Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Program Outreach Perdana Kolej Vokasional Setapak

Kuala Lumpur 2018

Tempat: Dewan PKE KVSKL


Tarikh : 18 Oktober 2018
Masa : 9.30 pagi
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia,
Ketibaan Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B. Mohd Hanafiah
Tetamu CEO Expressionz Development Sdn Bhd.
Khas Diiringi:
Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin
Pengarah Kolej Vokasional Setapak dan
Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Setapak
Dato’ Dr. Ir. Haji Badarudin Bin Nordin
Masuk ke dalam dewan.
Nyanyian Lagu
Negaraku Hadirin sekalian dimint berdiri untuk bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

----Nyanyian lagu Negaraku-----

Hadirin dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirrahmannirahim,
Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera.

Aluan Pengerusi 1. Yang Berbahagia,


Majlis Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B. Mohd Hanafiah
Chief Executive Officer, Expressionz Development
Sdn Bhd.

2. Yang Berusaha,
En. Ruslan B. Zainudin, Pengarah Kolej Vokasional
Setapak, Kuala Lumpur

3. Yang Dihormati,
Dato’ Dr Ir. Haji Badarudin Bin Nordin
Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Setapak
4. Barisan pensyarah, kaunselor-kaunselor dan guru-
guru pengiring SMK jemputan, para pelajar
lepasan PT3 dari SMK sekitar wilayah persekutuan
Kuala Lumpur dan hadirin sekalian.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada tetamu-tetamu khas dan tetamu-tetamu jemputan
kerana sudi hadir ke Program Outreach Perdana Kolej
Vokasional Setapak Kuala Lumpur tahun 2018

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil Ustaz Sabri Bin


Isa untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas


kesudian untuk memimpin bacaan doa itu tadi.

Tayangan Slaid Hadirin sekalian,


Sebelum majlis pada pagi ini dimulakan, para jemputan
dan hadirin akan diperlihatkan dengan persembahan
Slide yang telah disediakan oleh pihak urusetia khas
untuk tontonan semua.
Mari sama-sama kita saksikan.

--------- Tayangan Slaid ----------

Begitulah tadi tayangan slaid yang telah disediakan khas


untuk tontonan semua.

Ucapan Aluan Para hadirin,


Pengarah Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput,
Yang berusaha, En. Ruslan Bin Zainudin untuk
menyapaikan ucapan aluan.
Dipersilakan

----Ucapan----------
Terima kasih diucapkan kepada:
Yang Berusaha, En. Ruslan B. Zainudin,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak,
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan aluan
sebentar tadi.

Ucapan Kalau tuan pikat kenari


Perasmian Jangan patahkan batang jerami
Program Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin sekalian, majis menjemput:


Yang Berbahagia, Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B.
Mohd Hanafiah, Chief Executive Officer, Expressionz
Development Sdn Bhd.
Untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan
Program Outreach Perdana Kolej Vokasional Setapak
Kuala Lumpur 2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------( Ucapan Perasmian) ------------------

Jutaan terima kasih diucapkan kepada


Yang Berbahagia, Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B.
Mohd Hanafiah, atas kesudian beliau menyampaikan
ucapan perasmian itu tadi.

Penyampaian Para hadirin,


Hadiah Pada 13 September 2018 yang lalu, telah diadakan
Pertandingan Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Kolej Vokasional Setapak
Inovasi KVSKL Kuala Lumpur. Pelbagai produk inovasi hasil tangan pelajar
2018 Kolej Vokasional Setapak telah dipertandingkan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pemenang, majlis hari ini


menjemput tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah.

Oleh itu, majlis dengan berbesar hati menjemput:


Yang Berbahagia, Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B.
Mohd Hanafiah, CEO, Expressionz Development Sdn Bhd.
Diiringi
Yang Berusaha, En Ruslan Bin Zainudin, Pengarah Kolej
Vokasional Setapak
Untuk naik ke atas pentas dan menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Untuk ketagori DVM.
Naib Johan. Dengan produk “Sistem Keselamatan
Pengesanan Banjir” telah dimenangi oleh pelajar dari Program
Teknologi Elektronik. Dijemput wakil untuk menerima hadiah.

Johan ketagori DVM telah dimenangi oleh pelajar dari Program


Perakaunan dengan produk ‘Akaunovasi’. Dipersilakan wakil
untuk menerima hadiah.

Bagi ketagori SVM.


Naib Johan. Dengan produk “Lampu Amaran Wiper” telah
dimenangi oleh pelajar dari Program Teknologi Automatif.
Dijemput wakil untuk menerima hadiah.

Johan ketagori SVM telah dimenangi oleh pelajar dari Program


Teknologi Kimpalan dengan produk ‘Ternado Slice’.
Dipersilakan wakil untuk menerima hadiah.

Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderamata
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B. Mohd
Hanafiah diatas kesudian menyempurnakan Program
Outreach Perdana Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur,
majlis mempersilakan, Yang Berusaha, En Ruslan Bin
Zainudin, Pengarah Kolej Vokasional Setapak untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada
Yang Berbahagia, Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

----- Penyampaian cenderamata ----------

Terima kasih diucapkan kepada En. Ruslan Bin Zainudin atas


kesudian menyampaikan cenderamata itu sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Penutup
Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderamata
itu sebentar tadi, maka kita telahpun berada di
penghujung majlis.
Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:

Yang Berbahagia,
Dato’ Hj. Ahmad Shamsul Baharin B. Mohd Hanafiah
Chief Executive Officer,
Expressionz Development Sdn Bhd.

Yang Berusaha,
En. Ruslan B. Zainudin, Pengarah Kolej Vokasional
Setapak, Kuala Lumpur

Yang Dihormati,
Dato’ Dr Ir. Haji Badarudin Bin Nordin
Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Setapak

Barisan pensyarah, kaunselor-kaunselor dan


guru-guru pengiring SMK jemputan, tuan – tuan,
puan – puan serta semua pihak yang terlibat secara
langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan
majlis kita pada pagi ini.
Salah dan silap harap diampuan. Sekian,
Wabilahitaufiq….

Pengumuman Di jemput kepada semua tetamu kehormat untuk sama-


sama menyaksikan Pameran Inovasi yang bertempat di
hadapan Dewan Seminar PKE.

Kepada semua pelajar dari SMK lepasan PT3, dengan


mengikut kumpulan kecil, anda akan diiringi oleh wakil
pelajar untuk turut serta menyaksikan pameran inovasi
dan lawatan ke bengkel-bengkel vokasional.

Anda mungkin juga menyukai