Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI AZ-ZAHRAH 1 & 2 SESI 2022

Auzubillahi minashaitoni rajim....


Bismillahi rahmani rahim....

Yang Berbahagia
Dr Mohd Fuad Bin Mohd Salleh, Yang dipertua PAS Shah Alam, merangkap Timb. Pesuruhjaya 3 PAS Negeri
Selangor.

Yang berusaha
En Zulkefli Bin Mad Zin
Naib Ketua Cawangan PAS cawangan Padang Jawa

Yang berusaha
En Syamsuri Bin Baharudin
Pengurus PASTI Az-Zahrah 1&2 merangkap Exco Pemuda PAS Shah Alam

Yang berusaha
Cik Safiah Bin Zulkefli (Guru Kanan Pasti Az Zahrah 1)
Puan Roslina Barindi (Guru kanan Pasti Az Zahrah 2)

Barisan Jemaah Pengurusan PASTI, Para tenaga pengajar pasti Az-zahrah 1 dan 2, Para ibu bapa dan penjaga ,
anak-anak didik PASTI, serta hadirin dan hadirat yang di kasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh dan selamat pagi...

-Ucapan aluan dalam bahasa arab


-Selawat ke atas nabi

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama meninggikan rasa syukur kepada Allah swt kerana memberikan
kita taufik dan hidayah serta kesempatan untuk berkumpul dalam suasana yang cukup harmoni pada pagi
ini .
Pihak PASTI dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa serta pelajar ke
majlis pada hari ini .

Mudah mudahan Allah taala menilai perhimpunan pada pagi ini sebagai suatu bentuk ibadah yang akan
mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah swt. Insyallah.

Saya selaku pengerusi majlis mengucapkan “Selamat datang (ahlan wa sahlan wa marhaban bikum) ke
“Majlis Anugerah Pelajar Pelajar PASTI Az-Zahrah 1&2 bagi sesi 2022”.

Hadirin yang di hormati sekalian,

Majlis Anugerah Prestasi PASTI adalah suatu platform untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
sepanjang tahun 2022 ini.

Diharap agar dengan penghargaan yang diberikan ini akan mencetuskan lagi semangat para pelajar untuk
lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

PASTI akan terus istiqomah dan konsisten untuk menyediakan pendidikan dan tarbiyyah Islam yang terbaik
demi melahirkan anak-anak yang berjiwa rabbani yang kenal Allah swt sebagai pencipta alam, cinta kepada
Nabi sebagai idola sepanjang zaman dan mentaati ibu bapa yang selari dengan tuntutan agama.

Hadirian yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
__________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
********BACAAN DOA*********

Amin amin ya rabal alamin….majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________________________________________atas
Pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya,

bagi membangkitkan rasa cintakan negara serta semangat patriotik pada pagi ini, Marilah kita bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku , Lagu Negeri Selangor dan Lagu PASTI.

********** NYANYIAN LAGU *********

Semua Hadirin dipersilakan duduk.

Ucapa n aluan pengurus


Ucapan aluan naib kc

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis dengan takzimnya mempersilakan

Dr Mohd Fuad Bin Mohd Salleh, Yang dipertua PAS Shah Alam Untuk menyampaikan ucapan aluan,
seterusnya menyempurnakan Perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar PASTI Az-Zahrah 1&2 sesi
2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

************ UCAPAN PERASMI **************

Demikianlah ucapan perasmian yang telah disampaikan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
yang berbahagian Dr Fuad di atas ucapan aluan serta penyempurnaan Majlis Perasmian sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Ko Korikulum kepada pelajar-pelajar PASTI Az-Zahrah
1. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput _______________________________________ di iringi
____________________________untuk ke pentas utama.

a. Imam terbaik
b. Muazin terbaik
c. Solat Terbaik
d. Hafazan (L) terbaik
e. Hafazan (P) terbaik
f. Kedatangan terbaik

Seterusnya, Majlis Penyampaian Anugerah Ko Korikulum kepada pelajar-pelajar PASTI Az-Zahrah 2


a. Imam terbaik
b. Muazin terbaik
c. Solat Terbaik
d. Hafazan (L) terbaik
e. Hafazan (P) terbaik
f. Kedatangan terbaik
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ______________________________ atas kesudiaan menyempurnakan
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada pihak majlis,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________________________________ untuk menyampaikan
cenderamata kepada _________________________________________ sebagai tanda terima kasih daripada daripada
PASTI.

****** PERASMI MENERIMA CENDERAMATA******

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Tuan Perasmi untuk meluangkan masa merasmikan
Majlis pada hari ini.

Majlis menjemput tuan perasmi untuk menikmati sedikit jamuan ringan diiringi oleh para penjemput tetamu.

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu


Majlis Anugerah Penyampaian hadiah kepada anak-anak pelajar PASTI Az-Zahrah 1 & 2.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ini, majlis menjemput ____________________________________ di


iringi ____________________________________ untuk naik ke pentas utama.
Majlis dimulakan dengan PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANG AKADEMIK bagi

Pelajar Az-Zahrah 1
5 tahun (Pertama hingga Ketiga)
6 tahun (Pertama hingga Ketiga) Rujuk lampiran
Pelajar Az-Zahrah 2
5 tahun (Pertama hingga Ketiga)
6 tahun (Pertama hingga Ketiga)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _____________________________________________ atas kesudiaan


menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tuan tuan dan puan puan sekalian,

Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, marilah kita bersama menyaksikan persembahan Nasyid daripada
anak-anak pelajar daripada PASTI Az-Zahrah 2.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****** PERSEMBAHAN *******

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan daripada kanak-kanak PASTI sebentar tadi. Untuk
makluman pihak hadirin sekalian, persembahan ceria sebentar tadi adalah merupakan hasil bimbingan
kreatif dan inovasi guru-guru pasti az-zahrah 2.

Anda mungkin juga menyukai