Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN LELAKI MTQSS RENDAH KAWASAN ALOR GAJAH

MASA CUE ANN

Semua peserta, hakim Dipersilakan, semua peserta dan hadirin sekalian untuk
dan yang terlibat mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar
mengambil tempat sahaja lagi.

Kata alu-aluan Bissmillahirahmanirrahim,Alhamdulillahirabilaalim


pengacara majlis wasalatiwassalamuaasyrafilambia ilwalmursalin (hingga akhir
ayat)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarkatuh.Kita mulakan


majlis kita pada pagi ini dengan membaca umul kitab al-Fatihah.

Salam Melaka Berwibawa,


Pintar, Hijau, Bersih,
Salam Mendidik Dengan Hati Dengan Penuh Integriti

Yang Berbahagia,
Salutasi

Yang Dihormati,

Para juri/ hakim, penjaga masa, guru-guru pengiring, guru-guru,


peserta-peserta Tilawah al-Quran Rendah peringkat Kawasan
Alor Gajah bagi tahun 2019 seterusnya saudara-saudari,
hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Syukur Alhamdulillah, bersama kita panjatkan kesyukuran ke


hadrat Illahi, atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di
sini untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran
yang akan diperdengarkan oleh peserta-peserta Tilawah al-
Quran kategori lelaki Sekolah Rendah peringkat Kawasan Alor
Gajah bagi tahun 2019.

Sebelum itu, eloklah kiranya saya membacakan beberapa


peraturan penting sebagai peringatan kepada para peserta
pertandingan. Para peserta diingatkan bahawa masa bacaan
adalah sekitar enam ke lapan minit sahaja. Loceng pertama
akan dibunyikan sekali pada minit ke enam (penjaga masa
membunyikan loceng). Seterusnya, loceng kedua akan
dibunyikan pada minit ke lapan sebanyak dua kali (penjaga
masa membunyikan loceng). Para peserta boleh meneruskan
atau menghabiskan bacaan selepas minit ke lapan tetapi tiada
sebarang markah akan diberikan. Pemenang akan dinilai
berdasarkan kepada markah yang tertinggi. Keputusan hakim/
juri adalah muktamad.

Peserta memulakan Untuk makluman hadirin,


bacaan
Seramai ______ orang perserta yang akan memperdengarkan
bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada pagi ini.

Tanpa membuang masa,


Peserta 1
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan peserta
pertama untuk memperdengarkan bacaan. Peserta pertama
akan membacakan surah ______________ bermula ayat
________ .

Dipersilakan.

--------------------------BACAAN -----------------------

Sadakallahulazim.Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-


Quran yang telah diperdengarkan oleh adik
__________________________ mewakili Sekolah Kebangsaan
___________________.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Peserta 2 Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan peserta kedua untuk


memperdengarkan bacaan. Peserta kedua akan membacakan
surah ______ bermula dari ayat ______.Dipersilakan.

--------------------------BACAAN -----------------------

Sadakallahulazim.Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-


Quran yang telah diperdengarkan oleh peserta mewakili
Sekolah Kebangsaan ______________ .

(Urutan peserta ikut seperti di atas. Dapatkan senarai peserta,


surah bacaan dan sekolah. Buat pengumuman jika ada.)

Demikian tadi bacaan oleh semua peserta. Kita akan berhenti


rehat seketika untuk memberi laluan kepada barisan hakim
membuat pengiraan markah.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai