Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Graduasi Tahun 6 Dan Prasekolah

4 Februari 2024

Nyanyian Lagu Para Hadirin Dimohon Berdiri Bagi Menyanyikan Lagu Negaraku.

…….Nyanyian Lagu Negaraku….

Para Hadirin Dipersilakan Duduk.

Bismillah…
Solutasi Alhamdulillah….

Yang Berusaha,
Tuan Syed Shahrul Nizar Bin Syed Mohd Zainuddin,
Guru Besar Sk Keladi.

Yang Berusaha,
Puan Kartini Binti Sepawi,
Pk Pentadbiran Dan Kurikulum.

Puan Rozaini Binti Ali,


Pk Hal Ehwal Murid.

Tuan Haji Mohd Mokhzani Bin Musa,


Pk Kokurikulum.

Rakan-Rakan Guru, Seterusnya Murid-Murid Yang Dikasihi


Sekalian.

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera Dan Salam Menjulang


Kecemerlangan Sk Keladi.

Alu-Aluan Alhamdulillah, Bersyukur Kita Kepada Allah Swt, Kerana Dengan


Pengerusi Majlis Izin dan rahmatNya, Kita Dapat Berkumpul Di Dewan Seri Bitara
Dalam Suasana Yang Ceria Pada Pagi Ini Dalam Majlis Graduasi
Tahun 6 Dan Prasekolah Bagi Sesi 2023/2024.

Sesungguhnya, Matlamat Utama Majlis Ini Diadakan Adalah Tidak


Lain Dan Tidak Bukan, Hanyalah Semata-Mata Untuk Memberikan
Pengiktirafan Dan Penghargaan Kepada Murid-Murid Tahun Enam
Dan Pra Sekolah Yang Telah Berjaya Menamatkan Sesi
Pembelajaran Di Sekolah Kebangsaan Keladi.
Hadirin Sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat,


Bacaan Doa Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Untuk Itu, Bagi Memberkati Majlis kita pada pagi ini, majlis dengan
penuh takzim menjemput dan mempersilakan adik Muhammad
Rayyan bin Ibrahim untuk Memimpin Bacaan Doa.
Dipersilakan.

…….Bacaan doa…..

Majlis merakamkan ribuan Terima Kasih kepada adik Muhammad


Rayyan bin Ibrahim atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Marilah Mari Menyorong Papan,


Guru Besar Papan Disorong Ke Pohon Kuini:
Jemputlah Tuan Mari Ke Depan,
Melafazkan Rasmi Majlis Ini.

Hadirin Sekalian,

Majlis kita pagi ini Diteruskan lagi Dengan Menjemput dan


mempersilakan Tuan Syed Shahrul Nizar Bin Syed Mohd Zainuddin,
Guru Besar Sk Keladi Untuk Menyampaikan Ucapan seterusnya
merasmikan majlis graduasi Pra Sekolah Dan tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Keladi.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima Kasih Diucapkan Kepada Tuan Guru Besar Atas Ucapan


Sebentar Tadi. Diharapkan semoga ucapan itu tadi sedikit sebanyak
dapat memberikan motivasi dan bekalan yang positif buat semua
murid yang bakal meninggalkan SK Keladi beberapa hari sahaja
lagi.

Persembahan 1 Hadirin Sekalian,

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan
murid. Untuk itu, Marilah Sama-Sama Kita Menyaksikan
Persembahan Nasyid Daripada Murid-Murid Tahun 5 Yang Bertajuk
_________________________.

Majlis Mempersilakan.

Terima Kasih Diucapkan Atas Persembahan Itu Tadi. Untuk


Makluman Hadirin, Persembahan Nasyid Sebentar Tadi Di bawah
Pimpinan_________________________________.
Penyampaian Sijil Hadirin Sekalian,
Graduasi
Prasekolah Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid
yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar
ilmu dan cita-cita.

Tanpa Melengahkan Masa, Majlis Diteruskan Dengan Penyampaian


Sijil Graduasi Bagi Murid Prasekolah.

Oleh Itu, Dijemput Tuan Haji Mohd Mokhzani Bin Musa, PK


Kokurikulum, Diiringi Puan Siti Rohani Binti Abd Kassim, Guru
Bimbingan dan Kaunseling SK Keladi Bagi Menyampaikan Sijil
Kepada Murid-Murid Prasekolah.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

-Rujuk Senarai nama Murid Prasekolah-

Majlis Mengucapkan ucapan ribuan Terima Kasih Kepada PK


Kokurikulum Atas Penyampaian Sijil Sebentar Tadi.

Persembahan 2 Hadirin Sekalian,

Marilah Sama-Sama Kita Menyaksikan Persembahan Action Song


Daripada Murid-Murid Tahun 4 Yang Bertajuk
______________________.

Majlis Mempersilakan.

Terima Kasih Diucapkan Atas Persembahan Itu Tadi. Untuk


Makluman Hadirin, Persembahan Action Song Sebentar Tadi
Dibawah Pimpinan Puan Afida Hanie Dan Cik Nur Arissa Nabila.

Penyampaian Sijil Hadirin Sekalian,


Graduasi
Majlis Diteruskan Lagi Dengan Penyampaian Sijil Graduasi Murid
Tahun 6 Ar Razi Tahun 6.

Oleh Itu, Majlis Menjemput Puan Rozaini Binti Ali, Penolong Kanan
HEM, Diiringi Tuan Haji Mokhzani bin Musa Bagi Menyampaikan
Sijil kepada

Dengan Segala Hormatnya Majlis Mempersilakan.

Dimulakan Dengan Murid Tahun 6 Ar Razi.

-6 Ar Razi-
Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Rozaini Atas Penyampaian
Sijil Itu Tadi.

Tahun 6 Al Farabi Seterusnya, Dijemput Puan Kartini Binti Sepawi, Penolong Kanan
Pentadbiran Dan Kurikulum, Diiringi Puan Rozaini Binti Ali Untuk
Menyampaikan Sijil Kepada Murid Tahun 6 Al Farabi.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

-6 Al Farabi-

Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Kartini Atas Penyampaian


Sijil Itu Tadi.

Hadirin sekalian,
Tahun 6 Al Biruni

Untuk meneruskan acara kita hari ini, Majlis dengan sukacitanya


Menjemput dan mempersilakan Tuan Syed Shahrul Nizar Bin Syed
Mohd Zainuddin, Guru Besar Sk Keladi, Diiringi Puan Kartini Binti
Sepawi Bagi Menyampaikan Sijil Kepada Murid Tahun 6 Al Biruni.

Dengan Segala Hormatnya, dipersilakan.

-6 Al Biruni-

Majlis Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tuan Syed Shahrul Nizar


Atas Penyampaian Sijil Itu Tadi.

Tayangan Montaj Para Hadirin


Marilah Kita Menyaksikan Tayangan Montaj Murid-Murid Tahun 6
Dan Prasekolah.

……………..Tayangan Montaj…………..

Majlis merakamkan ucapan terima ksih atas tayangan montaj


sebentar tadi. Untuk Pengetahuan Hadirin, Video Montaj Sebentar
Tadi Telah Disediakan Oleh Encik Mazfahmi Dan Ustaz Noor Hafiz.

Bersurai Dengan berakhirnya tayangan montaj sebentar tadi, maka majlis


kita hari ini tiba di penghujungnya. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Banyak kain tidak berjahit;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala
kekurangan dan kelemahan itu dari kami sendiri. Dengan ini,
tamatlah sudah Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah
Sekolah Kebangsaan Keladi 2023/2024.

Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai