Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE

MAJLIS RESTU ILMU 2017

PERISTIWA
BUTIRAN PERISTIWA
/ CUE
Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt. & salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ulu


Sungai Merah; En. William Anyang,
Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Sungai Merah,
_________________________________________,
Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran; En Idrus Bin
Mohd Rashid,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; En Raden Budiman
Raden Mahmud
Penolong Kanan Ko-Kurikulum; En Tardmizee Khuzaimy
Robert Abdullah
para ibu bapa/ ajk PIBG, rakan-rakan guru dan murid-murid
calon UPSR 2017 yang dikasihi.

Selamat datang diucapkan kepada para tetamu dan hadirin


sekalian ke Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 SK Ulu
Sungai Merah 2017.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul bagi
meraikan majlis ini.

Hadirin sekalian.

Majlis Restu Ilmu yang saban tahun diadakan ini merupakan


antara persediaan terakhir dan sebagai tanda pengharapan
manusia kepada Khalik (Pencipta) untuk bertawakal kepada-
Nya setelah segala usaha dilakukan oleh murid-murid, barisan
guru SK USM serta ibu bapa khususnya dalam memastikan
anak-anak kita semua mencapai kejayaan cemerlang dalam

1
UPSR kelak. INSHAALLAH.

Nyanyian Sebelum memulakan majlis marilah sama-sama kita


Lagu menyanyikan lagu negaraku. Hadirin diminta berdiri.
Negaraku
Terima Kasih.

Bacaan Doa Orang Jeli berdagang ke kota,


Singgah di Tumpat membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menadah


tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput _Ustaz
Anasrul Bin Izazi
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Selesai Amin.
Bacaan Doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
______________ di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu- Hadirat hadirat sekalian,


aluan dan
Perasmian Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Tn. Guru


Besar, Encik William Anyang
merangkap Penaung Jawatankuasa Induk Majlis Restu Ilmu
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar. Pihak


majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

2
Ucapan Wakil Hadirin dan hadirat yang dihormati.
Guru Bagi
Setiap 2. Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan
Matapelajaran Wakil Guru bagi setiap matapelajaran untuk menyampaikan
amanat terakhir sebelum anak-anak didik masuk ke dewan
untuk berjuang.
Dimulakan dengan wakil guru bagi matapelajaran BM untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya BI
MATEMATIK
SAINS
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan ringkas daripada wakil guru bagi setiap


matapelajaran. Diharap apa yang disampaikan oleh guru-guru
itu tadi dapat dijadikan panduan dan teladan. Pihak majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
Ucapan Wakil
Murid 3. Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya dijemput wakil
murid tahun 6, Adik Cordelian Ivvernia Clifford untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Demikian tadi berakhirnya ucapan daripada wakil murid tahun


6.

Demi Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mendengar,


Kita memohon agar sisa-sisa waktu yang ada dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak didik kita. Semoga
apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal
oleh murid semua sampai ke dalam dewan peperiksaan UPSR
kelak. Sedikitpun tidak tercicir. INSHAALLAH.

Acara Para hadirin yang dihormati.


seterusnya
Suria bersinar tampak berseri,
Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri

3
ayah dan ibumu memberi restu.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Ku Pohon


Restumu Ayah Ibu & Guru-guruku.

Dalam kesempaatan ini, di pertemuan yang penuh bermakna ini


marilah kita sama-sama melapangan dada, saling memaafkan
dan merelakan antara guru dan para pelajar serta ibu bapa yang
hadir pada pagi ini. Semoga keberkatannya untuk manfaat
bersama bagi mencari landasan hidup yang sempurna demi
beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

-Murid- murid diminta berdiri.


- Para guru dijemput memenuhi dan berbaris di bahagian
hadapan dewan.
-Sekarang...dalam keadaan senyap, bergerak...dapatkan
ibubapa/ guru-guru anda ...CIUM TANGAN
mereka..MOHONLAH
KEAMPUNAN MEREKA ! andai ada terkasar
bahasa...tersilap bicara...mohon diampunkan dosa...minta
direstukan segala ilmu yang diberi...

Ibu dan ayah/ cikgu-cikgu ...berikanlah restumu....doakanlah


kejayaan mereka!

(background music)**

Selesai Majlis Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang
Penyampaian hadir.
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Pekan Jeli,
Akhir di sini noktah bersama,
Di lain masa bersua kembali.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai