Anda di halaman 1dari 11

TEKS UCAPAN MC MAJLIS HARI GURU

MASA UCAPAN/AGENDA CATATAN


7.50 – 8.00 Pelajar berkumpul di thobur pengawas
8.00-8.10 Bismillahirahmanirahim..

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما‬
‫بعد‬

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk meraikan
Sambutan Hari Guru bagi tahun 2023 dengan bertemakan "Guru Insani,
Pemangkin Generasi Madani".

Assalamualaikum Wbt dan selamat pagi

Mayang berliut berisi padat,


Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Selamat Datang saya ucapkan kepada semua warga Hamidiah ke Majlis


Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah Ugama (Arab) Hamidiah,
Padang Lepai, Kadok.

Yang Berusaha, Tuan Mudir Ustaz Rosdi Bin Zakaria

Yang Dihormati, Ustaz Ahmad Fakhrurrazy Bin Mat Zain, Penolong Kanan
Pentadbiran . Ustazah Noraini Binti Mat Hussein, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.

Yg dikasihi Barisan Guru-guru smu(a)hamidiah,padang lepai, serta rakan-


rakan seperjuangan sekalian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara,kita akan mulakan acara pada pagi ini dengan aktiviti
"outdoor" guru-guru.

Dengan itu, marilah sama-sama kita menyaksikan aktiviti yang akan di


langsungkan, dan memberi sorakan semangat kepada para guru tercinta.

Dengan ini, Saya serahkan majlis ini kepada ajk aktiviti untuk memberikan
arahan dan peraturan permainan.

Dipersilakan.

8.15-8.45 ACARA OUTDOOR BERLANGSUNG AJK


AKTIVITI
8.45-9.00 Terima kasih kepada semua AJK aktiviti diatas kendalian aktiviti itu tadi.
Alhamdulillah, selesai sudah acara yang pertama,sebelum berlangsung acara
yang seterusnya, kita memberi ruang kepada guru-guru untuk berehat dan
melepaskan lelah.

Diminta semua murid-murid untuk masuk ke dalam dewan kerana majlis


perasmian akan bermula sebentar lagi.

Diminta para guru untuk bersedia dan berada dalam perbarisan pada pukul
8.50 pagi

1
Sekian terima kasih.
9.00 – 9.15 Mc memberi arahan kepada murid di dalam dewan.

-Apabila diumumkan ketibaan para guru masuk ke Dewan, Para murid


diminta untuk berdiri.

9.15- 9.25 Ketika mudir berjalan masuk ke dewan

Mengumumkan perarakan masuk para guru ke Dewan,


Tunggu semua guru masuk ke dewan

Dipersilakan kepada semua guru dan pelajar untuk duduk.

Bismillahirahmanirahim,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
membukanya dengan membaca ummul furqan Al-Fatihah……

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما‬
‫بعد‬

Yang Berbahagia, Al Fadhil Ustaz Abdullah Zohdi bin Tuan Guru Haji
Ismail selaku timbalan YDP PIBG SMUA Hamidiah,

Yang Berusaha, Tuan Mudir Ustaz Rosdi Bin Zakaria

Yang Dihormati, Ustaz Ahmad Fakhrurrazy Bin Mat Zain, Penolong Kanan
Pentadbiran . Ustazah Noraini Binti Mat Hussein, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.

Yg dikasihi Barisan Guru-guru smu(a)hamidiah,padang lepai, serta rakan-


rakan seperjuangan sekalian.

Mekar mewangi bunga cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya ucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian.

Para guru dan pelajar yang dirahmati Allah,

Selamat datang ke Majlis Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun


2023

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari Guru kita raikan.

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa
dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.

Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warganegara

2
yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara
Malaysia yang berjaya.

Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Insani,
Pemangkin Generasi Madani"

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita
bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa untuk memohon
rahmat daripada Allah S.W.T

Majlis dengan ini mempersilakan saudara Abdul Rahman Yahya Ebrahim


untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin, Ya Rabbal 'Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara Abdul Rahman Yahya Ebrahim atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi
berkat.

Sidang hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi majlis kita dengan sama-sama menyaksikan persembahan


silat daripada murid tingkatan 5.

Dipersilakan….

-persembahan silat

Terima kasih kepada pelajar ting 5,atas persembahan yang sungguh


menakjubkan itu tadi.

9.25- 10.00 Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan
 Saudara Ahmad Syafi'ie Bin Mat Hasan bagi mewakili semua
pelajar smu(a)hamidiah,padang lepai,untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Ahmad Syafi'ie Bin
Mat Hasan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

3
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
 Cikgu Nuhasyira Binti Mohamad Salwi mewakili semua guru
smu(a)hamidiah,padang lepai untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang dihormati cikgu


nuhasyira binti mohamad salwi atas ucapan yang disampaikan.

Tanpa melengahkan masa saya menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Tuan mudir Ustaz Rosdi Bin Zakaria untuk memberikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan mudir ustaz rosdi bin
zakaria atas ucapan yang disampaikan.

Seterusnya,
Pihak Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Al Fadhil
Ustaz Abdullah Zohdi bin Tuan Guru Haji Ismail selaku timbalan YDP
PIBG untuk menyampaikan ucapan ,dan sekali gus,merasmikan majlis
sambutan hari guru smu(a) hamidiah pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan. mempersilakan.

*ucapan

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz


Abdullah Zohdi Bin Tuan Guru Haji Ismail atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.

10.00- 10.20 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama2 kita
menyaksikan acara perasmian,

Dijemput kepada kepada Al Fadhil Ustaz Abdullah Zohdi, Tuan mudir, PKP
dan PK HEM untuk berada di bahagian depan pentas untuk menyaksikan
acara perasmian yang akan berlansung sebentar sahaja lagi.

*yb nge mudir turun


*danial iman dgn haiman mari utk silat
*persembahan gimik dimulai
*habis gimik

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pelajar-pelajar ting 5 yang


melakonkan acara gimik yang sungguh menakjubkan dan mendebarkan.

Seterusnya majlis menjemput tuan mudir di iringi PKP untuk menyampaikan


cendrahati kepada Al-Fadhil ustaz Abdullah Zohdi sebagai kenang kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil ustaz Abdullah Zohdi atas


kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Dengan berakhirnya upacara itu tadi, maka Majlis akan berehat sebentar.

Dengan ini, Dijemput kepada tetamu jemputan dan para guru untuk menjamu
selera diruang yang disediakan.

4
dan semua pelajar boleh ke kantin untuk rehat dan makan.

Masa rehat yang diberi hanya 40 minit sahaja dan diminta kepada semua
guru dan pelajar untuk masuk ke dalam dewan pada jam 10.55 pagi.
Diharapkan kepada semua guru dan pelajar dapat memberi kerjasama supaya
majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

10.20- 10.55 *REHAT


11.00-12.00 Diminta kepada semua guru dan pelajar untuk masuk ke dalam dewan
dengan segera

Bismillahirahmanirahim…..
Majlis kita akan dihangatkan lagi dengan aktiviti-aktiviti indoor yang akan
bermula sebentar lagi

Dengan ini, Saya serahkan majlis ini kepada ajk aktiviti bagi menjelaskan
peraturan dan syarat permainan

-ajk aktiviti bagi arahan dan peraturan permainan(haiman)


-acara bermain dimulai
*Juru Heboh mainkan peranan semasa guru bermain, bagi kata-kata
semangat*
- permainan pertama selesai.

seloka dibaca

1) Guru Besar Cemerlang Teraju utama


Gigih berbakti Tak kira masa
Tegas, tangkas berhati waja,
Itulah dia Yang berusaha Ustaz Rosdi bin Zakaria,

2) Guru Kanan Pentadbiran adalah jawatanya,


Ustaz Fakhrurrazy berbudi Bahasa,
Sentiasaa gembira sudah berpunya,
Menyerlah dengan penampilan bergaya..

3) Datangnya awal setiap hari..


Pagi-pagi lagi sudah memerhati,
Pn. Noraini nama diberi
Itulah dia PK HEM kami,

4) Tinggi lampai si guru disiplin


Bergaya bagai Haqiem Rusli
Bila berjalan ramai yang terpegun,
Itulah ustaz Azuari

5) Kejayaan sukan menjadi matlamatnya


Sentiasa senyum bila bicara,
kendalikan ko-ku dengan jayanya.
Ustaz Azam sentiasa mesra

-acara bermain dimulai


*Juru Heboh mainkan peranan semasa guru bermain

-seloka dibaca

6) Kurang bercakap ilmu menggunung


mengajar dengan teknik berkesan

5
berbudi lubur berakhlak mulia
Ustaz Syukri guru berwawasan

7) Seorang lagi guru jejaka,


kadang bermotor kadang berkereta
Hujung minggu bersama keluarga tercinta,
Ustaz Hadi suka menyapa.

8) Kemas, bersih dan bertata Susila


Guru ini tidak suka bertangguh,
Cikgu Yusuf berakhlak mulia,
Ikhlas mengajar dan bersungguh-sungguh

9) Penyelia sepak takraw yang ramah mesra


Seorang guru bersikap terbuka.
Semua warga suka padaanya,
Cikgu Khairul yang bergaya

10) kecik Molek manis wajahnya,


Bila mengajar murid beri tumpuan,
Ustazah Norhaslinda tegas orangnya
Ketegasannya demi sebuah kejayaan

11) Cikgu Syira guru disiplin


Berwajah tenang menyenangkan hati
Murid bermasalah semua dipimpin
Dimana juga menyumbang bakti.

-acara bermain dimulai


*Juru Heboh mainkan peranan semasa guru bermain

seloka dibaca

12) Buku SPBT menjadi tanggung jawabnya


Menjalankan tugas penuh keikhlasan
Berterus terang prinsip hidupnya
Tindakan Cikgu Aini sungguh berkesan

13) Dia seorang guru yang rajin.


Menjadi harapan warga sekolah
Guru bernama Ustazah Norizan
Azam yang jitu pantang menyerah

14) Dalang sekolah berkereta myvi,


Berwajah lembut berseri-seri,
Bila mengajar fokus sekali,
Cikgu Silawani nama diberi.

15) mukanya serius alahai takutnya


Tetapi murah dengan senyuman
Ustazah Nabilah empunya nama
Rajin berniaga tambah pendapatan

16) ustazah Ikhwani manja berbicara,


menjadi penghibur dikala duka
sangat bijak dan banyak idea
siapa sahaja suka padanya

6
-acara bermain dimulai
*Juru Heboh mainkan peranan semasa guru bermain

seloka dibaca

17) Ustazah Nik Nor Hayati cantik orangnya


Penyelaras SMU disandang olenya
Nampak garang jika tidak dikenali
Jika dikenali, ramah sekali

18) Cikgu Malihah kelihatan jelita


Orangnya putih dan juga tinggi
Cara dia mengajar membuat kami terpesona
Dialah guru Sejarah yang kami minati

19) Sungguh menawan memakai tudung.


Guru kelas rajin dan berwibawa
Ustazah Noorsiham suka merenung
Berfikir untut kebaikan anak didiknya.

20) Orangnya cantik macam bidadari


Bergurau senda itulah hobi
Membuat kami tak kering gusi.
Cikgu Salwanee gerangan diberi

21) Seorang lagi guru agama,


Isteri, ibu dan guru yang tabah
Namun azam sentiasa membara
Itulah dia ustazah Ida Idayu

Dengan berakhirnya permainan itu tadi, maka berakhirlah aktiviti indoor


untuk guru-guru.

12.00-12.40 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini majlis menjemput dan
mempersilakan Barisan adik-adik Ting.1 untuk mempersembahkan
persembahan mereka

Majlis menjemput dan mempersilakan

*persembahan sedang berlansung

Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar tingkatan 1 diatas persembahan


itu tadi.

Seloka dibaca

22) Bahasa Inggeris memang bidangnya


Lemah lembut sopan dan peramah.
Bila mengajar manis senyumanya
Si guru pengasih Teacher Hafizah

23) Cikgu Haida orangnya lemah lembut


Prestasi pelajar keutamaan diberi
Melerai semua apa yang kusut
Supaya kami masuk universiti

24) Kerjanya kemas teratur sekali

7
Rajin bekerja kreatif sekali
Nur Athirah nama diberi
Subjek RBT diberi yang diajari

25) Orangnya kurus lembut sekali


Membawa kereta buatan malaysia
Ustazah Wan Nor Maryam secantik namanya
Menjadi guru kelas tingkatan lima

26) Memandu kereta pergi ke sekolah


Tekad Cikgu yang jitu penyokong minda
Cikgu Jihan yang sentiasa mengalah
Mengajar sepenuh jiwa dan raga

Seterusnya,majlis menjemput wakil pelajar Ting.2 untuk menyampaikan


pantun

Majlis menjemput dan mempersilakan

Persembahan

Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar tingkatan 2 diatas persembahan


itu tadi.

Seloka dibaca

27) Orangnya cantik lembut dan dedikasi


Mengajar di kelas kebanggaan kami
Lautan ilmu dicurah bakti
Itulah dia Cikgu Azeawati kami

28) Dari jauh datang bertandang


Datang bertandang memberi ilmu
Pelajar cemerlang i tulah harapan
Ustazah Wahidah sungguh sopan

29) Tinggi lampai cantik berseri


Manis senyuman disenangi semua
Ustazah Nadia gelaran diberi
Sangat peramah disenangi warga.

30) Keayuanya sungguh terserlah.


Senyuman terukir penghias wajah.
Disenangi oleh warga sekolah
Siapa tak kenal Cikgu Nabihah.

31) Jalan berlenggok guru penyayang


Azam membara bersulam harapan
Nasihat diberi sebagai perangsang
Cikgu Khairani si guru pujaan

32) Barisan guru telah disusuri


Kini tiba giliran pembantu tadbir
Seorang yang sangat menyumbang bakti
Kak Aina setia disebalik tabir.

Seterusnya,majlis menjemput wakil pelajar Ting.3 untuk mendeklamasikan


sajak.

Persembahan sajak.

8
Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar tingkatan 3 diatas persembahan
itu tadi.

Seterusnya,majlis menjemput wakil pelajar Ting.4 dan 5 untuk


mempersembahkan persembahan pertama mereka.

Persembahan sketsa

Seterusnya dijemput pelajar tingkatan 5 untuk persembahan kedua.

Persembahan nasyid

Seterunya dijemput sekali lagi pelajar tingkatan 5 untuk persembahan


penutup.

Persembahan dikir barat.

Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar tingkatan 4 dan 5 diatas tiga
persembahan itu tadi.

12.40 -1.00 Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampain hadiah.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan

mempersilakan kepada Tn. Mudir diiringi oleh barisan penolong kanan untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dijemput kepada tuan mudir untuk membuat cabutan nombor hadiah.

Seterusnya dipersilakan pula kepada ustaz fakhrurazzy untuk membuat


cabutan.

Dipersilakan pula kepada pkhem untuk membuat cabutan.

Terima kasih kepada pkhem.

Seterusnya dipersilakan kepada

cikgu Silawani
Nuhasyira Bt Mohmad Salwi
Abdul Hadi Bin Ghazali
Ahmad Khairol Azhani Bin Khalid
Ida Idayu Binti Ariffin @ Hussein
Jihan Binti Abdullah
Malihah Binti Hj Mustapha
Mohd Azuari Bin Mohamad
Mohd Shukri Bin Latif
Nik Norhayati Bt Nik Mohamed
Nor Ikhwani Binti Rosli
Norhaslinda Binti Daud
Nur Athirah Binti Shamsudeen
Norafifa Binti Ibrahim
Nur Hafizah Binti Musa
Nabilah Binti Ab Rashid
Salwanee Binti Ahmad

9
Siti Nor Syila Binti Mohd Nasir
Wan Aini Binti Wan Muhammad
Wan Mohd Azam Bin Wan Hassan
Wan Nor Mariam Binti Wan Hassan
Norizan Binti Bulyami @ Osman
Noorsiham Binti Daud
Nor Haida Binti Md Rufiah
Mohamad Yusuf Bin Mohamad Badaruddin
Nurnadia Syahirah Binti Mohd Zamri
Suhaina Binti Mohd Zin

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada pihak


sekolah kepada guru-guru.

Dijemput kepada PKP untuk menyampaikan hadiah kepada tuan mudir


Dipersilakan pula kepada tuan mudir untuk menyampaikan hadiah kepada
PKP.
Dijemput pula kepada PK HEM untuk menerima hadiah.
Seterusnya para guru untuk menerima hadiah.

cikgu Silawani
Nuhasyira Bt Mohmad Salwi
Abdul Hadi Bin Ghazali
Ahmad Khairol Azhani Bin Khalid
Ida Idayu Binti Ariffin @ Hussein
Jihan Binti Abdullah
Malihah Binti Hj Mustapha
Mohd Azuari Bin Mohamad
Mohd Shukri Bin Latif
Nik Norhayati Bt Nik Mohamed
Nor Ikhwani Binti Rosli
Norhaslinda Binti Daud
Nur Athirah Binti Shamsudeen
Norafifa Binti Ibrahim
Nur Hafizah Binti Musa
Nabilah Binti Ab Rashid
Salwanee Binti Ahmad
Siti Nor Syila Binti Mohd Nasir
Wan Aini Binti Wan Muhammad
Wan Mohd Azam Bin Wan Hassan
Wan Nor Mariam Binti Wan Hassan
Norizan Binti Bulyami @ Osman
Noorsiham Binti Daud
Nor Haida Binti Md Rufiah
Mohamad Yusuf Bin Mohamad Badaruddin
Nurnadia Syahirah Binti Mohd Zamri
Suhaina Binti Mohd Zin

Terima kasih kepada tuan mudir dan PKP atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Seterusnya dijemput kepada semua ketua kelas untuk meyampaikan hadiah


kepada guru kelas masing-masing.

Yang pertama dijemput kelas


1 MEKAH
1 MADINAH
1 DAMSYIK
2MEKAH
2 MADINAH

10
2 DAMSYIK
3MEKAH
3 MADINAH
3 DAMSYIK
4MEKAH
4 MADINAH
5MEKAH
5 MADINAH
5 DAMSYIK

Terima kasih kepada semua ketua kelas atas penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya dijemput sekali lagi kepada PKP diirigi PKHEM untuk


menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan pada hari ini.

Untuk acara outdoor yang pertama _____________ dimenangi oleh


kumpulan_____________ dijemput wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Bagi acara outdoor yang kedua ___________________________


Dimenangi oleh kumpulan ______________ dijemput wakil kumpulan untuk
menerima hadiah.

Untuk acara indoor pula, bagi permainan yang pertama _____________


dimenangi oleh kumpulan _________________
dijemput wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Untuk acara indoor yang kedua _____________ dimenangi oleh kumpulan


_________________
dijemput wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Untuk acara indoor yang ketiga _____________ dimenangi oleh kumpulan


_________________
dijemput wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Untuk acara indoor yang terakhir _____________ dimenangi oleh kumpulan


_________________
dijemput wakil kumpulan untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada PKP dan PK HEM diatas penyampaian itu
tadi.

Seterusnya majlis akan disajikan dengan tayangan video montaj yang diambil
sepanjang program.

Maka dengan berakhirnya tayangan video itu tadi, Majlis kita telab sampai ke
penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambikkesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Guru pada hari ini
dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Segala salah dan silap sepanjang
majlis ini harap dimaafi. Apa yang baik itu datang daripada Allah, dan yang
kurang itu daripada diri saya sendiri.

Marilah sama-sama kita menutup majlis kita dengan membaca tasbih kafarah
dan surah al-Asr.
1.00-1.15 Untuk Sesi fotografi dijemput semua guru mengambil tempat dihadapan.

11

Anda mungkin juga menyukai