Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU

Pembuka Bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫وبركاته‬ ‫السالم عليكم ورحمة هللا‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
.‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
.‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Protokol

1.      Yang Berusaha Pengetua Sek.Men.Keb Seri Perpatih, En. ALIAS BIN ABD SAMAD

2.      Yang dihormati, YDP PIBG En.Suhaimi bin Ahmad.

3.       En.Nor Amai Sham bin Mohd Noor GPK Pentadbiran SMK SERI PERPATIH.

4.      En. Mohd Suhaidi Bin Mat Junuh GPK Hal Ehwal Murid SMK SERI PERPATIH.

5.      En.Ahmad Hapian bin Pilus GPK Kokurikulum SMK SERI PERPATIH.

6.      Pn. Arbinah binti Abdul Ghani GPK Pra-Universiti SMK SERI PERPATIH.

7.      Ketua- Ketua Bidang, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru-guru, ibu bapa /penjaga dan

pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Kata alu-aluan

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat ILLAHI kerana
dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan PROGRAM PENETAPAN
TARGET PT3, SPM dan juga STPM bagi pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 di dewan gemilang  yang serba
indah ini
Bacaan Doa

Sidang hadirin dihormati,,

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

....Tamat Bacaan doa

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________atas


pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin- hadirat yang  dihormati ,

Setiap perkara yang seseorang itu lakukan pasti akan ada matlamat yang hendak dicapai. Jika
seseorang membuat sesuatu perkara tanpa ada matlamat hasilnya tidak akan bermakna. Untuk itu
program ini dibuat bagi membina matlamat pelajar khususnya dalam akademik agar tumpuannya
lebih berfokus. Disamping itu juga program ini dapat mengeratkan talian silaturrahim antara guru,
pelajar dan penjaga

Di antara objektif program ini diadakan adalah:

 Supaya para pelajar mendapat motivasi untuk lebih fokus dalam belajar khususnya

 Supaya para pelajar memperoleh gambaran tentang masa hadapannya

 Supaya para pelajar dapat menilai tahap penguasaannya

UCAPAN PENGETUA
Para hadirin  yang dihormati sekalian,

Majlis dimulai dengan ucapan Yang Berusaha En.ALIAS BIN AB SAMAD ,Pengetua SMK SERI
PERPATIH. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………….Tamat Ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berusaha En. ALIAS BIN AB SAMAD, Pengetua SMK
SERI PERPATIH atas ucapannya sebentar tadi
UCAPAN YDP PIBG

Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang dihormati
YDP PIBG SMK SERI PERPATIH En.Suhaimi bin Ahmad untuk menyampaikan ucapan, dengan segala
hormatnya dipersilakan

…………………TAMAT UCAPAN………..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang dihormati YDP PIBG SMK Seri Perpatih Encik Suhaimi
Bin Ahmad atas ucapannya sebentar tadi

Pengumuman

Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,

Dengan berakhirnya ucapan Yang Dihormati YDP PIBG sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini. Oleh yang demikian, dijemput ibubapa / penjaga dan para pelajar mengadakan sesi
pertemuan dan perbincangan bersama guru kelas masing-masing di meja yang disediakan di kiri dan
kanan dewan.

Saya akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai