Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Penulisan yang dijalankan ini merupakan satu analisis tentang ciri perkembangan seni antara
sebelum dan selepas merdeka di alam Melayu serta pengaruh seni terhadap seni yang
lainnya dari sudut tema dan gaya. Secara umum nya, seni merupakan luahan daya kreatif
manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia.
Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan
sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka. Seni boleh dikatakan sebagai proses dan
hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea,
rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut. Pada dasarnya,
perkembangan dunia seni berubah berperingkat dari segi gaya dan juga tema selari dengan
perkembangan zaman. Hal ini juga sama dengan seni di alam melayu yang berubah secara
berperingkat sebagai contoh dari zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

2.0 Seni sebelum Merdeka

Sejarah seni visual di Malaysia dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Ini dapat
dibuktikan melalui lukisan zaman purba yang telah ditemui di dinding-dinding gua yang
dihasilkan oleh manusia purba pada masa itu. Ianya berkisarkan tentang aktiviti kehidupan
seharian mereka seperti perburuan dan pengembaraan. Lakaran yang dihasilkan kelihatan
tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang suatu peristiwa itu sangat
signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang. Pada asalnya, seni visual lahir kerana
keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan harian. Tempoh
prasejarah di Malaysia bermula daripada kawasan-kawasan terawal penempatan manusia
yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya
kesultanan melayu di sekitar tahun 1900. Lukisan gua di Malaysia yang telah dijumpai seperti
di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak (Zainuddin Abindinhazir et al., 2018).

Selain itu, Kebanyakkan tokoh percaya bahawa seni di alam melayu wujud disebabkan
daripada perhijrahan pengembara-pengembara Inggeris ke tanah Melayu. Pengembara-
pengembara ini telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina
atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna
kerana terpengaruh dengan aliran Realisme ketika itu dan berterusan sehingga abad ke 19.
Perkembangan seni Alam melayu diteruskan dengan penghijrahan masyarakat china untuk
mencari sumber pendapatan dan ada di antaranya mempunyai latar belakang bidang seni
khususnya seperti seni kaligrafi dan lukisan beris china seperti Wang Yau, Lee kah yeow dan
sebagainya (Yahaya, 2019; Zainuddin Abindinhazir et al., 2018).

1
Perkembangan aktiviti-aktiviti seni semakin aktif di alam melayu khususnya di Pulau
Pinang bermula apabila pengasas Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di
bawah Syarikat Hindia timur serta Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar
melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu dan hal ini belarutan
sehingga tubuhnya kumpulan penang Impressionist dan turut dianggotai oleh dua orang
pelukis tempatan seperti abdullah ariff dan Puan Lim Cheng Kung. Pada sekitar 1920 an,
merupakan peringkat yang penting dalam sejarah seni lukis Pulau Pinang. Yong Mun Seng
telah datang ke Pulau Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis pertama
yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah Ooi Hwa yang telah mempamerkan
karya-karyanya di Pulau Pinang pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin
merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negeri untuk mempelajari seni di Akademi Seni
Halus Shanghai. Ooi Hwa adalah pelukis cat air aliran Impressionist dengan kesan-kesan
cahaya yang kuat (Siti Ermi Syahira Abdul Jamil, 2009).

Perkembangan seni di alam melayu terus berlaku apabila banyak persatuan-


persatuan seni ditubuhkan seperti persatuan Majlis Pendidik seni Pulau Pinang, Persatuan
seni Pulau Pinang dan sebagainya. Selain daripada itu juga, Wednesday Art Group telah
ditubuhkan pada tahun 1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris. Pada awalnya terdapat
kekurangan kegiatan seni yang serius di Kuala Lumpur. Peter Harris merupakan Penguasa
Seni di Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah seni di United Kingdom.
Beliau memperkenalkan estetik dan teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis
muda tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang mendapat tunjuk ajar dan
galakan beliau seperti Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli Buyong, Syed Ahmad Jamal
dan lain lain lagi (Maizatunsatinah Umor & Abdul Azizi Zaley @ Zali, 2019; Zainuddin
Abindinhazir et al., 2018).

Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan
kaum di Malaysia. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah. Seni daripada taraf
rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa.

3.0 Seni Selepas Merdeka

Rentetan daripada itu, Sejarah seni selepas kemerdekaan mula dikenali sebagai Seni
Lukis Moden Selepas Kemerdekaan, subjek lebih tertumpu kepada figura berbanding
landskap. Kebanyakan pelukis muda berasal dari Akademi Seni Halus Nanyang, mereka
mencari teknologi terkini dan identiti mereka sendiri. Pada ketika itu, seni telah menjadi suatu
simbol yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Alam seni Malaysia mula berubah
kepada bertaraf antarabangsa. Selain itu, terdapat kesedaran baru, sikap tanggungjawab, dan
pembangunan seni lukis. Penubuhan Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1958 telah memberi

2
makna kepada pelukis tanah air pada ketika itu. Sebagai contoh, Pelukis-pelukis tempatan
mula mendapat sokongan yang positif serta pengiktirafan. Pada tahun1960-an Penubuhan
Maktab Perguruan Ilmu Khas (1960), telah memberi peluang kepada guru-guru yang
berpengalaman umtuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni.Penuntut yang menunjukkan
bakat besar kemudiannya akan dihantar menghadiri kursus penuh di luar negara.Kakitangan
akademik seni Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong
Laitong, Jolly Koh, dan tokoh-tokoh lain seperti Ismail Zain dan kumpulannya (Persendirian,
2022; Yahaya, 2019; Zainuddin Abindinhazir et al., 2018).

Sekitar 1980-an Persatuan Pelukis Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1980
bertujuan untuk memenuhi kehendak pelukis tempatan dalam mewujudkan sebuah badan
yang benar-benar mewakili pelukis, menjaga dan meningkatkan kedudukan pelukis, serta
bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan seni. Penubuhan Pusat Seni
di Universiti Sains Malaysia (1984), telah melahirkan guru-guru berijazah sebagai tenaga
pengajar di institut, maktab, dan sekolah. Selain daripada itu, Institut dan akademi swasta
juga ditubuhkan di seluruh negara sebagai usaha memberi sumbangan dalam melahirkan
tenaga seni dalam pelbagai bidang.Subjek seni: peristiwa yang berlaku dalam negara,
warisan budaya, sosial dan politik, seni Islam dan sebagainya (Zainuddin Abindinhazir et al.,
2018).

Seterunsya, arena seni pada ketika itu, merupakan era pluralis yang kaya
dengan karya-karya pelbagai stail, pendekatan dan makna, dan menjelmakan ciri-ciri stail
aliran global lain.Perkembangan seni meliputi bidang seni halus, seni arca, dan seni cetakan
dan telah muncul pelukis-pelukis muda yang berbakat seperti Din Omar, Tan Chin Kuan,
Ahmad Shukri Mohamed, Bayu Utomo Radjikin, dan lain-lain dang menghasilkan pelbagai
tema dan gaya seni (Ramli et al., 2015).

4.0 Pengaruh Tema dan Gaya Seni Catan terhadap Seni Arca

Oleh yang demikian, Penulis telah memilih pengaruh seni catan ke atas seni arca yang
berlaku di malaysia. Pada dasarnya, Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada
permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan
dalam bentuk dua dimensi sahaja manakala Bahan warna yang biasa digunakan untuk
menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Catan selalunya
berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga
membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran
melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. pada dasarnya seni
catan wujudnya disebabkan kehadiran pengembara-pengembara eropah ke tanah melayu
dan pelukis-pelukis nya gemar melukis bertemakan flora dan fauna serta kehidupan

3
masyarakat (Abindinhazir & Zali, 2017; Maizatunsatinah Umor & Abdul Azizi Zaley @ Zali,
2019).

Sebagai tambahan, tidak dinafikan bahawa, seni di malaysia pada dasarnya


dipengaruhi oleh pelbagai aliran dan akhirnya telah membawa kepada gaya dan tema yang
seakan sama. Terdapat beberapa karya yang seakan akan telah mempengaruhi dari segi
gaya dan tema satu sama lain, sebagai contoh karya catan syed ahmad jamal yang bertajuk
”mandi laut ”telah membawa ledakan idea terhadap hasil karya yang lain seperti arca
“Perhubungan/ Relationship / Link” (1964). Jika dinilai secara dekat, kedua-deua karya ini
terbit dari cetusan abstrak ekspressionis yang agresif, kental dan padu dalam olahan bentuk
abstrak karya ini turut mementingkan elemen garisan dengan kesan tampak yang bergetar.
Selain itu, karya arca perhubungan dalam aspek teknikal, konstruksi arca ini berteraskan
besi tanpa binaan kerangka. Pada dasarnya, karya karya ini hadir daripada gaya yang sama
iaitu gaya abstrak ekspressionisme yang menjanjikan kesinambungan idea dalam berkarya
kerana fleksbiliti yang membenarkan ilham diterjemahkan secara langsung. Penentuan
kendiri dan penterjemahan langsung itu memberikan perspektif baru dalam menangani seni.
Perspektif ini sepadan dengan wawasan beliau yang melihat seniman sebagai individu yang
bebas. Selain itu, Gaya Abstrak Ekspresionisme menjelaskan tentang imej mujarrad, yang
ideanya bukan dalam bentuk ciptaan rupa sebenar, sebaliknya cubaan meneroka krativiti
abstraksi untuk menyampaikan emosi dan makna berasaskan imej-imej bukan realiti. Arca
“Perhubungan’ (1964) oleh Syed Ahmad Jamal mempunyai cara yang tersendiri untuk
menyatakan emosi yang disalurkan melalui bahantara industri dan ilusinasi (Abindinhazir &
Zali, 2017).

Selain itu karya catan syed ahmad jamal yang bertajuk ‘Mandi Laut’ (1957)
menonjolkan berlatarkan gambaran tempatan merakam situasi kehidupan harian masyarakat
kampong yang jauh dari kemudahan asas. Sebagai tambahan, Syed Ahmad Jamal juga
menggunakan tema tempatan, tetapi mengolah bentuk piuhan figura dengan lukisan berwajah
herot dan abstrak ekspressionisme. Hal ini juga terdapat persamaan gaya dan tema yang
dimpamerkan dalam karya arca beliau dalam perhubungan yang juga menggunakan abstrak
espresionisme dimana beliau menghasilkan olahan figura sedang berpegangan tangan yang
menampilkan gambaran masyarakat melayu pada ketika itu. Sebagai contoh boleh dilihat
gambaran karya tersebut di bawah (Abindinhazir & Zali, 2017; Maizatunsatinah Umor & Abdul
Azizi Zaley @ Zali, 2019; Zainuddin Abindinhazir et al., 2018).

4
Seniman: Syed Ahmad Jamal. Tajuk: Seniman: Syed Ahmad Jamal. Tajuk:
Mandi Laut Perhubungan /Link/Relationship.
Tahun: 1957. Tahun: 1964. Bahan: Kepingan besi.
Bahan: Catan. Dimensi: 39 x 55 x 26 cm

5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulanya, sejak sebelum dan selepas kedatangan, seni di malaysia


telah berubah dari semasa ke semasa yang mewujudkan satu persekitaran yang lebih baik.
Kewujudan pebagai institusi, galeri-galeri di malaysia membuatkan pelukis serta pengkarya
lebih dihargai di samping terdapat pelbagai gaya yang dibawakan serta tema-tema yang
saling berkaitan menjadikan seni di malaysia pada masa kini lebih bersifat universal.

5
Rujukan.

Abindinhazir, Z., & Zali, A. A. (2017). Pengaruh Gaya Seni Barat Dalam Arca “Perhubungan”
(1964) Oleh Syed Ahmad Jamal. Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 5(1), 14–22.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2264/1586

Maizatunsatinah Umor, & Abdul Azizi Zaley @ Zali. (2019). Apreasasi Karya Nasionalisme
Seni Moden Malaysia Dalam Pameran Seni Negaraku 2017, Balai Seni Visual Negara,
Kuala Lumpur. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 7(October), 114–119.

Persendirian, G. (2022). Perkembangan Galeri Seni Persendirian di Malaysia : Development


of Private Art Gallery in Malaysia : 1940 - 1960. 6(2), 1–10.

Ramli, S., Bakar, S., & Khan, S. (2015). Challenges Faced By Visual Art Education With The
Existence Of Information And Communication Technology (ICT) In Malaysia. Jurnal
Pengajian Melayu, 26, 81–93.

Siti Ermi Syahira Abdul Jamil. (2009). Perkembangan Seni Catan Moden Di Malaysia (p.
275). http://etd.uum.edu.my/1359/

Yahaya, M. H. (2019). Seni dalam Kehidupan, Kehidupan dalam Seni. Idealogy Journal,
3(2018), 59–63.

Zainuddin Abindinhazir, Abdul Aziz Zalay, Intan Khasumarlina Mohd Khalid, & Norshahila
Mansor. (2018). Sejarah, kebudayaan dan pengaruh awal seni 3-dimensi di Malaysia.
KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 3(1), 29–48.
https://pjsrr.upm.edu.my/index.php/pjsrr/article/view/159%0Ahttps://ejournal.upsi.edu.m
y/article/2016AR000308%0Ahttp://link.springer.com/10.1007/978-94-010-0043-7

Anda mungkin juga menyukai