Anda di halaman 1dari 1

Tingkah laku murid merupakan satu masalah yang dihadapi oleh saya pada minggu ini.

Ada murid
yang nakal dan ada yang tidak menumpukan perhatian semasa sesi permainan dijalankan, ada yang
suka bersembang walaupun guru mengadakan permainan di dalam kelas. Perlakuan murid ini
sentiasa menganggu perjalan permainan dalam kelas. Beberapa orang murid mempunyai sikap
hiperaktif. Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding
keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialh tidak boleh duduk diam, selalu gelisah, suka
merungut, kelakuan sukar diramal, mudah melenting dan tindak balas berlebihan.

Masalah ini mungkin timbul kerana murid-murid tidak suka atau kurang berminat dengan permainan
yang dijalankan.Selain itu, berkemungkinan murid itu ada masalah peribadi. Punca hiperaktif ialah
kecederaan otak, pemakanan dan baka.

Menurut Eileen (2000)dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan kelas yang
lemah menjadi punca utama kebanyaakn proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan baik. Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan
berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu
boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token seperti markah ujian. Apa jua rangsangan
yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai
peneguhan positif.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi
mengatasi masalah ini. Saya juga bercadang untuk mengaplikasikan pendekatan seperti belajar
sambil belajar di dalam kelas. Ia adalah satu satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang
kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung
murid berminat untuk belajar bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Selain itu, saya juga
boleh memberi peneguhan positif. Peneguhan positif ialah satu proses di amna guru akan cuba
mengawal tigkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata
perangsang yang dapat membaiki dan mengubah tingkah laku murid-muridnya.Jika teknik
peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk
mengawal tingkah laku murid seperti dendaan, memarahi murid atau menyuruh mereka menjalani
"time out". Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan
menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

Sebagai guru yang bertanggungjawab, saya akan memastikan tingkah laku murid dikawal di dalam
dan luar bilik darjah. Perkara ini harus diambil tindakan supaya murid itu tidak akan menghadapi
masalah pada masa hadapan.

Eileen Ferrance.(2000).Action Research,United States:The Education Alliance.

Rahil Mahyuddin.(2002).Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.Shah Alam:Karisma Publications.

Anda mungkin juga menyukai