Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE

MAJLIS RESTU ILMU 2018

PERISTIWA
BUTIRAN PERISTIWA
/ CUE
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera.

Yang Berusaha Puan Sapiah binti Jaafar GB SK Bandar


Anggerik, Sekolah Kluster Kecemerlangan,

Yang Berbahagia Tuan Haji Muhammad Ghazali bin


Khamzah, ‘
Mantan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Yang Berusaha En Wan Muhammad Iszani bin Wan Ismail

Yang Dipertua PIBG SK Bandar Anggerik, Sekolah Kluster


Kecemerlangan

Yang dihormati Pn Zalina binti Zakaria, Penolong Kanan


Pentadbiran Kluster

Yang dihormati Pn. Ros Atikah binti Razalli, Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid Kluster

Yang dihormati Puan Nor Jati binti Bidin, Penolong Kanan


Petang

para ibu bapa/ ajk PIBG, rakan-rakan guru dan murid-murid calon
UPSR 2018 yang dikasihi.

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin sekalian


ke Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SK Bandar Anggerik,
SKK 2018.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan
kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi meraikan majlis
ini.

Hadirin sekalian.

Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan

1
antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan manusia
kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-Nya setelah
segala usaha dilakukan oleh murid-murid, barisan guru SKBA serta
ibu bapa khususnya dalam memastikan anak-anak kita semua
mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR kelak. Insya-Allah.

Ucapan Alu- Hadirat hadirat sekalian,


aluan dan
Perasmian Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Sebagai pembuka bicara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Puan Sapiah binti Jaafar GB
Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, SKK merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Induk Majlis Restu Ilmu untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan daripada Puan Guru Besar. Pihak


majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Demi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar,


Kita memohon agar sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh anak-anak didik kita. Semoga apa yang diajarkan
oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh murid semua
sampai ke dalam dewan peperiksaan UPSR kelak. Sedikitpun tidak
tercicir hendaknya Insya-Allah.

Bacaan Doa Orang Jeli berdagang ke kota,


Singgah di Tumpat membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Seterusnya bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama


menadah tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
_______________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Selesai Amin YRA
Bacaan Doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
______________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dikasihi,


Bagi meneruskan aturcara Majlis Restu Ilmu kita pada hari ini,

2
majlis dengan penuh rasa tazkim menjemput dan mempersila
Yang Berbahagia Tuan Haji Ghazali bin Hamzah diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Sapiah binti Jaafar serta barisan penolong
kanan dan YDP PIBG untuk turut serta naik ke atas pentas bagi
majlis penyerahan aalat tulis kepada calon-calon UPSR.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Acara Para hadirin yang dihormati.


seterusnya
Suria bersinar tampak berseri,
Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri
ayah dan ibumu memberi restu.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu “Ku Pohon Restumu


Ayah Ibu & Guru-guruku”.

Dalam kesempaatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini


marilah kita sama-sama melapangan dada, saling memaafkan dan
merelakan antara guru dan para pelajar serta ibu bapa yang hadir
pada pagi ini. Semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi
mencari landasan hidup yang sempurna demi beroleh
kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

-Murid- murid diminta berdiri.


- Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian hadapan
dewan.
-Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan ibubapa/
guru-guru anda ...CIUM TANGAN mereka..MOHONLAH
KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar bahasa...tersilap
bicara...mohon diampunkan dosa...minta direstukan segala ilmu

3
yang diberi...mungkin semalam anda melawan guru anda, tidak
menyiapkan tugasan yang diberi dan sering menyakiti hati
guru...mohonlah kemaafan dari mereka.
Kerana restu mereka adalah keramat, ilmu mereka adalah azimat!!

Ibu dan ayah/ cikgu-cikgu ...berikanlah restumu....doakanlah


kejayaan mereka!

(background music)**

Selesai Majlis Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir
Penyampaian pada hari ini terutamanya kepada
________________________________ atas kesudian tuan
meraikan anak-anak calon UPSR SKBA, SKK 2018.

Jejaran mengkudu bias kesuma,


Di celah angsana di Pekan Jeli,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai