Anda di halaman 1dari 2

Saya dapat mengesan masalah dalam kalangan murid iaitu masalah dalam menerima arahan guru.

Apabila memasuki kelas ganti, segelintir murid dari kelas tertentu ingin menarik perhatian guru
dengan melaukukan perbuatan-perbuatan yang kurang sopan dan tidak mendengar arahan guru.

Setelah membuat beberapa pemerhatian di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah, saya
mendapati bahawa murid akan berasa teruja dengan kehadiran guru baru. Mereka akan menarik
perhatian guru dengan bertanya pelbagai soalan. Selain itu, ada segelintir murid yang menarik
perhatian guru dengan bertindak nakal. Golongan murid ini sering kali membawa kekacauan seperti
membuat bising, menganggu rakan, tidak memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran serta melanggar peraturan kelas dan sekolah. Namun begitu, apabila
guru sekolah tersebut masuk ke kelas, mereka dapat mengawal kelas dan murid-murid juga lebih
patuh kepada arahan. Ini dapat dibuktikan apabila saya memasuki kelas Tahun 1 Hijau.

Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau, tahap perkembangan
kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah:

a.Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)

b.Tahap Praoperasi (2-7 tahun)

c.Tahap Operasi Konkrit (7 -11 tahun)

d.Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai karenah murid yang sedemikian, saya sebagai guru
pelatih membuat cadangan untuk menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan kawasan
kelemahan murid serta tahap pengetahuan murid. Selain itu, saya perlu merancang pelbagai teknik
dan kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid terutamanya semasa
memasuki kelas ganti. Saya perlu memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid
dalam kelas sewaktu melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya juga
bercadang untuk menggunakan model Asertif Canter untuk menangani permasalahan ini andainya
wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Model Disiplin Asertif Canter (1976),
menggabungkan penggunaan peneguhan dan dendaan dalam membentuk tingkah laku pelajar agar
lebih berdisiplin dalam bilik darjah. Model ini menekankan tindakan-tindakan berikut seperti
menyatakan jangkaan pengajaran sewal-awalnya, menggunakan suara yang lantang, tenang dan
tegas, berlaku kontak mata antara guru dan murid, menggunakan gerak badan bukan lisan untuk
menyokong pernyataan lisan, mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan dan
melakukan teknik "broken record" iaitu mengulangi mesej dengan tenang.

Guru perlu membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru juga perlu
menyedikan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti
yang dikehendaki oleh guru. Guru memberi nasihat dan memberi teguran kepada murid tentang
kepentingan menjaga tingkah laku. Guru harus sentiasa mengingatkan murid bahawa orang yang
mempunyai budi pekerti yang mulia mudah mendapat ramai kawan dan disukai oleh ramai orang.
Canter, L.& Canter, M.1976. Assertive discipline: A take-charge approach for today's educator. Seal
Beach, California: Canter and Associates.

Anda mungkin juga menyukai