Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS APRESIASI PELAJAR CEMERLANG KMJ 2021

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء واامرسلين‬
‫سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين‬

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana dengan keizinan-Mu kami dapat
mengadakan dan menjayakan Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Kolei Matrikulasi Johor sesi
2020-2021 kali ini.

Ya Allah, Ya Ghaniyyu, Ya Hamid

Kami memohon kepada-Mu, agar segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini akan
mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Mu.

Disaat ini juga, kami merafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah, Ya Ar-Hamarrahimin

Jadikanlan pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar
yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.

Ya Allah jadikanlah mereka pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun
untuk meningkatkan lagi potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun
ketrampilan keperibadian yang luhur.

Malah kami memohon pada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan, agar majlis anugerah ini
akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain, agar mereka juga akan bersama-sama
mengerah keringat dan mengembeleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi masa
depan yang lebih terjamin dan membanggakan.

‫اللهما انا نسألك علما نافعا وقلبا خاشعا ويقينا صادقا ودينا قيما وايمانا كامال‬
‫ورزقا واسعا وعمال متقبال‬
‫ربنا أتنا فى الدنيا حسنة وفى األخرة حسنه وقنا عذاب النار وصلى هللا على سيدنا‬
‫محمد وعلى أله وصحبه وسلم‬
‫والحمدهلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai