Anda di halaman 1dari 2

TEKS EMCEE TILAWAH

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang dihormati, Barisan panel hakim bagi pertandingan Tilawah Al-Quran MTQSS Zon Tg.
Jati 2018, guru-guru pengiring, yang dikasihi, para peserta pertandingan serta hadirin
dan hadirat sekalian.

Alhamdulillahirabbil alamin, setinggi-tinggi lafaz syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpahan rahmat dan izinNya, dapat kita bersama-sama bagi
mengimarahkan Majlis TIlawah Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Zon Tg. Jati 2018.
Bagi pihak jawatankuasa pengelola pertandingan mengalu-alukan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke Qaryah Sabena ini. Selamat datang dan Ahlan wasahlan kami
ucapkan.

Sebelum kita beranjak ke acara pertandingan, izinkan saya memperkenalkan barisan


hakim yang akan mengendalikan dan mengadili pertandingan kita pada hari ini.

1. Ustaz Mohd Shahrul Hafiz Bin Husain dari Sk Mohd Redeh selaku Hakim bahagian
Tajwid
2. Ustaz Azhan Bin Salleh dari SK Semop selaku Hakim bagi bahagian Taranum
3. Ustaz Khairul Anam Bin Amran dari SK Serdeng akan menghakimi bahagian
Fasohah
4. Ustazah Siti Wardah Bin Adeni dari SK Kpg Penasu selaku hakim bahagian Suara.

Sebagai makluman kepada para peserta, saya akan membacakan syarat


pertandingan, skop pemarkahan dan peraturan ringkas bagi pertandingan Tilawah Al-
Quran.

rujuk lampiran tilawah

masa: Lampu kuning (Sedia), Lampu Hijau (Mula Baca) dan Lampu Merah (Berhenti)

keputusan Hakim adalah muktamad.

Peserta 1.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta kita yang pertama iaitu:

Rujuk Giliran
Giliran Nama peserta (LELAKI) Sekolah Surah dan Ayat

SK MOHD REDEH Al-Baqarah, 158, Juz 2

SK SERDENG Ali Imran, 123, Juz 4

SK SEMOP Al-Israk,70, Juz 15

SK KPG PENASU Al-Israk,70, Juz 15


SK SABENA Al-anbiya’, 1, Juz 17

SK TELOK GELAM Al-Baqarah, 158, Juz 2

Giliran Nama Peserta (Perempuan) Nama Sekolah Surah dan Ayat

SK KPG PENASU Al-Baqarah, 261, Juz 3

SK SABENA An-Nahlu, 30, Juz 14

SK MOHD REDEH Al-Furqan, 1, Juz 18

SK TELOK GELAM Al-Ahzab, 59, Juz 22

SK SERDENG An-Nisa’, 40, Juz 5

SK SEMOP Al-Ahzab, 59, Juz 22

demikianlah tadi bacaan ayat suci Al-Quran daripada Adik ………………………………….


.

Demikianlah tadi alunan ayat suci Al-Quran daripada Adik ………………………………… .

Penutup

Demikianlah tadi bacaan daripada kesemua peserta. Alhamdulillahirabbil alamin,


dengan itu, maka berakhirlah sudah pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah
Peringkat Zon Tg, Jati pada hari ini. Sehubungan itu, majlis akan berhenti rehat seketika
bagi memberi laluan kepada para hakim untuk membuat pengiraan markah.

Sekian, wabilahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai