Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SRAR AL-MASKAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ َو الَع اِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَحْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْين‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْين‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud, Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan
kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah
Agama Rakyat Al-Maskan.
Ya Allah, Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan Rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat
dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada
kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada
masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid , Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil
penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.
Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini
akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah
keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan
nama sekolah ini.

‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخْيَر َأْع َم اِر َنا َء اِخ ُر ُه َو َخْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخْيَر أَّياِم َنا َيْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن َو َال َتْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف‬
‫َر ِح ْيٌم‬
‫ِ َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنةً َو ِفي األِخَر ِة َحَس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai