Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS SYUKUR RIA RAYA / SAMBUTAN HARI GUR

2022 / 2023

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَعاِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس ُم َع ى َسِّيِد ا ُم َح َّم ٍد َو َع ى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬
‫َل‬ ‫َن‬ ‫َل‬ ‫َال‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Syukur Ria Raya dan Sambutan Hari Guru dengan tema
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Ya Allah Ya Rahman,
dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia
dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga
atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya
Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang
bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, dan sejahtera di
dunia dan di akhirat.

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran
,Ketabahan semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan, semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga
idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko –kurikulum
pelajar-pelajar di Sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu
sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada
hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau
menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat
yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan
kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia
diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada
agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.

ِ‫َرَّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai