Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM

‫ْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِعْي َن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan berada dalam
Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM bagi tahun 2022 SMK SEKSYEN 16 pada
pagi ini.
Ya Allah
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang
telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang
bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada
dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima slip keputusan spm pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi. Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur, mudah mudahan
majlis ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka
sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan diri dan mengharumkan nama sekolah ini.
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْي َر َأْع َم اِر َن ا َء اِخُرُه َو َخ ْي َر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُمُه َو َخ ْي َر أَّياِم َن ا َي ْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْي َم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذْي َن َء اَم ُنْو ا َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف‬
‫َر ِحْي ٌم‬
‫ِ َر َّب َن ا َءاِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّمٍد َو َع َلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai