Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PENETAPAN TARGET MURID TINGKATAN 1,2 DAN 4


TARIKH : 06 MAC 2015
MASA : 7.50 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK GEMAS
PENGACARA : PN NOORAIDAH MOHD NOOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam sejahtera dan, salam 1Malaysia.
Yang berusaha PN SITI AISYAH SANDRA BT ABDULLAH,
Pengetua SMK GEMAS
EN ALIAS B. ABD SAMAD,
Penolong Kanan PENTADBIRAN
PN LILY MASTURA BT KAMARUDDIN,
Penolong Kanan HEM
EN NAZARI B ABD RAHMAN
Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Bidang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru
serta para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 yang dikasihi sekalian
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita
berkumpul di dalam Dewan SMK Gemas pada pagi yang penuh barakah ini
untuk sama sama menjayakan satu agenda sekolah iaitu penetapan target
bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 pada tahun 2015.

Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang terlibat
kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
majlis yang kita rencanakan pada hari ini.
Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar kita dalam bidang
akademik..insyaAllah.
Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al-fadhil Ustaz Jailani untuk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)
Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas pimpinan doa sebentar tadi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Majlis diteruskan dengan mempersilakan En Alias B Abd Samad GPK
Pentadbiran untuk memberikan sedikit ucapan . Dipersilakan...
(UCAPAN)
Terima kasih diucapkan kepada En Alias atas ucapan yang disampaikan.
Kini, tibalah masa untuk kita mendengar ucapan yang bakal disampaikan
oleh Yang Berusaha Pn Siti Aisyah Sandra Bt Abdullah, Pengetua SMK
Gemas.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan Pengetua.
(UCAPAN)
Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi buat
renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada Puan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Agenda pada pagi ini diteruskan dengan lafaz ikrar Penetapan Target. Bagi
menyempurnakan
acara
majlis
mempersilakan
_______________________, wakil pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 untuk
melafazkan ikrar. Dengan ini majlis mempersilakan.
(LAFAZ IKRAR)
Terima kasih diucapkan kepada wakil pelajar atas kesudian
menyempurnakan lafaz ikrar penetapan target itu tadi.

Warga dewan sekalian,


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu penetapan target pelajar
tingkatan 1,2 dan 4.
Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada En Waad B Yahya Guru
Bimbingan dan kaunseling SMK Gemas.
(PENETAPAN TARGET)

Terima kasih kepada En Waad B Yahya kerana telah menyempurnakan


acara itu tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar
sepanjang saya mengendalikan majlis pada hari ini. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya
daripada kelemahan diri saya sendiri.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai