Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS RESTU/REDHA ILMU SPM & STPM SMK.

KETENGAH JAYA
2 NOVEMBER 2016 (RABU)
PENGACARA : PN. LENNY SHAFINAZ BINTI MD. YUSOFF
TEMPAT : DEWAN SEJAYA MULIA

MASA CUE ANN

9.00 pg Ketibaan para guru dan pelajar Para hadirin dipersilakan mengambil tempat. Majlis akan
bermula sebentar lagi

9.10 pg Ucapan Pengerusi Majlis Bismillahirrahmanirrahim

Menerima isyarat semua guru Yang Berbahagia


dan pelajar masuk ke dewan Tn Hj Zulkefly bin Abd Rahim
Pengetua SMK Ketengah Jaya

Yang Berusaha
Pn. Norlaili Binti Ratim
GPK Tingkatan 6 SMK Ketengah Jaya

Yang Berusaha
Pn Faridah Binti Mohamed
GPK Kokurikulum SMK Ketengah Jaya

Guru-guru Ketua Bidang, Guru Penyelaras STPM & SPM,


Rakan-Rakan Guru dan seterusnya calon-calon
peperiksaan STPM dan SPM 2016 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, Kita rafakkan kesyukuran di atas limpah


kurnia dari Allah Subhanahu WaTaala, dapatlah sama-sama
kita berkumpul di Dewan Sejaya Mulia nan indah permai
serta diberkati ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis Restu/Redha Ilmu yang saban tahun diadakan ini


merupakan antara persediaan terakhir sebelum melangkah
ke dalam dewan peperiksaan, setelah segala usaha
dilakukan oleh semua pelajar dan guru-guru dalam
memastikan anak-anak didik, semuanya akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM & SPM
nanti.
Marilah sama-sama kita berdoa dan berharap, sisa-sisa
waktu yang ada ini, akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh anak-anak pelajar yang dikasihi Allah sekalian. Semoga
apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca,
difahami dan dihafal oleh para pelajar, semuanya akan
dapat digunakan dalam dewan peperiksaan kelak.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Dalam pertemuan yang bermakna ini, marilah sama-sama


kita melapangankan dada masing-masing, saling
memaafkan di antara guru dan anak-anak didik semua,
semoga dicurahkan keberkatan dalam hidup kita, untuk
manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang
bermakna dan seterusnya beroleh kecemerlangan di dunia
di akhirat nanti, in shaa allah.

Bacaan Doa Bagi memberkati Majlis Restu/Redha Ilmu pada hari ini,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Azwan


Bin Abd Kadir untuk memimpin Bacaan Doa, Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin amin Ya Rabbal Alamin.. .


Terima kasih kpd En. Azwan Bin Abd Kadir atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Melalui doa dan harapan yang di lafazkan ke hadrat Ilahi,


diharap akan dapat menghindari segala apa kemungkinan
yang buruk daripada menimpa para pelajar dan sekolah
tercinta ini, sama-samalah kita bermunajat agar segala
usaha para guru, dan para pelajar yang telah bertungkus-
lumus menimba ilmu serta mengulangkaji pelajaran akan
terbalas dengan keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan STPM & SPM nanti.
Ucapan Penyelaras SPM Guru-guru dan anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian,

Sebagai pembuka Majlis Restu/Redha Ilmu kita pada pagi


ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.
Hajah Siti Mariam Binti Ali, Penyelaras SPM tahun 2016
untuk menyampaikan amanat dan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hajah


Siti Mariam Binti Ali atas ucapan itu tadi.

Ucapan Penyelaras STPM Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis Restu/Redha Ilmu diteruskan lagi dengan


mempersilakan Pn. Hajah Roazila Binti Samsuri, Penyelaras
STPM tahun 2016 untuk menyampaikan amanat dan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hajah


Roazila Binti Samsuri atas ucapan itu tadi.

Ucapan Wakil Guru Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan Pn. Halimah Binti


Abdullah, Ketua Bidang Bahasa, mewakili semua guru di
SMK Ketengah Jaya untuk menyampaikan amanat dan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.


Halimah Binti Abdullah atas ucapan itu tadi.

Ucapan Pengetua Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan,


Tn. Hj Zulkefly bin Abd Rahim, Pengetua SMK. Ketengah
Jaya, untuk menyampaikan amanat dan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
***
Majlis merakamkan jutaaan terima kasih kepada Tn Hj
Zulkefly bin Abd Rahim atas ucapan itu tadi.
Majlis Bersalam-Salaman dan Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Penyampaian Cenderahati
Kini tibalah masanya bagi sesi bersalam-salaman dan
penyampaian cenderahati di antara guru dan para pelajar.

Bagi semua calon STPM & SPM, gunakanlah masa yang ada
semasa sesi bersalam-salaman ini untuk bermaaf- maafan
dengan guru-guru serta memohon keberkatan ilmu yang
dicurahkan oleh mereka. Guru-guru di SMK Ketengah Jaya
ini pastinya sentiasa mendoakan kejayaan dan keselamatan
anda semua.

Majlis seterusnya menjemput semua guru dan para pelajar


untuk berbaris dan seterusnya memulakan acara bersalam-
salaman dan mohon restu ilmu dari semua guru dan barisan
pengurusan.

Selesailah sudah Majlis Restu/Redha Ilmu STPM & SPM


2016 ini. Majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada guru-guru dan para pelajar sekelian kerana
memeriahkan seterusnya memaknakan Majlis Restu/Redha
Ilmu pada pagi ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika
terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan
majlis ini. Yang baik itu
datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri
saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan
WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Anda mungkin juga menyukai