Anda di halaman 1dari 6

TEKS JURUACARA

MAJLIS HARI APRESIASI PENDIDIKAN SEKOLAH 2022/2023


TARIKH : 8 Februari 2023

BIL AGENDA TEKS CATATAN


Selamat datang ke  Majlis Graduasi Petra 1 kali ke 5. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi.  Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing.

Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit atau meletakkan nada
’silent mode’ bagi melancarkan majlis kita pada pagi ini.

Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan akademik berlangsung kerana selepas sahaja
Tetamu kehormat, barisan pentadbiran dan ahli akademik mengambil tempat di pentas, Lagu Negaraku,
Selamat Sultan dan Petra Gemilang akan dinyanyikan.

1 Ketibaan
Jemputan Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Encik Abdul Hadi bin Awang,
(Tetamu Yang Di-Pertua PIBG SK Sungai Karang diiringi dif-dif kehormat dan
Kehormat) barisan Pentadbir ke Dewan SK Sungai Karang.

2 Nyanyian Lagu
Negaraku, .....................
(nyayian lagu negaraku)

Hadirin dipersilakan duduk.

3 Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis, marilah kita sama-sama menadahkan tangan


dan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Wan
Azuadi bin Wan Yusuf. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

………………………………………………………………

Amin amin ya robbal alamin. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima


kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Wan Azuadi bin Wan Yusuf atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

4 Kata-kata Aluan Jajaran mengkudu di selang bidara


Di celah angsana meredup di hutan
Awal bismillah pembuka bicara
Majlis gemilang kita raikan
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt..

1. Yang Dihormati, En. Abd Hadi bin Awang


Yang Dipertua PIBG SK Sungai Karang

2. Yang Berusaha Pn. Hjh. Zunaidah bt Mohamed Som


Guru Besar SK Sungai Karang

3. Yang Berusaha Pn, Zarina bt Abdul Karim


Guru Penolong Kanan Kurikulum

4. Yang Berusaha Pn. Hjh. Ghuzni bt Hashim


Guru Penolong Kanan HEM

5. Yang Berusaha En. Mohd Azizi bin Mohd Ali


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

6. Yang Berusaha Pn. Noraini bt. Mohamed


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

7. Yang Berusaha Pn. Umi Kalsom bt Adon


Guru Penolong Kanan Petang

8. Para pendidik SK Sungai Karang

9. Para ibu bapa dan Penerima-penerima anugerah Majlis Hari


Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang 2022/2023

Terlebih dahulu majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan


ucapan terima kepada Yang Dihormati, En. Abd Hadi bin Awang, Yang
di-Pertua PIBG SK Sungai Karang atas kesudian untuk bersama-sama
untuk menjayakan Majlis Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang
bagi sesi 2022/2023.

Hadirin sekalian,

Majlis Hari Apresiasi Pendidikan ini diadakan untuk  meraikan kejayaan


para murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum serta sahsiah terpuji. Majlis ini juga
diharapkan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada para
murid supaya kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.
Ucapan aluan Rumput bukan sebarang rumput
(Pengetua) Rumput berhias tepi halaman
Jemput bukan sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Sebagai pembuka tirai majlis yang penuh bermakna pada pagi ini,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Hjh. Zunaidah bt Mohamed Som, Guru Besar SK Sungai
Karang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
…………………………………….

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha


Pn. Hjh. Zunaidah bt Mohamed Som, Guru Besar SK Sungai Karang atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan Bunga melur di hujung dahan


perasmian Penghias seri di waktu malam
Sudilah tuan beri ucapan,
Lafaz isytihar pembuka kalam

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua PIBG SK Sungai
Karang, untuk menyampaikan ucapan dan amanat sekaligus
merasmikan Majlis Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

………………………………….

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada Yang dihormati tn hj jaafar , timbalan pengarah
pendidikan, jabatan pendidkan negeri kelantan atas ucapan
perasmian sebentar tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi
dapat kita hayati

Persembahan Hadiran dan hadirat sekalian,


nasyid
Majlis Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang diteruskan lagi
dengan persembahan nasyid yang akan dialunkan oleh kumpulan
_____________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan


____________ atas persembahan itu tadi.
Penyampaian Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Hadiah Apresiasi
Pendidikan Khas Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang diteruskan lagi


dengan penyampaian Hadiah Apresiasi Pendidikan Khas.

Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Terbaik Di Dalam


Kelas.

Untuk itu majlis menjemput En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua
PIBG SK Sungai Karang diiringi oleh _________________ untuk
menyampaikan anugerah tersebut. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Mendahului senarai penerima, dijemput:


(baca senarai nama)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah:

1. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik Setiap Aliran


2. Anugerah Terbaik Kehadiran PKKI
3. Tokoh Murid PKKI

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada __________ atas kesudian untuk menyempurnakan
upacara penyampaian anugerah kecemerlangan itu tadi.

Penyampaian Seterusnya, Majlis kita pada pagi ini beralih kepada acara Penyampaian
Hadiah Apresiasi Hadiah Apresiasi Kokurikulum bagi murid tahap 1.
Kokurikulum
Untuk itu majlis menjemput En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua
PIBG SK Sungai Karang dengan diiringi oleh En. Mohd Azizi bin Mohd
Ali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah
kepada para penerima anugerah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Bagi Anugerah Kokurikulum Pencapaian Tertinggi Tahap 1, dijemput:


(baca senarai nama)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima


kasih kepada ______________ kerana sudi menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah sebentar tadi.
Persembahan Hadirin sekalian,

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Sama-samalah kita meredakan debaran dihati dengan menyaksikan


persembahan Ensembel Rekoder yang dipersembahkan oleh murid
tahun 3. Dipersilakan
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Apresiasi Kurikulum PPD
Hadiah Apresiasi kepada murid yang Cemerlang PBD dan murid yang menunjukkan
Kurikulum peningkatan prestasi sepanjang sesi 2022/2023.

Dengan ini majlis menjemput En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua
PIBG SK Sungai Karang
dengan diiringi oleh ______________
untuk menyampaikan hadiah apresiasi kurikulum. Dipersilakan.

Bagi Anugerah Kecemerlangan PBD, dijemput:


(baca senarai nama)

Bagi Anugerah Peningkatan Prestasi, dijemput


(baca senarai nama)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua PIBG SK Sungai
Karang kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian sijil
graduasi itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dimuliakan sekalian.
Hadiah Apresiasi
Hal Ehwal Murid Dengan ini majlis menjemput En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua
PIBG SK Sungai Karang
dengan diiringi oleh_______________________
untuk menyampaikan Hadiah Apresiasi Hal Ehwal Murid. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Bagi Anugerah Kehadiran Penuh Aliran Perdana, dijemput:


(baca senarai nama)

Bagi Anugerah Amalan Terbaik, dijemput


(baca senarai nama)

Bagi Anugerah Pemimpin Muda, dijemput


. (baca senarai nama)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua PIBG SK Sungai
Karang atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah
itu tadi.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima


anugerah.
Persembahan 3 Hadirin sekalian,

Majlis Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang diserikan lagi dengan


persembahan tarian tradisional yang akan dipersembahkan oleh
kumpulan _____________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan


____________ atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan berakhir persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis


Hari Apresiasi Pendidikan SK Sungai Karang tahun 2022/2023.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada Yang di hormati En. Abd Hadi bin Awang, Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Karang atas kesudian hadir bagi menyempurnakan majlis
graduasi ini. Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala
keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Sekian,  wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum...


13 Mengumumkan perarakan keluar Tetamu Kehormat, kepada Yang di
hormati tn hj jaafar bin ismail, timbalan pengarah pendidikan, jabatan
pendidikan negeri Kelantan, bersama cokmar.Para jemputan dan guru-
guru. Warga dewan diminta berdiri.

Anda mungkin juga menyukai