Anda di halaman 1dari 7

Cadangan Penyelikan : Penglibatan Encik Anand Nagu dalam Seni Lukis

pada Tahun 2007 hingga 2017.


PENGENALAN

Berdasarkan kamus pelajar Edisi Kedua dan Edisi Keempat, seni bermaksud karya (sajak,
lukisa, muzik, dan lain-lain ) yang dicipta dengan bakat kecekapan, hasil daripada sesuatu
ciptaan. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa seni adalah segala sesuatu yang diciptakan
oleh manusia yang mengandungi unsur keindahan dan dapat membawa kesenangan. Istilah
seni berasal dari bahasa “sanskerta” iaitu seni yang diartikan pemujaan, persembahan dan
pelayanan yang erat dengan upacara keagamaan yang disebut kesenian. Menurut
Padmapushita dimana seni berasal dari bahasa Belanda “genie” dalam bahasa Latin disebut
dengan genius yang artinya kemampuan luar biasa yang dibawa sejak lahir. Sedangkan
menurut ilmu Eropah bahawa seni berasal dari kata “art” yang bererti artivisual iaitu suatu
media yang melakukan kegiatan tertentu.

Secara historis, seni lukis sangat terkait dengan gambar. Peninggalan-peninggalan


prasejarah memperlihatkan bahawa sejak ribuan tahun yang lalu, nenek moyang manusia
telah mulai membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk mencitrakan bahagian-
bahagian penting dari kehidupan. Sebuah lukisan atau gambar biasa dibuat hanya dengan
menggunakan materi yang sederhana seperti arang, kapur, atau bahan lainnya. Salah satu
teknikal terkenal gambit prasejarah yang dilakukan oleh orang-orang gua adalah dengan
menempelkan tangan di dinding gua ,lalu menyemburnya dengan kunyahan dedaunan atau
batu mineral bewarna. Hasilnya adalah jiplakan tangan bewarna-warni di dinding-dinding
gua yang masih biasa dilihat hingga saat ini.

Selain itu, sejarah seni lukis di Malaysia telah bermula sekian lama. Ini dapat dilihat
melalui sejarah pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis
negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan
tempat yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai
rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-
pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan landskap dalam aliran
Realisme, zaman Pre-Raiphelites, Turner dan Constable. Perkembangan ini telah berterusan
sehingga abad ke 19 apabila Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula member kesannya
kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran impresionisme,
Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Namun demikian, alam seni lukis atau seni halus Malaysia masih barada dalam keadaan
yang suram dan kurang memberangsangkan. Mujurlah kemunculan beberapa kumpulan dan
persatuan pelukis telag memberi nafas kepada keadaan yang berlandaskan dan penuh makna,
dan memperkembangkan dunia seni lukis di tanah air. Antara persatuan seni lukis moden
Malaysia ialah Kumpulan Seni Lukis Wednesday, Angkaran Pelukis se-Malaysia, dan
kumpulan Seni Lukis Thursday.
Salah seorang tokoh seni lukis yang banyak melibatkan diri dalam bidang ini ialah Encik
Anand A/L Nagu. Beliau bergiat aktif dalam seni lukis dan telah mewakili negeri Kedah.
Beliau juga mewakili seni lukis pada peringkat daerah Sungai Petani. Beliau mela
menunjukkan minat dalam seni lukis pada alam persekolahan lagi. Beliau telah menjadi guru
dan seorang mahir dalam seni lukis di daerah Sungai Petani. Seni lukis telah menjadi salah
satu kesinian terpenting yang dipertandingkan oleh Negara kita secara antarabangsa. Seni
lukis mampu mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dengan melahirkan
seniman-seniman yang mahir. Walaupun seni lukis tidak begitu popular di dalam kalangan
masyarakat, namun seni lukis telag melahirkan tokoh seni lukis bertaraf kebangsaan seperti
Encik Anand Nagu.
Objektif Kajian
Beberapa objektif ingin dicapai melalui kajian ini adalah mengenal pasti tentang
perkembangan senni lukis di dalam negara Malaysia. Objektif ini akan memberi pehaman
kepada pengkaji tentang kepentingan seni lukis. Objektif seterusnya adalah untuk mengkaji
pencapaian dan peranan Encik Anand Nagu dalam bidang seni lukis. Melalui kajian ini,
diharapkan pengkaji dapat melihat peranan dan pencapaian tokoh dalam bidang ini. Akhirnya
kajian ini diharapkan akan membantu kita untuk menilai pencapaian tokoh ini.

Persoalan Kajian
Kajian ini akan melihat pencapaian dan peranan Encik AnaEnd Nagu dalam seni lukis.
Pesoalan ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu sejarah latar belakang keluarga,
pendidikan dan kerjayanya akan ditinjau. Seterusnya, pencapaian dan peranan beliau selama
berada dalam bidang seni lukis.

Skop Kajian
Kajian ini tertumpu pada latar belakang Encik Anand Nagu iaitu kajian terhadap tahap
pendidikan, latar belakang keluarga dalam kerjaya beliau dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian
dan peranan Encik Anand Nagu dalam negeri Kedah juga telah dikaji dalam tempoh 10
tahun.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang dilakukan adalah melalui penyelidikan daripada sumber primer dan
sumber sekunder. Sumber primer merujuk kepada temu bual Encik Anand Nagu pihak yang
berkaitan dengan beliau, dan audio. Selain daripada itu, penyelidikan perpustakaan juga akan
dibuat melalui buku, majalah dan bahan bercetak yang lain.
Sorotan Kajian

Menurut buku “Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka”, kita dapat mengetahui tentang
usaha untuk memenuhi keperluan-keperluan bacaan umum dan pendidikan seni. “Mendekati
Seni Lukis dan Seni Reka” merupakan sebuah koleksi rencana mengenal seni lukis dan
menekan kepada asas-asas appresasi. Buku ini juga menekankan tentang disiplin-disiplin
serta bentuk-bentuk seni untuk memperluaskan pengetahuan pembaca. Buku ini juga
merangkumi seni seramik, seni catan Cina, seni arca peribumi, seni moden dan seni lukis
kartun.

Selain itu, menurut buku “Seni Lukis dalam Peristiwa”, kita akan dapat mengenai
perkembangan dunia kesenian tanah air. Di samping itu, memberi maklumat tentang aktiviti
pameran, perkembangan pertubuhan seni, keunikan karya seni tempatan, pengaruh seni barat
ke atas seni tempatan, hubungan antara karya setempat dengan karya seni, perjumpaan
kartunis antarabangsa dan hasil karya pelukis wanita. Buku ini dapat meluaskan pandangan
dan menambah pengetahuan pembaca.

Menurut “Sejaran Seni Lukis Sepintas Lalu”, kita dapat mengetahui tentang
perkembangan seni lukis dari zaman pra sejarah sehinggalah ke abad ke 20. Buku ini disusun
berdasarkan kronologi masa dan zaman. Perkembangan setiap perubahan dalam persada seni
lukis dunia dibicarakan secara ringkas dan sepintas lalu. Buku ini juga merangkumi aspek-
aspek falsafah, pemikiran, idea, subjek, serta karya dan pengkaryaan. Buku ini turut meliputi
karya-karya agung pelukis dunia yang membicarakan apresiasi terhadap karya berkenaan
secara ringkas sebagai pengetahuan asas untuk mendalami seni lukis.

Penulisan tentang tajuk mempunyai sedikit kekurangan ajian di daerak Kulim. Maka
penulisan kajian ini akan mengisi kekkosongan ini.
Pembahagian Esei

Kajian ini dibahagikan kepada 5 bab. Bab pertama akan menfokus kepada latar belakang
dan sejarah seni lukis. Selain itu, kedudukan seni lukis pada peringkat antarabangsa juga akan
ditinjau. Bab kedua pula membincangkan penglibatan tokoh dalam seni lukis. Bahagian ini
merupakan latar belakang kepada dunia seni lukis tokoh yang bernama Encik Anand Nagu.
Perbincangan akan menyentuh secara sepintas lalu perkembangan seni lukis tokoh pada
peringkat awal dari segi kekeluargaan, tahap pendidikan dan perkembangan kerjaya.

Bab ketiga akan dikhususkan kepada tahap proaktif penghasilan karya seni lukis oleh
tokoh. Oleh yang demikian, bahagian ini akan difokuskan kepada corak karya seni lukis yang
dihasilkan dan anugerah yang diterima oleh Encik Anand Nagu sepanjang penglibatan tokoh
dalam dunia seni lukis.

Bab keempat pula membincangkan kedudukan tokoh dalam dunia seni lukis di Malaysia
dan sumbangan tokoh kepada seni lukis di negara kita. Bab kelima adalah bahagian yang
terakhir dan merupakan rumusan untuk kajian mengenai seni lukis ini. Kesimpulan ini akan
melihat kepentingan penglibatan tokoh kepada perkembangan seni lukis.
Senarai Rujukan

Buku :

Ahmad Rashidi Bin Hasan, Sejarah Seni Lukis Sepintas Lalu, Shah Alam : Karishma
Publications Sdn. Bhd, 2001.

Muliyadi Mahamood, Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.

Muliyadi Mahamood, Seni Lukis dalam Peristiwa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995.

Anda mungkin juga menyukai