Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacaraan Majlis Sanjungan Budi Kenangan Abadi Sempena Persaraan En.

Kamarulzaman B. Ikhsan & Sambutan Awal Ramadhan KVSKL 2019

Tempat: Tapak Perhimpunan & Dewan Seminar PKE KVSKL


Tarikh : 26 April 2018
Masa : 8.00 Pagi
Pengacara Majlis: En. Syazwan Syamim Bin Abd Rahman
Peristiwa Butiran Penyampai Nota
Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum (WBT), Salam sejahtera, Salam
Jumaat penuh barakah.
Sirih berlipat sirih pinang
Pinang ada di dulang suasa
Lafaz bismillah selawat & salam
Salam buat pembuka bicara.

1. Yang Berusaha – En. Ruslan Bin Zainudin, Pengarah


Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.
2. Yang diraikan – En. Kamaraulzaman Bn Ikhsan,
Pensyarah Automotif KVSKL
Aluan Pengerusi 3. Yang Berusaha- Timbalan Pengarah Akademik, En.
Majlis Khalid Bin Mohd Shah.
4. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd
Ghazali Bin Abd. Kadir.
5. Ketua Jaminan Razaki
Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah serta para
pelajar yang dikasi sekalian.
Kesyukuran kita rafa’kan ke Hadrat Illahi atas kurnia
izinnya dihimpunkan kita Tapak Perhimpunan KVSKL
dalam suasana yang amat berbahagia serta damai pada
pagi ini, dalam majlis khas Sanjungan Budi Kenangan
Abadi Sempena Persaraan En. Kamarulzaman B.
Ikhsan yang bakal menyempurnakan perkhidmatan
beliau kepada Kolej Vokasional Setapaj ini dan bidang
pendidikan perguruan khususnya pada hari ini.
Hadirin sekalian, pada pagi ini kita juga berkesempatan
untuk mengadakan Majlis Sambutan Awal Ramadhan
bersempena dengan menyambut ketibaan Bulan
Ramadhan tidak lama lgi.
Sekalung penghargaan dan aprisiasi kepada Ahli
Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf atas usaha dan
inisiatif untuk mengelolakan majlis pada pagi ini. Ayuh kita
berikan tepukan kepada meraka.
Ucapan Para hadirin,
Pengarah
Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan dengan
ucapan dari Pengarah Kolej Vokasional Setapak
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput
Yang berusaha, En Ruslan Bin Zainudin untuk
menyampaikan ucapan beliau.
dipersilaka.

----Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang berusaha, En Ruslan Bin Zainudin
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar
tadi.
Hadirin sekalian,
Ucapan Pesara Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada Yang Diraikan En. Kamarulzaman Bin Ikhsan.
Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan
mempersilakan tuan untuk memberikan ucapan.

---------------- Ucapan ----------------

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Diraikan En, Kamarulzaman
Bin Ikshan atas ucapan itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti
dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan
En. Kamarulzaman Bin Ikhsan  sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai
Pensyarah di Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Sesi Tazkirah Para hadirin, 


Ramadhan
Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengn
tazkirah Ramadhan. Oleh itu, marilah kita sama-sama
meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar
ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan
manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Abdul Rani
Bin Mohamed Daud untuk menyampaikan tazkirah beliau
...mempersilakan..

------------------- Tazkirah -------------------

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Rani Bin


Mohamed Daud atas penyampaian tazkirah itu sebentar
tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


Pelajar Pagi ini kita juga akan dihidangkan dengan persembahan
nyanyian khas buat yang diraikan serta alunan indah
dendangan nasyeed sempena kedatangan Ramadhan.
Mari kita berikan tepukan kepada pelajar, Amirul Haqeem
& Ikhwan Fikri Bin Kamarudin Hisham untuk
menyampaikan persembahan nyanyian lagu Dimana kan
ku cari ganti – dindangan asal P. Ramlee dan Ramadhan
nyanyi asal Maher Zain. Dipersilakan.

-------- Persembahan Nyanyian-------

Begitulah tadi persemban nyanyian yang sungguh


mengasyikan oleh anak-anak pelajar KVSKL yang telah
dibimbing oleh Ustazah Noraziah Bt. Shapiee. Sekali lagi
kita berikan tepukan gemurah atas persembahan
sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Hadiah dari
Adat orang berbudi, kita berbahasa,
Pelajar
Adat orang berbakti, kitalah yang menikmati menyantun jasa.

Majlis seterusnya dengan penuh hormat menjemput


yang berusaha En. Ruslan Bin Zainudin mengiringi yang
diraikan En. Kamarulzaman Bin Ikhsan untuk menerima
cenderamata kenang-kekangan daripada anak pelajar
KVSKL.

------- Lihat senarai pemberi hadiah------

Juataan terima kasih diucapkan kepada En.


Kamarulzaman Bin Ikhsan atas kesudian menerima
cenderamata dari anak pelajar KVSKL itu sebentar tadi.

Sesi bersalaman Hadirin sekalian,


Sebelum kita menutup tirai majlis pada bagi ini, mari
sama-sama kita gunakan peluang ini untuk bersalaman
tanda perpisahan kepada Cikgu Kamarulzaman yang
disayangi. Oleh itu, diminta pelajar dengan barisan yang
teratur melalui hadapan pentas dan bersalam yang
diraikan Cikgu Kamarulzaman. Majlis menjemput En
Kamarulzaman diiringi En Ruslan Bin Zainudin untuk
berdiri di hadapan pentas.

Mulaka dengan pelajar program SLDN tahun 1.


...
...
....

Dewan PKE
Peristiwa Butiran Penyampai Nota
Sirih berlipat sirih pinang
Pinang ada di dulang suasa
Lafaz bismillah selawat & salam
Salam buat pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum (WBT), Salam sejahtera, Salam
Jumaat penuh barakah.

1. Yang Berusaha – En. Ruslan Bin Zainudin,


Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala
Lumpur.
Aluan Pengerusi 2. Yang diraikan – En. Kamaraulzaman Bn Ikhsan,
Majlis Pensyarah Automotif KVSKL
3. Yang Berusaha- Timbalan Pengarah Akademik, En.
Khalid Bin Mohd Shah.
4. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd
Ghazali Bin Abd. Kadir.
5. Ketua Jaminan Kualiti – Puan Zaleha Bt Abdul Aziz
6. En. Noh Rahman Bin - Pengerusi Kelab Guru & Staf
2019
Serta para pensyarah serta sekalian.
Kesyukuran kita rafa’kan ke Hadrat Illahi atas kurnia
izinnya dihimpunkan kita Dewan PKE KVSKL dalam
suasana yang amat berbahagia pagi ini, dalam majlis
khas Sanjungan Budi Kenangan Abadi Sempena
Persaraan En. Kamarulzaman B. Ikhsan yang bakal
menyempurnakan perkhidmatan beliau kepada Kolej
Vokasional Setapaj pada hari ini.
Sekalung penghargaan dan aprisiasi kepada Ahli
Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf atas usaha dan
inisiatif untuk mengelolakan majlis pada pagi ini. Ayuh kita
berikan tepukan kepada meraka.
Ucapan Para hadirin,
Pengerusi Kelab
Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan dengan
Guru & Staf
ucapan dari Pengerusi Kelab Guru & Staf KVSKL 2019.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput
En Noh Rahman untuk menyampaikan ucapan beliau.
dipersilaka.

----Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


En Noh Rahman
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar
tadi.
Hadirin sekalian,
Ucapan Pesara
Kini, tibalah pula waktu yang kita nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan En. Kamarulzaman Bin Ikhsan.
Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan
mempersilakan tuan untuk memberikan ucapan.

---------------- Ucapan ----------------

Hadirin sekalian,
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan En. Kamarulzaman Bin Ikhsan
atas ucapan itu tadi.

Taklimat
jemputan

Jamuan Tangan ditadah pohon keberkatan


Dengan bismillah kita mulakan
Aneka juadah jadi sajian
Jamu selera sila sudikan
Hadirin dijemput menikmati sajian terhidang silakan
Persembahan
Multimedia Hadirin yang dihormati,
Majlis pada hari ini juga akan dengan persembahan multi
media, yang didedikasikan khas kepada yang diraikan
pada hari ini. Marilah sama-sama kita berikan tumpuan
ke layar utama, untuk menyaksikan persembahan ini.

…………(Persembahan Multi Media)………………


Majlis merakamkan terima kasih kepada JK persembaha
multimedia, atas persediaan pesembahan itu tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah dari
Adat orang berbudi, kita berbahasa,
Warga KVSKL
Adat orang berbakti, kitalah yang menikmati menyantun jasa.

Majlis seterusnya dengan penuh hormat menjemput


yang berusaha En. Ruslan Bin Zainudin mengiringi yang
diraikan En. Kamarulzaman Bin Ikhsan untuk menerima
cenderamata kenang-kekangan daripada anak pelajar
KVSKL.

------- Lihat senarai pemberi hadiah------

Juataan terima kasih diucapkan kepada En.


Kamarulzaman Bin Ikhsan atas kesudian menerima
cenderamata dari anak pelajar KVSKL itu sebentar tadi.

SesI Fotografi
Hadirin sekalian,

Sekarang tibalah masa untuk sesi bergambar sebagai


tanda kenang-kenangan kepada pesara yang diraikan
pada hari ini.

Dijemput, En. Kamarulzaman Bin Ikhsan


Untuk tampil semula ke atas pentas dan bergambar
bersama-sama dengan:

Penutup
Melambai pepohon laksana galah
Dipupuk semilir bayu sembilu
Mohon diampun silap dan dan salah
Maaf dipinta bicara berlalu

Berakhiracara bergambar itu tadi, kita telahpun berada di


penghujung acara majlis sanjungan budi pada hari ini.

Pada kesempatan ini bagi pihak majlis kami sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada:
1. Yang Berusaha – En. Ruslan Bin Zainudin,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala
Lumpur.
2. Yang diraikan – En. Kamaraulzaman Bn Ikhsan,
Pensyarah Automotif KVSKL
3. Yang Berusaha- Timbalan Pengarah Akademik,
En. Khalid Bin Mohd Shah.
4. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En.
Mohd Ghazali Bin Abd. Kadir.
5. Ketua Jaminan Kualiti – Puan Zaleha Bt Abdul
Aziz
6. En. Noh Rahman Bin - Pengerusi Kelab Guru &
Staf 2019
Serta para pensyarah serta juga semua pihak yang
terlibat secara langsung, atau tidak secara langsung
menjaya dan memeriahkan majlis yang amat bermakna
pada hari ini.

Ribuan ampun kami pohon, andai terdapat sebarang


kekhilafan sepanjang majlis ini dikendalikan.

Kunang kunang jauh ke bukit, 


Berhenti hinggap hujung muara, 
budi dikenang bukan sedikit, 
ke akhir hayat tetap membara

Anda mungkin juga menyukai