Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA HARI APRESIASI KECEMERLANGAN 2021

11 FEBRUARI 2022 (JUMAAT)


DEWAN BESTARI SK ABDUL SAMAT

ACARA ISI CATATAN

Pengumuman Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para tetamu, guru dan murid dipersilakan  mengambil

tempat duduk  masing-masing kerana majlis akan

dimulakan sebentar lagi.

Kata- kata BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM


aluan

Yang Berusaha En. Muhammad fauzi b Ali

YDP PIBG SK Abdul Samat

Yang Berusaha Pn. Khairawati bt Abdul Hanif

Guru Besar SK Abdul Samat

Yang Dihormati Pn Hjh Rozilah bt Hj Ramli,

Penolong Kanan Pentadbiran SK Abdul Samat

Yang Dihormati Tn Hj Akmal b Bakri,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Abdul Samat

Yang Dihormati Tn Hj Mahadi b Abdul Rahman,

Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Abdul Samat

Yang Dihormati En. Mohd Ezanee b Ahmad,


Penolong Kanan Petang SK Abdul Samat

Yang Dihormati Pn. Noor Asmawiah bt Muhamed,

Penolong Kanan Pen. Khas SK Abdul Samat

Barisan guru-guru dan seterusnya para pelajar yang

dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Majlis Mengucapkan Selamat Datang Serta Mengalu-

Alukan Kehadiran Para Hadirin Sekalian Ke Majlis

Apresiasi Kecemerlangan 2021.

Hadirin yang dihormati,

Untuk makluman, majlis ini di adakan, bukan sahaja untuk

meraikan pelajar-pelajar yang bakal menamatkan

persekolahan, malah mengiktiraf pelajar-pelajar yang

telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang Akademik,

HEM dan juga Kokurikulum.

Menadah tangan tanda kerendahan


(Bacaan Doa) Lafaz Bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Hadirin sekalian,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Al Fadhil Ustaz Shaharudin b Mohd Sebirin.  

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin YA rabbal alamin, Terima kasih diucapkan kepada Al


Fadhil Ustaz Shaharudin b Mohd Sebirin atas bacaan doa
itu tadi.

Ucapan Guru Hadirin yang dihormati sekalian,


Besar
Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya

mempersilakan Yang Berusaha Pn. Khairawati bt Abdul

Hanif, Guru Besar SK Abdul Samat untuk menyampaikan

ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***ucapan GB

Terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Khairawati bt

Abdul Hanif, GB SK Abdul Samat atas ucapan itu tadi.

Ucapan Sidang hadirin yang dihormati,


Perasmian

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah

himpunan doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang

berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam

mencapai kecemerlangan.

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Madah dihulur sembah diberi,


Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput, Yang Dihormati En. Muhammad


Fauzi b Ali, YDP PIBG SK Abdul Samat untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Apresiasi Kecemerlangan 2021.

***Ucapan Perasmi

Berilah Kami Haluan Kemudi

Pengobat Hati Menanti Harapan

Ucapan Diberi Penuh Beerti

Amanat Tuan Jadi Pegangan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan

penghargaan tidak terhingga kepada Yang Dihormati En.

Fauzi b Ali, YDP PIBG SK Abdul Samat atas amanat dan

ucapan perasmian itu tadi.

Penyampaian Sidang hadirin sekalian,


Anugerah
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan atur cara
Tertinggi
penyampaian anugerah tertinggi Prasekolah, PPKI dan

Tahun 6.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya

mempersilakan Yang dihormati, En. Fauzi b. Ali diiringi

oleh Yang Berusaha Pn. Khairawati bt Abdul Hanif ke

pentas untuk menyempurnakan acara tersebut.


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dimulai dengan penyampaian Anugerah Tertinggi

bagi murid-murid Prasekolah. Mendahului senarai

dipersilakan adik ........

***rujuk senarai penerima hadiah

Sebagai tanda penghargaan ,sekalung budi seuntai kasih ,

majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Khairawati bt

Abdul Hanif untuk menyampaikan cenderahati kepada yang

Yang Dihormati En. Muhammad Fauzi b Ali.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En.

Muhammad Fauzi b Ali di atas kesudian menyampaikan

Anugerah Tertinggi kepada murid-murid SK Abdul Samat

itu tadi.

Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,


Hadiah dan
Sijil
Penghargaan Tidak kira sesukar mana pun kehidupan, usaha gigih dan
Terbaik
kesungguhan pasti membawa khabar gembira di akhirnya.
Prasekolah,
PPKI, Tahun
4,5
Kini, tiba masanya untuk Penyampaian Hadiah dan Sijil

Penghargaan buat murid-murid SK Abdul Samat yang telah

berjaya mencatat keputusan terbaik mengikut kelas

masing-masing.
Dengan itu, majlis menjemput Yang Dihormati Pn Hjh

Rozilah bt Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran

Diiringi oleh, Yang dihormati, Pn. Noor Asmawiah bt

Muhamed, Penolong Kanan Pen. Khas SK Abdul Samat,

Untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara.

Majlis dimulai dengan penyampaian Hadiah dan Sijil

Penghargaan bagi ...

***Rujuk lampiran

a. Terbaik Pra sekolah

b. Terbaik PPKI

c. Terbaik Tahun 4,5

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh

Rozilah bt Ramil, Penolang Kanan Pentadbiran, di atas

kesudian menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan itu

tadi.

“SESUATU KEJAYAAN ITU TERCAPAI APABILA


Penyampaian SESEORANG ITU MELAKUKAN APA YANG DIINGINI DARI
Hadiah Terbaik
MULA SAAT DIA BANGUN PAGI HINGGALAH DIA MASUK
Tahun 6 &
Anugerah khas TIDUR PADA MALAM HARINYA.” – BOB DYLAN

Sidang Hadirin yang dihormati, kini tibalah masa untuk

penyampaian Anugerah Terbaik dan pencapaian tertinggi


M. Pelajaran Tahun 6 dan Penyampaian Anugerah Khas

serta Sijil Penghargaan di atas hasil usaha mereka selama

ini.

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn

Khairawati bt Abdul Hanif, Guru Besar SK Abdul Samat.

Diiringi oleh, Yang dihormati, Pn. Hjh Rozilah bt Ramli, PK

Pentadbiran untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan

acara.

*** Rujuk Lampiran

a. Terbaik kelas tahun 6

b. Anugerah Khas

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Pn.

Khairawati bt Abdul Hanif, GB SK Abdul Samat di atas

kesudian menyampaikan anugerah khas dan sijil itu tadi.

Majlis Bersurai Dengan berakhirnya penyampaian Anugerah Khas dan Sijil

Penghargaan itu tadi, maka selesailah sudah majlis pada

hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas

kehadiran Yang Dihormati En. Fauzi b. Ali,YDP PIBG SK

Abdul Samat, barisan pentadbir sekolah, ahli jawatan

kuasa kerja, guru-guru, PPM dan seterusnya para


penerima anugerah sekalian di atas segala sumbangan dan

kerjasama yang diberikan secara langsung mahupun tidak

langsung bagi menjayakan majlis yang bersejarah ini.

Delima selasih indah tersingkap

Hantaran bengkalis seri cahaya

Terima kasih tidak terungkap

Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara

Kadang tak sedar tersilap kata

Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta

Mewakili pihak jawatankuasa , majlis ingin merakamkan

jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang

diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini

berlangsung ,kami memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai