Anda di halaman 1dari 7

aKata INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,

Aluan
BERARAK DI CELAH POHON CEMARA,

PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Yang dihormati

………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………

….

…………………………………………………………………………………………………………………………

…..

…………………………………………………………………………………………………………………………

….

seterusnya yang di kasihi, guru-guru dan peserta-peserta Bengkel

Mengarang Sajak.

Bismilahhirahmannirahim…

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, dengan Inayah dan Kurnia-Nya

dapat kita berkumpul bersama-sama untuk menghadiri Bengkel


Mengarang Sajak di atas talian talian Google Meet pada pagi ini.

Semoga kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini dapat menjana

pengetahuan kita dan menjadi pemangkin kepada diri kita untuk

terus cemerlang. Tahniah kepada semua peserta dan guru Sekolah

Kebangsaan Tarcisian Convent yang sanggup berkorban masa untuk

berada di majlis ilmu yang penuh barakah pada hari ini.

Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. .

Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.

Bacaan Murid-murid dan guru-guru yang dimuliakan,


Doa
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,

marilah sama-sama kita mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul

Kitab Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Objekti Murid-murid dan guru-guru yang dikasihi sekalian…


f
Bengkel Mengarang Sajak pada hari ini dilaksanakan sebagai salah

satu program Panitia BM agar dapat memberi pendedahan dan

pengetahuan tentang penulisan puisi kepada semua peserta bengkel

dan guru-guru yang hadir pada hari ini. Selain itu, bengkel pada hari
ini juga akan menjadi tunjang kepada murid SKTC untuk

menghasilkan karya sajak yang akan dipertandingkan ke

Pertandingan Penulisan Sajak peringkat daerah Kinta Utara. Yang

bertemakan Sayangi Ibu. Para peserta perlu menghantar karya

Sajak yang dihasilkan pada hari ini ke pautan yang akan diberikan

sebentar nanti. Sijil penyertaan Bengkel Mengarang Sajak akan

diberi kepada para peserta yang menghantar sajak ke pautan

tersebut. Karya Sajak perlulah di hantar sebelum 25 Ogos 2022.

Jadi rebutlah peluang keemasan ini ya.

Hadirin sekalian…

Bagi pihak majlis juga, kami sangat mengalu-alukan kedatangan

penceramah kita ke Bengkel Mengarang Sajak pada hari ini iaitu

ENCIK AMRAN IBRAHIM RASHIDI yang merupakan Seorang

deklamator, penyair dan aktivis puisi yang aktif di Malaysia.

Di sini saya juga ingin mewar-warkan serba sedikit biodata ringkas

Penceramah kita pada hari ini. Encik Amran Ibrahim Rashidi

dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 1 Jun 1981. Beliau

merupakan graduasi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di

Universiti Kuala Lumpur pada tahun 2014. Beliau telah membabitkan

diri dalam kesusasteraan dalam arena seni deklamasi puisi merdeka


dan seni persembahan puisi yang lain termasuk puisi artistic, muzikal

puisi dan lagu puisi sebelum beranjak ke genre seni penulisan

puisi. Beliau juga telah memenangi pelbagai pertandingan berkaitan

puisi, antaranya Johan malam Puisi Merdeka anjuran Yayasan

Warisan Negara dengan Kerjasama Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia

Indonesia, DBP, GAPENA dan Istana Budaya 2014. Beliau juga aktif

sebagai jurulatih, penceramah, fasilitator, hakim, jemputan

temubual televisyen dan radio serta menghasilkan banyak karya

dalam bidang puisi, Alhamdulillah, Kita warga Sekolah kebangsaan

Tarcisian Convent sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu

daripada beliau pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas

kesediaan ENCIK AMRAN IBRAHIM RASHIDI kerana sudi

memenuhi undangan pihak sekolah pada pagi ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan suka citanya

mempersilakan Yang berbahagia ENCIK AMRAN IBRAHIM

RASHIDI untuk mengendalikan sesi Bengkel Mengarang Sajak pada

hari ini. Diminta semua peserta bersedia untuk mendengar,

mencatat maklumat dan memberi sepenuh perhatian sepanjang sesi

bengkel hari ini. Para peserta juga perlu memastikan anda berada di

mod senyap atau mute mic masing2 agar tidak mengganggu


perjalanan bengkel hari ini kecuali jika ada sebarang pertanyaan.

Dipersilakan ENCIK AMRAN IBRAHIM RASHIDI untuk

mengendalikan Bengkel kita pada hari ini.

Penutup Alhamdulillah…
Nampaknya…

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya…

Syabas semua atas kesabaran dan perhatian serta komitmen yang

diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung. Mudah-mudahan ada

sesuatu yang telah kita perolehi pada majlis hari ini.

Sebelum bersurainya majlis ini kami merakamkan jutaan terima

kasih kepada ENCIK AMRAN IBRAHIM RASHIDI, Ahli jawatan

Kuasa Panitia BM, guru2 dan para peserta yang terlibat bagi

memastikan penganjuran bengkel ini berjalan dengan jayanya pada

hari ini.

Mohon ampun dan maaf dari saya andai terkasar bahasa, terlanjur

bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya

yang baik itu datang daripada Allah swt dan yang kekurangan itu

adalah kelemahan saya sendiri.

Sekian, wabillahitaufikwahidayah….. assalamulaikum dan terima

kasih.

Sebagaimana yang telah kita janjikan, setiap peserta yang

menghantar sajak akan diberikan sijil penyertaan bengkel kita pada


hari ini. Sekaligus karya anda akan dipertandingkan ke pertandingan

Penulisan Sajak peringkat daerah Kinta Utara. Karya sajak perlu

dihantar sebelum 25 ogos 2022 pada pautan yang diberi. Pautan

juga akan di masukkan ke dalam whatsap kelas masing2. Terima

kasih.

Anda mungkin juga menyukai