Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN,

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL


TAHUN 2022

19 JULAI 2022

SMKTAR,GEMAS
Masa CUE ANN 1

7.30 AM Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke MAJLIS PERASMIAN MINGGU TEKNIK
DAN VOKASIONAL.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

Masa CUE ANN 2

Ketibaan Pengetua Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn. Hajah Lily


Mastura binti Kamarudin (Pengetua SMK.Tuanku Abdul
Rahman)
Diiringi oleh Pn. Sazrina binti Elias (Guru Kanan Mata
Pelajaran Teknik dan Vokasional dan seterusnya mengambil
tempat di atas pentas.

Masa CUE ANN 3

Lagu Negara ku Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Semua


dimainkan hadirin diminta berdiri.

Para tetamu Mohon semua hadirin sekalian mengambil tempat.


jemputan dan
hadirin dijemput
duduk Semua hadirin dipersilakan duduk.
Masa CUE ANN 4

Setelah semua Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


hadirin berada di sejahtera, salam STAR JUARA.
tempat duduk
Yang Berusaha Pn. Hajah Lily Mastura binti Kamarudin
Pengetua SMK.Tuanku Abdul Rahman

Yang Berusaha En. Abd Raub bin Hj Abdul Rahman


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Pn. Sakdiah binti Mohd Kassim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn. Sheela Devi A/P Sankaran


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. Saniah binti Mamat


Penolong Kanan PPKI

Yang Berusaha Pn. Norasyikin binti Mohd Aris


Penolong Kanan Tingkatan Enam

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


Para guru, dan rakan-rakan pelajar yang dihormati sekalian.

Masa CUE ANN 6

Bacaan doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini,


dipersilakan.................................. untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


Selepas bacaan doa kasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 5


Ucapan alu-aluan
pengerusi majlis : Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Setelah semua para Hari ini kita berkampung
tetamu jemputan Meraikan majlis penuh ceria
dan hadirin duduk
Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua para
tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke
program yang diadakan pada pagi ini.
Masa CUE ANN 7
Hadirin yang dihormati,
Ucapan alu-aluan
Penyelaras Program Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis menjemput
Pn. Sazrina Binti Elias Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik
dan Vokasional selaku penyelaras MINGGU TEKNIK DAN
VOKASIONAL TAHUN 2022. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
Masa CUE ANN 8
Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Pn. Sazrina Binti
ucapan Pengarah Elias Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
BTP KPM selaku penyelaras MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL
TAHUN 2022.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Sazrina


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Masa CUE ANN 9

Ucapan YB Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pn. Hajah Lily Mastura


binti Kamarudin Pengetua SMK. Tuanku Abdul Rahman
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan
MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL TAHUN 2022.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


ucapan kasih kepada Pn. Hajah Lily Mastura binti Kamarudin
Pengetua SMK. Tuanku Abdul Rahman atas ucapan dan
kesudian merasmikan MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL
TAHUN 2022 sebentar tadi.

Gimik Perasmian Seterusnya majlis menjemput tuan pengetua untuk ke tengah


pentas untuk menyempurnakan majlis perasmian pada hari
ini.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderamata kepada


cenderahati Pn. Hajah Lily Mastura binti Kamarudin Pengetua SMK.
Tuanku Abdul Rahman yang kan disampaikan oleh Pn
Sazrina bt Elias Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan
Vokasional selaku penyelaras MINGGU TEKNIK DAN
VOKASIONAL TAHUN 2022.

Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


penyampaian kasih kepada Pn Sazrina bt Elias Guru Kanan Mata Pelajaran
cenderahati Teknik dan Vokasional atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.
Masa CUE ANN 14

Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Saya bagi


pihak majlis memohon maaf jika ada terdapat kesilapan
sepanjang majlis berlangsung.

Guru-guru dan rakan-rakan boleh merujuk buku program


yang disediakan untuk mengetahui program yang akan
dilaksanakan sepanjang minggu teknik dan vokasional ini.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan dan hadir ke program ini.

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai