Anda di halaman 1dari 9

Teks Pengacaraan SIWP Masa 8.

00 pg Cue Guru pelatih mula berhimpun Nyanyian lagu rasmi Ann Assalamualaikum W.B.T. Perhatian kepada para hadirin, anda majlis akan bermula sebentar lagi. Assalamualaikum Perhatian kepada siding dewan, Para hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Guru Malaysia.(kiv)

lagu- Bismillah..

Selepas nyanyian tamat Ucapan alualuan

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk Assalamualaikum W.B.T

Adat kita menyambut tetamu Salam dihulur mesra bertamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Pemanis bicara aluan didahulu

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

Bismilahirahmanirahim

1) Yang Berusaha, Pn Wan Kamaliah bt Wan Dagang,


Penyelaras Seminar Integriti Warga Pendidik, Institut Integriti negara

2) Yang Berusaha, En. Mohd Yusof bin Mohamad, Timbalan


Pengarah Sektor Awam

3) Yang Berusaha, Dr. Hj Mihat bin Dollah, Ketua Jabatan Hal


Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru KAmpus Perempuan Melayu Melaka

4) Yang Dihormati peserta seminar yang didatangkan khas


dari bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Teknologi Dan Vokasional,Bahagian

Berasrama Penuh Dan Sekolah Cemerlang serta tidak ketinggalan semua peserta seminar yang hadir pada hari ini.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah

Selamat datang ke Seminar Integriti Warga Pendidik . Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian para tetamu untuk hadir pada pagi ini bagi memeriahkan lagi seminar ini. Untuk makluman siding hadirin, seminar ini merupakan seminar yang dianjurkan oleh IPG Kampus Perempuan Melayu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Integeriti Malaysia.

Dikesempatan ini juga, pihak majlis ingin merakam ucapan terima kasih dan setinggi atas tinggi penghargaan meluangkan kepada masa barisan sudi

penceramah

kesudian

dan

menaburkan bakti dan jasa bagi menjayakan lagi Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat IPG Kampus PErempuan Melayu.

Tayangan Video

Sidang hadirin, Tirai majlis pada hari ini dibuka dengan persembahan multimedia. Marilah sama-sama kita saksikan tanyangan video integriti sempena seminar integriti warga pendidik.

Demikianlah tadi tayangan video sebagai induksi seminar integrity warga pendidik IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Bacaan doa Sinaran suria tampaknya indah, Cahaya memancar menyeri buana; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk maksud itu, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh ustaz Mohamad Nasri bin Abdullah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Amin-amin ya rabbal alamin

Selepas bacaan doa

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Mohamad Nasri bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Bacaan Ikrar

Sidang hadirin sekalian,

Seminar Integriti Warga Pendidik ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran serta kefahaman warga pendidik mengenai Pelan Integriti Nasional. Seminar ini juga bertujuan mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik mengenai peranan mereka dalam memperkukuhkan amalan dan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta kehidiupan seharian.

Jambangan bunga jadi hiasan, Kembangnya mekar memikat jiwa, Amalan integriti membentuk insan, Akhlak mulia pendidik perkasa

Sidang hadirin sekalin, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar. Dengan itu, majlis mempersilakan En Mohd Farid bin Abu BAkar bagi mengetuai bacaan ikrar. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selepas bacaan ikrar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Mohd Farid bin Abu Bskar atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi

Ceramah 1

Warga dewan warga budiman, Dalam melaksankan sesuatu, ada pengangan. kitab yang harus dijadikan

Begitu juga dalam mengamalkan integriti dalam

kehidupan seharian umumnya dan dalam kerjaya pendidikan khususnya. pengangan. Maka Pelan Integriti Nasional harus dijadikan MAjlis kita pada hari ini sangat bertuah kerana

berkesempatan untuk mendalami lagi Pelan Integriti Nasional daripada seorang insan yang sangat berpengetahuan dalam bidang ini. Sebelum mempersilakan beliau, eloklah kiranya saya ,membacakan serba sedikit biodata beliau. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta. --------------------------------------------------. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segalanya hormatnya mempersilakan En Mohd Yusof binMohamad, Timbalan Pengarah Sektor Awam untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Falsafah Pendidikan dan Prinsip Integriti. MAjlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ----------------------------------------

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih En Mohd Yusof bin Mohamad, Timbalan Pengarah Sektor Awam atas ceramah yang disampaikan. Semoga segala ilmu yang dikongsi member manfaat kepada peserta seminar yang hadir pada hari ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, majlis mempersilakan ___________________________untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan En Mohd Yusuof bin Mohamad untuk menerima cenderahati. Terima kasih diucapkan kepada ------------------------- atas kesudian menyampaikan Cenderahati sebentar tadi.

Berehat

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati majlis akan berehat sebentar dan akan disambung semula pada 10.30 pagi. Sekian terima kasih. Assalamualaikum Alhamdulillah, syukur dipanjantkan kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan dan dipilih oleh-Nya untuk kekal berada dalam Seminar Integriti Warga Pendidik. Sesungguhnya, orang yang mencintai ilmu ialah orang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Baiklah kita teruskan lagi seminar kita pada hari ini Sebelum itu,

Ceramah 2

dengan mempersilakan penceramah berikutnya.

diharapkan, semua peserta sudah bersedia untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan.

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengenali serba sedikit mengenai penceramah berikut agar sesi yang akan berlangsung menjadi lebih mesra. ----------------Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan, Tuan Haji Wan Ahmad Salahuddin bin Wan Ahmad Rafaii, Penolong Pengarah Pengurusan Institut Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Negeri Perak untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Integriti dalam Pendidikan ----------

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Wan Ahmad Salahuddin bin Wan Ahmad Rafaii, Penolong Pengarah Pengurusan Institut Pendidikan Agama, Sektor

Pendidikan Islam, Jabatan Negeri Perak atas ceramah yang disampaikan. Semoga segala ilmu yang dikongsi member manfaat kepada peserta seminar yang hadir pada hari ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, majlis mempersilakan ___________________________untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan Tuan Haji Wan Ahmad Salahuddin bin Wan Ahmad Rafaii untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada ------------------------- atas kesudian menyampaikan Cenderahati sebentar tadi.

Ceramah 3

Warga intelektual sekalian, Pada pagi ini, kita sangat bertuah kerana berpeluang mendengar bicara seorang tokoh yang kaya dengan pengalaman dan tinggi daya keintelektualannya.

(Baca biodata)

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan lagi seminar pagi ini dengan ceramah khas Bicara Tokoh yang akan disampaikan oleh Y.Berbahagi Dtuk Haji Saari Hasan, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan Tokoh Guru Negeri Melaka 2010. dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. -------Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih Y.Berbahagi Datuk Haji Saari Hasan, Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan Tokoh Guru Negeri Melaka 2010 atas ceramah beliau sebentar tadi. Benarlah kata orang, pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam mendidik kita menjadi insan yang lebih berkualiti. Majlis

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah, majlis mempersilakan ___________________________untuk menyampaikan cenderahati. Dipersilakan Y.Berbahagi Datuk Haji Saari Hasan untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada ------------------------- atas kesudian menyampaikan Cenderahati sebentar tadi.

Sidang hadirin, Diam tak diam, sedar tak sedar, kita sudah pun tiba ke majlis penutupan Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat Ipg kampus Perempuan Melayu Melaka.

Kok turun istana membawa titah, Kok turun balai membawa sabda, Kok turun telapak membawa sembah, Maka turunlah tuan ke mari, Nak bercakap barang sepatah.

Untuk maksud itu, majlis mempersilakan Tuan Haji Hassan bin Pardi untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Seminar Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Majlis denga segala hormatnya mempersilakan.

-------Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin Pardi atas ucapan sebentar tadi.

Menamatkan majlis

Terang memancar sinar mentari, Mega berarak cuaca pun teduh; Berakhir sudah majlis dirai, Hanya menanti tirai dilabuh.

Hadirin sekalian, Berakhirnya ucapan sebentar tadi maka berakhir sudah majlis kita pada hari ini.

Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Marilah kita mencari ilmu, Agar menjadi pendidik bangsa Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan

Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri, dan yang baik itu datang dari-Nya Yang Maha Esa. Sekian sahaja majlis kita pada hari ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan kalam suci wabillahi taufik walhidayah. Assalamualikum w.t.b

Pengumuman: Sidang hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang disediakan di---------------------

Mengumumkan para tetamu meninggalkan persada majlis.

Anda mungkin juga menyukai