Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN

KARAKTER KARAMAH INSANIAH

‫ﺒــﺴــــﻢ ﺍﷲ ﺍﻠـﺮﺣـﻣـﻦ ﺍﻠـــﺮ ﺣـــﻴـــﻢ‬


‫ َو الَعاِقَبُة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالة َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَعاَلِم ْيَن‬
‫َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬

‫اللُهَّم يا هللا‬
Kami bersyukur ke hadrat mu, di atas segala limpahan rahmat serta diberikan keizinan, di hari yang
berbahagia ini, dapatlah kami berhimpun sempena MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH
PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH SK KG IGAN BAGI
TAHUN 2023. Semoga perjalanan majlis ini dilimpahi dengan keberkatan dan keredhaan daripada-
mu ya allah.

‫َيا هللَا ُ َيا َش ُك ْو ُر‬


Kurniakanlah kepada kami kekuatan iman, kekuatan fizikal dan mental.kurniakanlah kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani ,kerana mudah-mudahan dengannya dapat kami tingkatkan usaha
kami ,semangat juang kami demi memperkukuhkan agama, bangsa dan negara.

Kami memohon dariMu ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan
tindakan, dalam melaksanakan Amanah yang besar dan tanggungjawab yang diberi taklifan, semoga
dengan itu kami mampu menempa kecemerlangan bagi menaungi dunia Pendidikan, mengangkat
martabat karamatul insaniah melalui pembentukan sahsiah, adab dan integriti yang menjadi tonggak
ketuanan dan ketamadunan ke arah Malaysia Madani.

‫يا هللا َيا َك ِريم َيا َو ُدود‬


Perkenankanlah doa kami, agar segala usaha yang kami lakukan selama ini, mampu membawa citra
yang besar dan murni, mengangkat martabat dan menjulang tinggi dunia Pendidikan yang kami cintai.
Jadikanlah keikhlasan niat kami, sentiasa dijaga dan terpelihara.

‫ربنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفي األِخَر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر‬

‫ َو اْلَح ْم ُد هلِل َر ِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai