Anda di halaman 1dari 1

17/06/2019

Refleksi

Hari pertama dalam minggu kedua praktikum dimulakan dengan kedatangan


seawal 7.08 ke sekolah. Setelah tiba di sekolah, saya dan rakan saya pergi ke
pejabat untuk menunjukkan kehadiran kami. Saya telah ditugaskan untuk masuk ke
kelas 5P bagi melihat cara pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Kelas 5P juga
merupakan kelas yang saya masuk untuk kali pertama. Jadi, saya telah
membahagikan murid-murid kelas tersebut kepada lima kumpulan dan memberi
tema kartun bagi menyeronokkan mereka untuk memilih nama kumpulan untuk
setiap kumpulan supaya dapat melihat kerjasama mereka semasa pengajarannya.
Selanjutnya, saya dengan rakan praktikum telah ditugaskan untuk mengantikan
kelas bagi matapelajaran Matematik tahun 4 dan tahun 1. Murid-murid tersebut amat
menyeronok apabila kami masuk ke kelas mereka. Kami telah berjumpa dengan
guru pembimbing di sekolan tersebut untuk memperolehi maklumat tambahan bagi
mata pelajaran Pendidikan Moral, tingkah laku murid-murid bagi kelas-kelas yang
tertentu.

Anda mungkin juga menyukai