Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN BOLA JARING

SK ULU SUNGAI MERAH 2015

TARIKH : 02 September 2015


HARI : Rabu
MASA : 1.30 - 04.00 Petang
TEMPAT : Gelanggang bola jaring SK Ulu Sungai Merah
KEHADIRAN : Murid Tahun 4, 5 dan 6
Semua guru SK Ulu Sungai Merah

Pertandingan bola jaring mengikut rumah sukan telah berjaya dilaksanakan


dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar
tahun 4, 5 dan 6. Program yang sememangnya diadakan setiap tahun ini telah
berjaya dilaksanakan pada 02 September 2015. Program ini melibatkan seluruh
warga SK Ulu Sungai Merah khususnya murid-murid tahun 4, 5 dan 6 serta semua
guru. Majlis bermula pada jam 0130 petang.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA JARING

TAHUN 2015

Keputusan : Rumah

Johan : Kuning

Naib Johan : Merah

Ketiga : Jingga

Keempat : Hijau
Laporan Keseluruhan :

Secara keseluruhan pertandingan berjalan dengan baik dan lancar. Sebanyak


40 orang murid telah mengambil bahagian. Kerjasama daripada guru-guru dan ahli
jawatankuasa yang bertugas juga amat memuaskan. Pengadil pertandingan telah
memberikan kerjasama dan sokongan serta komitmen yang tinggi semasa bertugas.
Pihak pengurusan Kelab Bola Jaring mengucapkan terima kasih kepada kepada
pengadil, semua guru, pemain-pemain pertandingan bola jaring serta mereka yang
membantu secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan pertandingan
bola jarring bagi tahun 2015.

Program seperti ini wajar dilaksanakan setiap tahun untuk memberi ruang dan
peluang kepada para pelajar sekolah untuk menonjolkan bakat yang mereka miliki.
Selain itu juga,program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara semua warga
SK.Ulu Sungai Merah.

Disediakan oleh:

…………………………….

(NUR FARADHILLAH MOHD NOOR)


Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
SK.Ulu Sungai Merah Sibu.

Disahkan oleh:

…………………………….

(ENCIK HASNUL BIN ABU SAMAT)


Penolong Kanan Kokurikulum
SK.Ulu Sungai Merah Sibu.
Gambar-gambar sekitar Pertandingan Bola Jaring 2015 SK.Ulu Sungai
Merah 2015

02 September 2015 (Rabu)

Para pemain bermain di gelanggang bola jaring.

Para guru menjadi pemerhati gerak-geri pemain jika ada yang melanggar
peraturan permainan.
Pemain bola jaring sedang bermain dengan aktif.

Para peserta melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan


pertandingan.
LAPORAN AKTIVITI

PERTANDINGAN BOLA JARING

SK.ULU SUNGAI MERAH 2015.

Anda mungkin juga menyukai