Anda di halaman 1dari 3

1

Teks Pengacaraan Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadan &


Sumbangan Aidilfitri .

28 April 2022.......

‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬. ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


Yang berusaha, Puan Rosiah binti Safuan Guru Besar Sk Dato
Syed Nahar.

Yang dihormati, Puan Nor Azihan binti Mohd Nawawi, Penolong


Kanan Pentadbiran,
Pn Norshafizah binti Bakar, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Ustaz Muhammad bin Ibrahim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru, seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

....‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam
Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk
melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan
melalui program-program sebegini.

Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri b. Ahmad


untuk memimpin Majlis Khatam Al-Qur’an kita pada hari
ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########
2

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Qur’an kita pada


hari ini. Namun, majlis kita masih belum selesai.

…………………………………………………………………………
….
Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha Pn Rosiah binti


Safuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato’ Syed Nahar, untuk
menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Program Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri 2022
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan


perasmian penutup sebentar tadi.

Hadirin sekalian.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah dan
cenderahati . Bagi menyempurnakan sesi ini majlis mempersilakan
Pn Rosiah binti Safuan diiringi Pn Nor Azihan Muhd Nawawi untuk
naik ke pentas / ke hadapan pentas.

Bagi memulakan sesi penyampaian ini, majlis menjemput


1.
3

###############################
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Guru Besar
atas kesudian menyampaikan hadiah sumbangan sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya


mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Penutupan Program
Ihya’ Ramadan & Sumbangan Aidilfitri 2022, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh
keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai