Anda di halaman 1dari 1

Pasupati Balasundram

H9244 Ke Security

_________________________________________________________________________

Encik Chandran Subramaniam

Pegawai Sumber Manusia

Molnlycke Health Care 29 November 2019

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB

Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Saya Pasupati Balasundram ingin melaporkan bahawa menerima panggilan daripada


Puan Jenny (PA). Beliau mempersoalkan masa masuk dan keluar seorang pemandu kereta
syarikat yang bernama Encik Khairy. Saya telah memberitahu kepada Puan Jenny tentang
masa masuk Encik Khairy adalah pada jam 14.42 ptg tetapi masa keluar tidak dapat dicatat
dalam buku kenderaan masuk/keluar. Disebabkan pada masa itu, saya berada di dalam
tandas dan tidak sedar tentang masa keluar pemandu tersebut.

3. Perkara ini dimaklumkan kepada rakan bertugas saya Encik Vela yang melakukan sesi
rondaan kawasan kilang pada masa tersebut. Selepas itu, rakan setugas saya berhubung
kepada Encik Khairy untuk mendapatkan masa keluar daripada kawasan kilang. Inilah
perkara yang berlaku pada hari berkenaan dan saya pastikan perkara ini tidak akan
berulang lagi. Saya ingin meminta maaf atas kesilapan saya. Segala perhatian dan
pertimbangan pihak majikan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

………………….

(Pasupati Balasundram)

Anda mungkin juga menyukai