Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MINI
MARATHON
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI NIBONG
JALAN OOI KAR SENG
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG

DIKELOLAKAN OLEH :

MAJLIS SUKAN SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI NIBONG

TEMPAT :

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI NIBONG

TAHUN 2012
1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Mini Marathon merupakan salah satu aktiviti sukan yang wajib diadakan pada
setiap tahun dengan melibatkan semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
Aktiviti ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan
kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan
dengan pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan
pembantu guru atau pegawai kejohanan.

2.0 MATLAMAT
Kejohanan Mini Marathon bermatlamat untuk melibatkan penyertaan 100% Pelajar
dalam aktiviti sukan dan pengurusan sukan.Aktiviti ini juga membolehkan pelajar
menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap pengetahuan dan
amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Untuk memupuk semangat kesukanan dalam sanubari setiap orang pelajar.
3.2 Untuk menggalakkan integrasi pelajar serta memupuk semangat bekerjasama dan
muhibbah.
3.3 Untuk memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dalam semua acara
sukan yang dipertandingkan serta mencapai rekod yang baik.
3.4 Untuk memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat seperti semangat
kesukanan, kecergasan jasmani,kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin diri.
3.5 Untuk mengaplikasikan pengetahuan kemahiran asas, kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai acara mini marathon.
3.6 Untuk menjadikan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah sebagai rutin harian.
3.7 Untuk membentuk dan mencari bakat baru bagi Pasukan Olahraga Sekolah

4.0 VISI
Semua pelajar SMKSN sentiasa cergas dan cerdas serta dapat menjalani kehidupan
harian yang aktif, selamat dan sejahtera

5.0 SASARAN
Kejohanan Mini Marathon ini tertutup kepada semua pelajar-pelajar dan warga Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Nibong.
6.0 PELAKSANAAN
 Tarikh : 11 FEBRUARI 2012
 Hari : SABTU
 Masa : 7.30 pagi– 1.30 tengah hari
 Tempat : a) Sekitar kawasan SMKSN – JALAN OOI KAR SENG –
JALAN CHANGKAT – JALAN SG DAUN – JALAN
TIONG (Peserta Lelaki)

b) Sekitar kawasan SMKSN – JALAN OOI KAR SENG


JALAN KILANG – JALAN SG DAUN – JLN TIONG
(Peserta Perempuan)
 Jarak : Pelajar Lelaki  6.0 km / Pelajar Perempuan  3.5 km
 Penglibatan : Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 SMK Seri Nibong

7.0 PENGANUGERAHAN PEMENANG

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN HADIAH

9.0 PENGANJURAN
Majlis Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong, Jalan Ooi Kar Seng, 14300
Nibong Tebal, Pulau Pinang.

10.0 PERATURAN KECIL KEJOHANAN MINI MARATHON


1. Kejohanan ini dijalankan antara rumah sukan dengan penyertaan semua ahli
rumah sukan.
2. Peserta diwajibkan memakai kasut sukan.
3. Peserta tidak dihadkan. Namun markah dikira mengikut bilangan peserta yang
sampai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Peserta mesti melalui lorong / jalan yang ditetapkan dan mendapatkan KAD di
setiap CHECK POINT yang ditetapkan.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

11.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

12.0 JADUAL
7.30 Pagi : Pelajar dan pegawai berkumpul di tapak perhimpunan.
Guru kelas mengambil kedatangan pelajar.
7.40 Pagi : Taklimat ringkas kepada pegawai kejohanan.
7.50 Pagi : Taklimat ringkas kepada semua peserta kejohanan.
8.10 Pagi : Peserta perempuan dilepaskan.
8.20 Pagi : Peserta lelaki dilepaskan.
10.00 Pagi : Acara larian tamat.
10.30 Pagi : Upacara penyampaian hadiah.

13.0 LALUAN
Sila rujuk pada lampiran yang dikepilkan.

14.0 PENUTUP
Semoga aktiviti merentas desa ini dapat memenuhi matlamat dan objektif Majlis
Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong. Hasil aktiviti merentas desa ini
akan membantu guru-guru dalam pemilihan dan mencungkil bakat-bakat baru dalam
bidang sukan terutamanya bidang Sukan Olahraga serta memenuhi keperluan Falsafah
Pendidikan kebangsaan yang melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial.

Disediakan Oleh,
……………………………….
(NORKHAIRUL BIN MOHD NOOR)
Setiausaha Sukan
Majlis Sukan SMK Seri Nibong
2012

Disemak dan Disahkan Oleh,

……………………………….
(WAN FAIEZAH BINTI MEGAT NORDIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seri Nibong

Anda mungkin juga menyukai