Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN HAFAZAN PEREMPUAN PROGRAM KECEMERLANGAN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH ZON TUNGKU TAHUN 2023

Perkara Teks Catatan


Pengumuman PENGUMUMAN
Awal
- Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

- Tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta diminta


mengambil tempat.

- Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan


serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit
atau pastikan telefon dalam nada silent mode.

- Mohon juga untuk mengehadkan sebarang aktiviti keluar masuk


sepanjang pertandingan berlangsung.

- Ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu


peserta membuat persembahan.

Kata alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN HAFAZAN KATEGORI


PEREMPUAN SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN PRESEKOLAH ZON TUNGKU BAGI TAHUN 2023 DI
PRA SEKOLAH SK CENDERAWASIH.

Yang dihormati, barisan panel hakim yang penuh berkarisma,

Guru-guru pengiring yang berdedikasi,


Para peserta pertandingan yang dirahmati Allah serta hadirin
hadiran sekalian.

Bacaan al- Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Tuhan yang


Fatihah maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dapat bertemu
di pertandingan ini.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang


cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program
begini.

Mekar serumpun bunga siantan,


Ditiup angina gugur berserakan,
Agar majlis mendapat keberkatan,
Surah alFatuhah kita bacakan,

Untuk itu, kita mulakan majlis dengan bacaan ummul kitab


alfatihah.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN HAFAZAN PEREMPUAN PROGRAM KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH ZON TUNGKU TAHUN 2023

***
Amin amin ya rabbal alamin
Perkenal Sebelum kita menyaksikan pertandingan, izinkan saya untuk
Barisan Hakim memperkenalkan barisan hakim dan petugas yang akan
mengendalikan pertandingan kita pada hari ini.

Diperkenalkan,
1. Ustazah Noor Hafizah Ojib dari SK Cenderawasih.
Seterusnya,
2. Ustazah Ummu Zaimah Binti Mohd Noh dari SK Sahabat
16.
3. Hakim seterusnya ialah Ustazah Kamariahnor Kamis dari
SK Sri Pantai.
4. Hakim keempat ialah Ustazah Hajariah Muharam dari SK
Bangingod.

Pengurus bahagian borang markah dan murid, En Mohd Syafiq


bin Suardi dari SK Tanjung Labian,
Petugas Penjaga masa, Pn Suzarinah HM Suntiri, dari SK Tanjung
Labian.
Dan saya, Muhammad Hafizudin bin Lapatelo dari SK Tanjung
Labian selaku pengacara pada hari ini.
Ucapan Ketua Baiklah, sebelum saya memulakan acara, saya mempersilakan
Hakim (kalau _________________________ selaku ketua hakim / wakil hakim
ada) untuk menyampaikan peraturan pertandingan pada hari ini
kepada para peserta.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ____________ atas taklimat itu


tadi.

Panggil Peserta Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta pertama


iaitu Adik _____________________ untuk memperdengarkan
hadazan beliau. Majlis mempersilakan.

Terima Kasih kepada adik ________________________ dari SK


__________________.

2. Seterusnya dijemput peserta kedua, adik


___________________________ untuk memperdengarkan
hafazan beliau. Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada adik _________________________ dari SK


________________________.

Demikian tadi bacaan oleh semua peserta. Kita akan berhenti


rehat seketika untuk memberi laluan kepada barisan hakim untuk
membuat pengiraan markah.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN HAFAZAN PEREMPUAN PROGRAM KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH ZON TUNGKU TAHUN 2023

Penutup Pantun penutup

Banyak keluk ke Penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
nan tak elok tinggal lah disini

negeri Pahang aman sentosa,


Tanjung Lumpur punya area
Salam perpisahan untuk semua,
Moga pulang dengan ceria

Untuk itu, saya bagi pihak jawatankuasa pertandingan hafazan,


menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf andai tersilap bicara,
tersalah kata sepanjang majlis berlangsung.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai