Anda di halaman 1dari 3

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Burung merbah di pohon cemara,

Majlis bermula tirai dibuka,

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan buat semua


para hadirin.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah kurnia dan
rahmat-Nya kita dapat bersama-berkumpul pada hari ini bagi menghadiri Majlis Penutupan
Program ____________________________ bagi sesi 23/24

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis penyampaian hadiah pada hari ini, majlis ingin menjemput adik Alif bagi
membacakan doa.

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Alif atas bacaan doa
sebentar tadi.

Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama mendengar alunan bacaan surah oleh Adik Alif
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan surah itu tadi.

Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan persembahan nasyid daripada


. Dipersilakan.
Demikian persembahan anak pelajar Rumah Ngaji

Bagi menyempurnakan Majlis Kita hari ini, saya ingin menjemput Al fadhil ustaz rohim bagi
menyampaikan sedikit ceramah motivasi dipersilakan.

Terima kasih di atas motivasi itu tadi, diharap setiap pesanan yang disampaikan disemat di hati
Dan sijadikan tauladan Kita kelak (?)

Marilah Kita ke sesi seterusnya iaitu persembahan nasyid kedua yang di ketuaii
___________________ Dan bertajuk __________________
Tahniaah atas perswmbahan itu tadi,

Melati kuntum berhias rotan


Tumbuh melata ditepi Kali
Anugerah cemerlang kita teruskan
pelajar terbaik Kita hargai.

Kita teruskan majlis dengan


Penyampaian Hadiah/Sijil kepada penerima anugerah pelajar terbaik sepanjang sesi Kem
dijalankan Majlis dengan sukacitanya menjemput ___________________
untuk menyampaikan sijil dan hadiah.
Majlis mempersilakan. Pelajar terbaik laki/pompuan
1.
2.
3.
4
5.
6.

PenyampaianHadiah/Sijil
Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil dan hadiah kepada semua penerima. Terima
kasih diucapkan kepada _______________________&kerana sudi menyampaikan hadiah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima.

Sebelum kita meneruskan acara, majlis diserikan lagi dengan laungan Azan oleh adik fawwaz
Dengan sukacitanya,dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada adik fawwaz diatas laungan Azan yang penuh semangat itu tadi

Seterusnya, majlis mempersilakan. _____________________________ bagi menyampaikan


cenderahati kepada para pelajar Dan tenaga pengajar Rumah Ngaji Zainab AZzahra.
Dipersilakan.

Sebelum mengakhiri Majlis, marilah Kita sama sama menonton perswmbahan terakhir daripada
para pelajar Rumah Ngaji

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di tepi jambangan,


Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dengan itu, maka sempurna sudah majlis kita pada hari ini. Saya mewakili jawatankuasa
program memohon ampun ke atas salah dan silap sepanjang pengendalian majlis Dan
pengurusan Kem.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sekian terima kasih dan salam hormat.

Sesi bergambar Dan makan

Anda mungkin juga menyukai