Anda di halaman 1dari 3

TEKS MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 2018/ SIRI 1

TEMPAT: IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

UCAPAN PENGUMUMAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Burung merpati terbang di awan


Hinggap sebentar di pohon lada
Kami ucapkan selamat datang
Ke majlis penangguhan program transformasi minda

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, peserta-peserta
kursus, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Program Transformasi Minda siri 1 bagi
tahun 2023.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

. Majlis memohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk memastikan microphone


masing2 dalam keadaan senyap.

PENGUMUMAN KETIBAAN DIF KEHORMAT

Mohon hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu “Negaraku”, lagu “Pulau Pinang”
dan lagu “Kami Guru Malaysia”.

………………………………………………………………………………………………….

Hadirin dipersilakan duduk…

SALUTASI

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Burung merba di pohon cemara
Majlis bermula tirai dibuka
Assalamualaikum pembuka bicara

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Yang Berusaha,
ENCIK NORZABIDI BIN ABU BAKAR
Ketua Unit Pembangunan & Latihan IPG Pulau Pinang

Yang Dihormati,
ENCIK UMAR AHMAD
Ketua Fasilitator PTM 2023 IPG KAMPUS PP

Yang Dihormati,
ENCIK ANUAR YUNUS
Penyelaras Digital Learning Online

Yang Dihormati.
ENCIK AKMAL Bin Ngadiman
Penolong Pengarah Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri PP

Barisan urusetia, tetamu-tetamu jemputan dan seterusnya rakan guru yang dikasihi sekalian.
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi menghadiri majlis penutup Program
Transformasi Minda Siri 1 bagi tahun 2023.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat


Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya,
marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena majlis penutup Program
Transformasi Minda siri 1 bagi tahun 2023 pada pagi ini.

Dengan ini majlis mempersilakan CIKGU MUHAMMAD SAFWAN AZIZI untuk


memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Amin ya Rabbal alamin...

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada CIKGU MUHAMMAD SAFWAN
AZIZI atas bacaan doa itu tadi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Kuntum Melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Salam Sejahtera pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Penutup Program Transformasi minda Siri 1 bagi
tahun 2023

Untuk makluman hadirin sekalian, program ini telah diadakan selama 5 hari bermula dari 13
March dan akan berakhir pada hari ini 17 March 2023.

Untuk makluman hadirin sekalian juga, para peserta program ini terdiri daripada para
pendidik dari seluruh Negeri Pulau Pinang. Manakala penceramah yang telah dijemput untuk
memberi ceramah adalah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Setiap segmen yang dirancang telah di isi dengan slot-slot yang berguna untuk
mentransformasikan minda penjawat awam supaya memberikan perkhidmatan yang lebih
berkualiti kepada masyarakat dan negara.
UCAPAN WAKIL PESERTA

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan Cikgu Muhammad Azri Bin
Khairudin selaku penghulu bagi Program Transformasi Minda siri 1 tahun 2023 untuk
menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………….

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Muhammad Azri ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya dijemput Penghuluwati untuk memberikan ucapan.


CIKGU NOR SYAFINAZ BINTI SHAHAR.

UCAPAN PERASMIAN PENANGGUHAN

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, ENCIK


NORZABIDI BIN ABU BAKAR, Ketua Unit Pembangunan & Latihan IPG Pulau Pinang
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penutup Program
Transformasi Minda siri 1 bagi tahun 2023

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………...

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

PENUTUP

Hadirin sekalian, Dengan berakhirnya Ucapan itu tadi, maka majlis kita hampir kepada
penghujungnya.

Akar Keladi Melilit Selasih


Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Selepas ini, sesi fotografi dif-dif jemputan bersama peserta program akan diadakan.
Mohon semua peserta Program Transformasi Minda siri 1 bagi tahun 2023 untuk sesi
fotografi.

………………………………………………………………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai