corak
kehidupan, falsafah, sikap dan peraturan, kehalusan budi, kasih sayang, gurau senda, orang
berdagang dan sebagainya yang memenuhi ruang lingkup kehidupan masyarakat Melayu
ketika itu.

2
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Pendapat beberapa sarjana mengukuhkan kedudukan pantun yang menjadi milik orang
Melayu. Menurut Zainal Abidin (1965), penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik
asal kepunyaan masyarakat Melayu. Harun (1989) juga menegaskan bahawa pantun adalah
ciptaan asli orang Melayu. Pantun bukanlah adaptasi daripada puisi-puisi Jawa, India atau
Cina. Hal Ini bermakna, pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu
serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain. Selanjutnya, Harun (1989) menegaskan
bahawa oleh sebab pantun adalah suatu bentuk sastera lisan dan masih berkedudukan
sebegitu hingga sekarang, tidaklah dapat ditentukan tarikh pantun dicipta dan popular dalam
masyarakat Melayu. Menurut Winstedt (1969), bentuk pantun mula tercatat dalam karya
sastera pada abad kelima belas. Pantun pertama kali muncul dalam sejarah Melayu dan
hikayat-hikayat popular sezaman. Justeru, berdasarkan pendapat sarjana tempatan dan
barat, terbuktilah bahawa pantun Melayu sememangnya karya asli orang Melayu dan amat
popular suatu ketika dahulu berbanding dengan puisi Melayu tradisional lain seperti syair.

Dari segi bentuk, pantun yang popular atau digemari oleh masyarakat Melayu ialah jenis
pantun empat kerat, iaitu dua baris pertama merupakan pembayang, dua baris di bawah
adalah maksud.

Contoh:
Sayang sirih dari seberang, pembayang
Pokok mengkudu dahannya tinggi;
Seorang kasih seorang sayang,
Bagai hempedu lekat di hati. maksud

Pola rima (bunyi suku kata akhir bagi setiap baris) jenis berselang, iaitu bunyi suku kata akhir
baris pertama sama dengan baris ketiga manakala bunyi suku kata akhir baris kedua sama
dengan baris keempat. Untuk menjadikan pantun itu lebih indah dan menarik, rima tengah
juga boleh disamakan mengikut bentuk a, b, a, b.
Contoh:

Kain batik baju pun batik, a


Batik datang dari Jawa; b
Adik cantik abang pun cantik, a
Bagai pinang dibelah dua. b

Baris setiap rangkap atau stanza pantun mempunyai kesatuan fikiran yang lengkap dan
sempurna. Pembayang dalam pantun dipilih daripada unsur-unsur alam sekitar dan
keindahan alam seperti buah-buahan, burung-burung, ikan, pepohon, unggas, pulau, pantai,
gunung-ganang, laut, bulan, bintang, matahari, batu dan banyak lagi unsur-unsur alam yang
lain.

Sehingga kini, pantun banyak digunakan dalam lagu, ucapan, pementasan drama dan cerita
di layar perak. Pantun juga digunakan sewaktu majlis merisik atau perkahwinan yang sering
kali digunakan sebagai bahasa perantaraan. Pantun menjadi alat penyeri majlis, sebagai cara
menyampaikan nasihat, penceritaan dan cara meminta tolong (Safinaz, Mahmud Zuhdi &
Nazura, 2001). Sehubungan dengan itu, selayaknya pantun dianggap sebagai seni warisan

3
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
budaya Melayu yang tinggi nilai sasteranya dan melambangkan keindahan atau nilai estetika
bahasa Melayu. Siti Hajar (2013) mengukuhkan kenyataan tersebut dengan menyatakan
bahawa pantun bukan hanya sebagai alat penyeri majlis tetapi sebenarnya kaya dengan nilai
estetika jika dihayati dengan mendalam setiap bait-bait kata yang diungkapkan melalui
pantun. Oleh sebab itu, pantun masih kekal relevan untuk diketengahkan dalam dunia kini
serta untuk dipelajari, seterusnya dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Dalam kurikulum sekolah, pantun mula dipelajari pada Tahap Satu bermula pada Tahun Tiga
di sekolah rendah sehinggalah Tingkatan Satu hingga Lima pada peringkat sekolah
menengah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, melalui Komponen Sastera (KOMSAS).
Sehubungan itu, dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), Standard
Pembelajaran (SP) yang perlu dipelajari oleh murid Tahun Tiga ialah mencipta bahan sastera
secara berpandu dan mempersembahkan secara kreatif seperti pantun empat kerat
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).

PENYATAAN MASALAH

Menyedari bahawa puisi tradisional seperti pantun dapat mendidik masyarakat dengan nilai
estetika, budi yang luhur dan sarat dengan pengajaran, Kementerian Pendidikan telah
meletakkan seni bahasa seperti pantun untuk dipelajari oleh murid sekolah rendah dan dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui Komponen Sastera (KOMSAS) kepada murid
Tingkatan Satu hingga Lima di sekolah menengah.

Mengapakah seni bahasa? Seni bahasa dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi
murid yang melibatkan perasaan, daya kreativiti, persepsi, konsepsi, imaginasi dan estetika
bagi pengembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk melahirkan insan yang
seimbang. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan
personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan
dan seni dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, salah satu objektif aspek seni
bahasa yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ialah membina pantun empat
kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Namun begitu, agak sukar bagi murid sekolah
rendah dan menengah untuk mencipta pantun kerana kurangnya pengetahuan sedia ada
terhadap perbendaharaan kata. Pembayang yang dicipta tidak menunjukkan keindahan seni
bahasa itu sendiri kerana kurangnya unsur-unsur alam yang digunakan. Hal ini disebabkan
mereka kekurangan perbendaharaan kata berkaitan unsur-unsur alam. Kesukaran untuk
mendapatkan perbendaharaan kata yang sesuai dan indah disebabkan kurang ilmu
pengetahuan lantaran sikap kurangnya membaca. Tambahan pula, mereka mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan pantun kerana terpaksa memikirkan pembayang yang
sesuai dan menepati rima akhir. Oleh sebab itu, aplikasi C-Pantun telah direka cipta untuk
memudahkan sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba mencipta pantun dan akhirnya
cakna terhadap nasihat dan pengajaran yang diungkapkan secara tersirat.

4
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian terhadap aplikasi C-Pantun yang dibina
sebagai satu kaedah baharu dalam penciptaan pantun Melayu.

SOALAN KAJIAN

Secara khusus, kajian ini bertumpu kepada dua soalan kajian seperti berikut:

1. Apakah tahap penilaian pengguna terhadap reka bentuk Aplikasi C-Pantun dalam
penciptaan pantun Melayu?
2. Apakah tahap penilaian pengguna terhadap kesediaan Aplikasi C-Pantun sebagai
satu kaedah baharu dalam penciptaan pantun Melayu?

TINJAUAN LITERATUR

Terdapat ramai sarjana barat dan Melayu yang membuat kajian dan perincian terhadap
pantun Melayu dari pelbagai perspektif. Antara sarjana barat yang mengkaji pantun Melayu
ialah Winstedt (1969) dengan History of Classical Malay Literature, Daillie (1990) Alam Pantun
Melayu: Studies on the Malay Pantun, dan Hamilton (1989) dengan bukunya Malay Pantuns.
Sarjana timur pula yang sejak dahulu mengkaji tentang dunia pantun Melayu ialah Za’ba
(1963) melalui buku Ilmu Mengarang Melayu, Kalung Bunga Buku 1 (1964), Ahmad Babji
(1958) Pantun Melayu, Ghazali Dunia (1969) Sastera Melayu Lama Prosa dan Puisi, Harun
(1989) Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi serta Zainal Abidin
(1992) Kumpulan Pantun Melayu. Kajian tersebut dilakukan terutamanya tentang asal usul
pantun, khususnya dari segi bentuknya yang membezakan daripada bentuk puisi Melayu
yang lain.

Terdapat beberapa pengkaji yang membuat kajian berkaitan dengan pantun Melayu sejak dua
dekad kebelakangan. Antaranya, sebuah tesis Arbakyah (2004) bertajuk Kias Ibarat dalam
Pantun Melayu tesis Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) Universiti Sains Malaysia. Kajian ini
memberi tumpuan terhadap pantun Melayu yang mengandungi unsur-unsur kias ibarat. Kajian
penulis memperlihatkan kepentingan teknik, di samping menyorot makna di sebalik
pengertian yang tersembunyi serta rangkai kata yang penuh simbolik.

Kajian oleh Norita (2006) pula melalui tesis Nilai Budi Masyarakat Melayu dalam Pantun.
Kajian yang dilakukan untuk melihat nilai budi masyarakat Melayu tradisional melalui
kumpulan pantun Bingkisan Permata terbitan Yayasan Karyawan (2001). Pengkaji
menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang manakala pendekatan yang
digunakan ialah moral, seni, dakwah dan kemasyarakatan. Objektif kajiannya adalah untuk
melihat nilai budi dalam masyarakat Melayu yang diterapkan melalui pantun. Tumpuan
kajiannya ialah memperincikan nilai budi yang terpancar melalui nilai baik hati, berhemah
tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesyukuran dan
keberanian.

5
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Kajian oleh Johari (2015) menjurus kepada peribahasa Melayu dalam pantun yang
menggunakan teori pengkaedahan Melayu. Beliau menggunakan teori ini untuk melihat
peribahasa Melayu dalam pantun yang menggunakan pengkaedahan alamiah dan
pengkaedahan keagamaan yang sering digunakan oleh hasil karya penulis Melayu. Menurut
kajian beliau, dalam pantun peribahasa Melayu, pelbagai aspek berkaitan dengan nilai dan
norma hidup disampaikan sebagai wadah dalam bentuk nasihat, sindiran, gurauan dan
medan meluahkan perasaan. Pemilihan perkataan yang digunakan disusun dengan teliti dan
dapat menyelami nilai pemikiran yang kritis. Menerusi bacaan Teori Pengkaedahan Melayu
gagasan Hashim Awang, persoalan pemikiran dan kearifan serta kebijaksanaan bangsa
Melayu dapat diterokai dengan jelas dan mudah. Menerusi pendekatan gunaan dan moral
didapati nilai-nilai kemelayuan menjadi dasar yang terangkum di dalamnya persoalan
kepercayaan, kebudayaan dan seluruh cara hidup orang Melayu itu sendiri.

Rahim dan Alizuddin (2016) telah menjalankan kajian tentang ayat majmuk pancangan
bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu. Kajian beliau berlandaskan Teori
Transformasi Generatif Standard. Dalam menerbitkan ayat majmuk pancangan, berlaku
proses-proses transformasi seperti pengguguran, peluasan dan penyusunan semula.
Dapatan analisis beliau memperlihatkan pantun merupakan satu medium terbaik dalam
menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu kerana banyak perkataan digugurkan. Pengguguran
perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau
dihadkan.

Abdullah, Ahmad dan Khaza'ai (2012) telah menjalankan kajian bagi meninjau bagaimana
pantun menerapkan definisi, fungsi, tanggungjawab dan sifat pemimpin yang selaras nilai
agama, adat istiadat serta norma sosial. Tinjauan dibuat terhadap pantun-pantun yang kerap
ditemui dalam masyarakat Melayu. Kajian tersebut mendapati sejak dahulu lagi pantun telah
memainkan peranan penting dalam penerapan akal, ilmu dan akhlak dalam membangunkan
modal insan.

Kajian yang telah dijalankan oleh Mohamad dan Muhammad (2019) pula bertujuan untuk
mengenal pasti kesan dan implikasi pantun terhadap pembentukan identiti masyarakat
Melayu. Kajian tersebut menggunakan kaedah analisis dokumen dan teks yang melibatkan
teks dari pantun Melayu yang bertajuk Permata sebagai topik utama perbincangan. Kajian
mendapati bahawa pantun memberikan kesan kepada pembentukan identiti masyarakat
Melayu.

Kesimpulannya, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang pantun sejak dahulu
sehingga kini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pantun masih lagi relevan dan penting dalam
kalangan masyarakat Melayu dan harus diberi tumpuan. Namun, tiada satu pun kajian
dilakukan terhadap cara atau kaedah penciptaan pantun Melayu secara mudah dan cepat.
Rata-rata kajian yang dijalankan hanya membicarakan tentang bentuk, fungsi dan tujuan
pantun, serta nilai estetika yang terdapat dalam pantun Melayu. Oleh sebab itu, pengkaji telah
menjalankan satu kajian soal selidik bertanyakan tentang kesediaan masyarakat dalam
menerima Aplikasi C-Pantun sebagai satu kaedah baharu dalam penciptaan pantun Melayu.

6
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Reka bentuk dan Pembinaan yang telah
diperkenalkan oleh Ritchey dan Klein (2007). Berpandukan kaedah ini, kajian ini terbahagi
kepada tiga fasa. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan yang dijalankan untuk
mengenal pasti keperluan bagi pembinaan aplikasi C-Pantun. Fasa kedua pula merupakan
fasa pembinaan Aplikasi C-Pantun dan fasa ketiga membabitkan penilaian terhadap
kesediaan Aplikasi C-Pantun.

Artikel ini hanya membincangkan dapatan kajian yang melibatkan fasa ketiga berkaitan
penilaian terhadap kesediaan Aplikasi C-Pantun sebagai satu kaedah baharu dalam
penciptaan pantun.

RESPONDEN KAJIAN

Secara ringkasnya, responden bagi fasa keperluan adalah terdiri daripada tiga orang murid
dan tiga orang guru sekolah rendah. Justifikasi pemilihan responden adalah responden ini
merupakan golongan yang berpotensi menggunakan aplikasi ini. Malah kedua-dua responden
ini yang menggunakan topik pantun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal
ini disebabkan mencipta pantun terdapat dalam standard pembelajaran (SP) yang terkandung
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Seterusnya, responden bagi fasa pembinaan Aplikasi C-Pantun adalah merupakan guru yang
mengajar Bahasa Melayu manakala fasa terakhir, iaitu fasa penilaian kesediaan, responden
kajian terdiri daripada 35 orang responden yang terdiri daripada sembilan orang pelajar
sekolah, tiga orang guru sekolah rendah, seorang guru sekolah menengah, 12 orang pelajar
IPG, tujuh orang pensyarah IPG dan tiga orang daripada lain-lain institusi bertindak sebagai
penilai terhadap kesediaan Aplikasi C-Pantun.

INSTRUMEN

Fasa pertama melibatkan pemerhatian terhadap tiga orang murid dan tiga orang guru sekolah
rendah. Fasa kedua melibatkan penggunaan soal selidik yang terdiri daripada 15 item
berkaitan aspek paparan, organisasi dan aplikasi yang melibatkan pembinaan aplikasi C-
Pantun manakala, bagi fasa ketiga melibatkan soal selidik yang mengandungi 15 item. Borang
soal selidik ini ditadbir menggunakan aplikasi Google Form dan responden kajian menjawab
soal selidik tersebut secara dalam talian.

Pengumpulan Data

Artikel ini hanya memfokuskan kepada perbincangan berkaitan pengumpulan data bagi fasa
ketiga sahaja, justeru pada fasa ketiga, data kajian dikumpul melalui soal selidik terhadap 35
orang responden selepas menggunakan aplikasi ini.

7
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Penganalisaan Data

Data diperoleh melalui borang soal selidik yang ditadbir melalui aplikasi Google Form secara
dalam talian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) SPSS versi 25. Dapatan kajian dikemukakan dengan menggunakan statistik min
dengan Likert lima skala. Interpretasi skor min adalah merujuk kepada jadual skor min seperti
yang terdapat dalam kajian Baharudin dan Badusah (2016) seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 1.

Jadual 1
Keterangan skor min untuk tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan internet

Skor Min Keterangan

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 memaparkan bilangan dan peratusan responden mengikut kategori yang terlibat
dalam kajian ini. Seramai 35 orang responden yang terdiri daripada sembilan orang pelajar
sekolah, tiga orang guru sekolah rendah, seorang guru sekolah menengah, 12 orang pelajar
IPG, tujuh orang pensyarah IPG dan tiga orang daripada lain-lain institusi telah menjawab
soal selidik yang diberikan.

Jadual 1
Demografi Responden Aplikasi C-Pantun

Kategori Responden Bilangan Peratus

Pelajar Sekolah 9 25.7

Guru Sekolah Rendah 3 8.6

Guru Sekolah Menengah 1 2.9

Pelajar IPG 12 34.3

Pensyarah IPG 7 20

Lain-lain Institusi 3 8.6

Jumlah 35 100%

8
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

Jadual 2
Tahap Penilaian Reka Bentuk Aplikasi C-Pantun

Item soalan Min Tahap

1. Susun atur (layout) dan reka bentuk (design) aplikasi ini adalah 4.60 Tinggi
sesuai.

2. Paparan aplikasi ini menarik dan mempunyai daya tarikan visual. 4.63 Tinggi

3. Aplikasi ini menggunakan label, saiz fon, rajah dan warna yang 4.71 Tinggi
sesuai.

4. Aplikasi ini mengandungi video yang dapat meningkatkan 4.66 Tinggi


pemahaman saya tentang konsep pantun.

5. Aplikasi ini mengandungi audio yang dapat meningkatkan 4.60 Tinggi


pemahaman saya tentang konsep pantun.

6. Aplikasi ini mengandungi penerangan tentang penggunaan 4.46 Tinggi


aplikasi dengan jelas.

7. Pilihan tema yang diberi membantu saya mencipta pantun 4.89 Tinggi
dengan lebih baik.

Jadual 2 menunjukkan keseluruhan item dalam aspek paparan, organisasi dan aplikasi yang
dinilai oleh responden pada tahap yang tinggi iaitu 4.65 (min keseluruhan). Item pilihan tema
yang diberi membantu saya mencipta pantun dengan lebih baik mendapat min tertinggi iaitu
4.89. Hal ini menunjukkan responden bersetuju Aplikasi C-Pantun dapat membantu mereka
dari segi pemilihan tema untuk tujuan penciptaan pantun

Jadual 3
Tahap Kesediaan Aplikasi C-Pantun sebagai Kaedah Penciptaan Pantun Melayu

Item soalan Min Tahap

1. Aplikasi ini mudah digunakan. 4.89 Tinggi

2. Aplikasi ini adalah mesra pengguna. 4.86 Tinggi

3. Aplikasi ini membantu saya mencipta pantun dengan lebih cepat. 4.80 Tinggi

9
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

4. Aplikasi ini membantu saya meningkatkan keyakinan saya untuk mencipta 4.80 Tinggi
pantun.

5. Aplikasi ini membantu saya menambah perbendaharaan kata. 4.74 Tinggi

6. Aplikasi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran saya dalam membina 4.69 Tinggi
ayat.

7. Aplikasi ini dapat meningkatkan pemahaman saya terhadap bentuk pantun 4.86 Tinggi
Melayu

8. Aplikasi ini dapat meningkatkan minat saya terhadap pantun. 4.69 Tinggi

9. Aplikasi ini sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur. 4.60 Tinggi

10.Aplikasi ini boleh digunakan sebagai alat bantuan semasa pertandingan 4.83 Tinggi
pantun.

Jadual 3 menunjukkan analisis tentang aspek keberkesanan penggunaan Aplikasi C-Pantun


sebagai satu kaedah baharu dalam penciptaan pantun Melayu. Min keseluruhan juga adalah
tinggi iaitu 4.78. Item aplikasi ini mudah digunakan memperoleh min tertinggi iaitu 4.89. Hal
ini menunjukkan Aplikasi C-Pantun sangat praktikal dan mudah untuk digunakan oleh semua
peringkat umur masyarakat.

Responden kajian telah memberikan respon terbuka terhadap keberkesanan/kesediaan atau


aspek positif yang ditonjolkan oleh Aplikasi C-Pantun. Terdapat tiga soalan respon terbuka
meliputi aspek kekuatan, kelemahan dan cadangan seperti:

Respon Terbuka

Dengan meneliti kembali keseluruhan aspek aplikasi ini, apakah terdapat sebarang aspek
positif (kekuatan) yang anda hendak timbulkan?

Kekuatan Peratus

Mudah 40%
● Memudahkan pelajar untuk membina pantun.
● Mudah dan menarik.
● Membantu membina pantun dengan cepat.
● Dapat membantu murid-murid membina pantun dengan pantas.
● Mesra pengguna.

10
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

● Aplikasi ini memudahkan saya untuk mencipta pantun dengan


cepat dan pantun yang dicipta lebih menepati rima dan tidak
memerlukan rangkaian internet.
● Satu aplikasi yang sangat mudah dan senang untuk semua
pelajar dalam mencipta pantun dengan cepat dan cekap.
● Mudah untuk mencipta pantun.
● Mudah digunakan dan mesra pengguna.
● Perisian ini sangat mudah digunakan serta dapat menjana
pelbagai idea dengan bantuan perkataan-perkataan yang
diberikan.
● Pelajar dapat membina pantun dengan mudah.
● Aplikasi ini tidak memerlukan rangkaian internet. Selain itu,
aplikasi ini juga sangat mudah untuk digunakan.
● Menjimatkan masa untuk berfikir perkataan yang sama rimanya
dengan perkataan pada baris maksud.
● Ada bantuan dalam bentuk memberi perkataan yang sesuai.
Butang tekan (options) dilabel dengan baik.

Memberi Manfaat 14.3%


● Aplikasi ini memberi manfaat kepada pelajar.
● Murid-murid dapat mengenali asas mencipta pantun.
● Perisian yang sangat baik dan dapat membantu murid @
pengguna dalam membina pantun dengan baik.
● Aplikasi ini sangat bagus dan perlu diteruskan.
● Sangat sesuai untuk pelajar sekolah.

Menarik Minat 8.6%


● Dapat meningkatkan minat terhadap pantun.
● Aplikasi ini mampu menimbulkan minat sesiapa sahaja
mencipta pantun dan memudahkan proses untuk mencipta
pantun.
● Dapat meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari dan
mendalami pantun.

Menjimatkan Kos 5.7%


● Tidak melibatkan sebarang kos.
● Tidak perlu menggunakan internet.

Dengan meneliti kembali keseluruhan aspek aplikasi ini, apakah terdapat sebarang aspek
negatif (kelemahan) yang anda hendak timbulkan?

Kelemahan Peratus

Reka Bentuk 11.4%


● Paparan aplikasi tidak begitu menarik.
● Aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang kurang menarik.
● Perlu tambahkan keceriaan pada aplikasi ini.

11
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

● Ubah templates yang lebih menarik.

Kandungan 22.9%
● Suku kata dan perkataan kurang.
● Tema pantun kurang.
● Tiada video contoh penciptaan pantun bagi memudahkan
pengguna.
● Tiada penerangan tentang cara menggunakan aplikasi.
● Aspek ciri-ciri pantun belum diperjelaskan dan perlu
diterangkan.
● Bilangan perkataan dan suku kata masih terhad.
● Tiada penerangan yang jelas.
● Tidak mengandungi panduan penggunaan yang boleh dibaca
oleh pengguna.

Kemudahan/Perluasan 14.3%
● Tiada dalam laman web di internet. Hanya sebahagian
komputer riba sahaja yang boleh menggunakan atau
membuka aplikasi tersebut.
● Tidak boleh diakses dengan menggunakan internet.
● Perlu menggunakan laptop dan mempunyai microsof excel 64
bit.
● Hanya boleh menggunakan CDROM.
● Kurang sesuai digunakan bagi peringkat umur 7-10 tahun
tanpa bantuan orang dewasa.

Apakah cadangan anda bagi meningkatkan kualiti aplikasi ini?

Cadangan Peratus

Reka Bentuk 14.3%


● Paparan lebih interaktif.
● Paparan aplikasi (user interface) perlu ditambah baik. Kalau
ada penilaian untuk pantun yang dicipta lagi bagus.
● Tukar warna background dengan warna yang lebih menarik
perhatiaan.
● Boleh masukkan aplikasi rekaan kartun, gambar yang menarik
sebagai background, tambahkan lagi digital.
● menambah baik reka bentuk aplikasi supaya dapat menarik
minat pelajar khususnya pelajar sekolah rendah.

Kandungan 40%
● Tambah suku kata.
● Pelbagaikan senarai suku kata.
● Pada pendapat saya, kualiti aplikasi ini boleh ditingkatkan
dengan meletakkan garis panduan yang boleh dibaca. Selain

12
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt

itu, kualiti aplikasi ini juga boleh ditambah baik dengan


mempelbagaikan tema. .
● Penambahan perbendaharaan kata.
● Menambah perbendaharaan kata dalam aplikasi.
● Menambah pelbagai tema dalam aplikasi.
● Boleh tambah tema, perkataan dan info untuk membantu
pengguna.
● Memberi contoh-contoh bagi pembayang yang sesuai dengan
unsur alam.
● Memperbanyakkan pilihan perbendaharaan kata.
● Penambahan fungsi memberi markah.
● Menambah butang maksud perkataan supaya dapat membantu
murid mengetahui maksud perkataan
● Menambah butang help.
● Memperbaiki langkah penggunaan supaya lebih jelas, seperti
langkah yang perlu dilakukan akan menyala.
● Menambahkan bahagian pemilihan tema dalam aplikasi.

Perluasan 2.9%
● Disebarkan dengan lebih meluas terutama di sekolah dan
digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP).

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan Jadual 2, penilaian soal selidik terhadap 35 orang responden (rujuk jadual 1)
berkaitan tahap penilaian reka bentuk didapati bahawa Aplikasi C-Pantun dalam aspek
paparan, organisasi dan aplikasi adalah pada tahap yang tinggi, iaitu 4.65 (min keseluruhan).
Dapatan ini menunjukkan bahawa Aplikasi C-Pantun dapat membantu responden mencipta
pantun menggunakan tema-tema yang telah disediakan dalam aplikasi tersebut. Jadual 3 pula
menunjukkan analisis tentang aspek keberkesanan penggunaan Aplikasi C-Pantun sebagai
satu kaedah baharu dalam penciptaan pantun Melayu. Min keseluruhan juga adalah tinggi
iaitu 4.78. Dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Aplikasi C-Pantun sangat
praktikal dan mudah untuk digunakan. Secara tidak langsung dapatan ini menunjukkan
bahawa Aplikasi C-Pantun boleh diketengahkan sebagai satu kaedah baharu dalam
penciptaan pantun secara mudah dan cepat.

Berdasarkan soalan respon terbuka berkaitan aspek kekuatan, didapati seramai 40%
responden bersetuju bahawa Aplikasi C-Pantun mudah untuk digunakan, 14.3% memberi
manfaat, 8.6% menarik minat, dan 5.7% responden mengatakan aplikasi ini menjimatkan kos.
Soalan kedua tentang kelemahan aplikasi ini, sebanyak 11.4% bersetuju mengatakan reka
bentuk aplikasi ini kurang menarik, 22.9% menyatakan bahawa kandungan perlu ditambah
baik dengan memperbanyakkan suku kata, perkataan dan tema serta tiada paparan contoh
video penciptaan pantun. Selain itu, sebanyak 14.3% responden menyatakan perluasan
aplikasi ini agak terhad kerana hanya menggunakan CDROM dan bukan disebar luas melalui
internet yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Aplikasi ini juga kurang sesuai digunakan

13
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
oleh kanak-kanak berusia 7 - 10 tahun tanpa bantuan daripada orang dewasa. Bagi soalan
ketiga, iaitu cadangan penambahbaikan, sebanyak 14.3% menyentuh sedikit tentang reka
bentuk, kandungan sebanyak 40%, dan perluasan sebanyak 2.9%.

Setelah mengkaji dapatan soal selidik maka aplikasi ini akan ditambah baik dari segi reka
bentuk. Latar belakang atau background aplikasi akan ditambah warna dan dimasukkan
gambar-gambar yang lebih menarik dan lebih interaktif. Video manual penggunaan dan
contoh penciptaan pantun akan disediakan untuk memudahkan masyarakat khususnya
kanak-kanak menggunakan aplikasi ini. Selain itu, butang ‘help’ akan ditambah baik agar
semua persoalan yang bermain di fikiran pengguna akan terjawab. Dari segi kandungan,
pilihan suku kata dan perbendaharaan kata akan ditambah supaya setiap rima akhir pantun
tersenarai perkataan untuk dipilih oleh pengguna. Tema pantun akan ditambah bersesuaian
dengan kehidupan masa kini seperti tema ICT, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, Inovasi,
Bahasa kebangsaan, Semangat Kejiranan dan lain-lain. Masa juga akan diletakkan supaya
aplikasi ini boleh digunakan sebagai satu permainan untuk pertandingan berbalas pantun.
Dari segi perluasan pula, Aplikasi C-Pantun akan dimasukkan ke dalam Google Play Store
dan ke laman web untuk diakses oleh sesiapa sahaja. Selain itu, bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, aplikasi ini akan diedarkan ke sekolah-sekolah, IPG mahupun
di universiti kerana penciptaan pantun Melayu sememangnya ada dipelajari di institusi
tersebut bersesuaian dengan pantun sebagai salah satu genre kesusasteraan Melayu yang
disanjung tinggi.

KESIMPULAN

Bahasa dalam pantun bukan sahaja mengutamakan kefahaman tetapi juga penyusunan kata-
kata yang tepat agar dapat dihayati oleh masyarakat. Bahasa yang tersusun indah, dengan
penggunaan kata yang terpilih dan berirama, dibentuk dengan beberapa tujuan, misalnya bagi
menyampaikan sesuatu fikiran untuk kebaikan manusia sejagat. Sehubungan dengan itu,
adalah sangat signifikan pemilihan kata yang tepat akan menjadikan pantun itu bernilai
estetika yang tinggi yang mencerminkan peradaban dan ketamadunan bangsa. Mempelajari
sastera Melayu terutama pantun Melayu adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan
sebagai wadah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Melalui
pantun juga diharapkan dapat menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan rohani murid
menerusi penghayatan estetika dan pengajaran yang dipaparkan dalam pantun tersebut.
Selain itu, aplikasi ini dapat memberi motivasi kepada murid untuk bijak membina ayat yang
bermakna dengan perbendaharaan kata yang tinggi. Inovasi C-Pantun ini merupakan satu
aplikasi mudah yang dibina atas dasar membantu masyarakat, khususnya para pelajar dari
pelbagai peringkat untuk cuba, cipta dan cakna akan pantun Melayu. Sumbangan aplikasi ini
ialah proses mencipta pantun menjadi lebih mudah dan pantas. Perbendaharaan kata akan
menjadi lebih luas di samping pantun dapat dicipta dengan lebih kreatif dan kritis. Pembinaan
ayat untuk mencipta pantun akan menggalakkan murid-murid berfikir di luar kotak dan
berimaginasi untuk menghasilkan suatu gambaran suasana, emosi, persekitaran dan
sebagainya dengan lebih indah dan bermakna. Aplikasi ini juga akan menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menyeronokkan dan murid akan menjadi lebih aktif
di dalam kelas sesuai dengan matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

14
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Selain membantu murid-murid di sekolah, penggunaan aplikasi ini juga akan membantu
banyak pihak lain seperti Institut Pendidikan Guru, Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan
Swasta serta masyarakat dalam menghadapi kemelut menghidupkan kembali seni warisan
budaya bangsa Melayu. Penciptaan pantun Melayu akan menjadi mudah cepat dan seronok
kerana aplikasi ini menawarkan suku kata dan perkataan yang dihimpunkan dalam satu apps
bagi memudahkan penciptaan pantun yang bermutu tinggi. Bantuan contoh tema-tema yang
disediakan akan membuat mahasiswa membuka minda dan aktif membina ayat
menggunakan perkataan yang diberikan dalam aplikasi ini. Akhirnya, semua orang boleh
mencipta pantun tanpa mengira usia, keturunan dan agama. Justeru, penciptaan pantun akan
menjadi mudah, cepat dan seronok.

RUJUKAN

Ahmad Babji (1958). Pantun Melayu. Series Kebudayaan Geliga. Singapura: Geliga.

Abdullah, Z., Ahmad, Z., & Khaza'ai, N. (2012). Pantun dan ungkapan Melayu sebagai
Wahana Kepemimpinan Melayu ke arah Pembangunan Modal Insan. Jurnal Melayu,9.

Arbakyah, H. (2014). Kias Ibarat dalam pantun Melayu. Kedah: Universiti Sains Malaysia.

Azmi, A. (2007). Feudalisme Melayu: Asal-usul pemikiran, sejarah dan pensejarahan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharuddin, S. H., & Badusah, J. (2016). Tahap Penggunaan Web 2.0 Dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Level of Using Web 2.0 in Malay Language
Teaching Secondary School Teacher). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 38-48.

Dailie., R. (1990). Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantuns. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ghazali, D. (1969). Langgam Sastera Lama. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hamilton, A.W. (1982). Malay Pantuns / Pantun Melayu. Singapore: Eastern UP Sdn. Bhd.

Harun, M. P. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safinaz, M. H., Mahmud Zuhdi, M. N., Nazura, A. M.(2001). Bringing life to folklore: Problem
of definition. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 15, 163-168.

Johari, Y. (2015). Pantun Peribahasa Melayu: Analisis daripada perspektif teori


pengkaedahan Melayu. Kedah: Universiti Sains Malaysia.

Mohamad, N. S., & Muhammad, S. J. N. (2019). The Implications of Pantun in Moulding the
Identity of the Malay Community. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 9(5), 1113–1120.

15
Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XXII, (Dis)
(ISSN 1511 5828/ e-ISSN 2637-1065) 2020
URL:http://myjms.moe.gov.my/index.php/jpt
Mohd. Rashid, M., I. (2009). Falsafah Bahasa: Nilai dan etika Melayu Islam dalam pantun.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Narita, A. (2006). Nilai budi masyarakat Melayu dalam pantun. Serdang: Universiti Putera
Malaysia.

Rahim, A. R. A., & Alizuddin, N. A. (2016). Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan
Bahasa Melayu. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).

Richey, R., C. & Klein, J., D. (2007). Design and Development Research. Methods, Strategies,
and Issues. London: Lawrence Erlbaum Associates.

Siti Hajar, C,. M. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan
Selamanya dlm. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman)
1(1),:75-8.

Shuib, D. (2005). Konsep Alam Pantun Melayu: Analisis Intertekstualiti. Kuala Lumpur
Universiti Malaya.

Winstedt, R. O. (1969). A history of classical Malay literature. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.

Zainal Abidin, A. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Z’aba (1964). Kalong bunga. Pilehan dan petekan dari rangkap-rangkap puisi Melayu Chara
Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurinah, H. (2012). Pusi Melayu Tradisional. Pantun, syair, gurindam, nazam, seloka.
Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai