Anda di halaman 1dari 6

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


APRISIASI BAKTI BADAN PENGAWAS SMK IDEAL HEIGHTS 2019

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP TINDAKAN

1. Kata-kata
Mengumumkan ketibaan Yang berusaha Encik Hasyim
aluan
bin Saryani ke majlis Aprisiasi Bakti Badan Pengawas
SMK Ideal Heights tahun 2019. Semua hadirin diminta
berdiri.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh dan
salam sejahtera.

Yang Berusaha En Hasyim bin Saryani @ Md Noh,


Pengetua SMK Ideal Heights,
Yang dihormati
Pn. Noor Aliza Rashdiah bt Taufek , penolong kanan
pentadbiran,
Pn Hajjah Azziah bt Bakrin, penolong kanan Hal Ehwal
Murid,
Pn. Norshimah bt Neimad, penolong kanan kokurikulum,
Pn Salinah bt Abdul Rahim, penolong kanan petang,
guru-guru kanan mata pelajaran,guru-guru, dan anak
anak pengawas yang diraikan sekalian,

SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA


DI BAWAH SARANG BURUNG TEMPUA
SALAM SEMBAH PEMBUKA BICARA
SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA
2

DI BAWAH SARANG BURUNG TEMPUA


2. BACAAN
DOA TERBANG SEIRING DI TEPI KALI
SELAMAT DATANG UNTUK SEMUA
MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini , majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan En.
Muhamad Zainal bin Dzulkifli untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan


doa tersebut. Semoga majlis ini dianugerahi barakah
dan dilimpahkan rahmat Yang Maha Esa.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,
maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-
sama berkumpul di pagi yang berbahagia ini untuk
majlis Aprisiasi Bakti Badan Pengawas SMK Ideal
Heights tahun 2019.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menaikkan


semangat pengawas supaya terus berusaha untuk
memberi sepenuh komitmen kepada tugas dan juga
untuk menghargai sumbangan tenaga dan masa yang
telah diberikan oleh pengawas sesi 2019
3

3. UCAPAN Sebagai pembuka tirai bingkisan ucapan, majlis


KETUA
PENGAWAS mempersilakan saudara
____________________________________________,
selaku Ketua Pengawas SMK Ideal Heights, sesi 2019
untuk memberikan sepatah kata dua.
Dipersilakan.

*ucapan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara


__________________________________________
atas ucapan itu tadi.

UCAPAN Seterusnya, majlis dengan segala hormat


4.
PENGETUA mempersilakan Yang Berusaha, En. Hasyim bin
Saryani, Pengetua SMK Ideal Heights untuk
menyampaikan bingkisan ucapan. Dipersilakan.

*ucapan

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
berusaha Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.
4

5 Penyampai Hadirin sekalian,


an Sijil

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang, Negara terbilang,
Anugerah diberi tanda penghargaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


penghargaan kepada Pengawas tahun 2019.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Pn Azziah


bt Bakarin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
mengiringi Yang Berusaha En Hasyim bin Saryani,
Pengetua SMK Ideal Heights untuk menyampaikan sijil.
Dipersilakan.

Dimulakan dengan Barisan Pengawas tingkatan 1


2. Seterusnya dipersilakan barisan pengawas tingkatan 2
3. Seterusnya dipersilakan barisan pengawas tingkatan 3
4. Seterusnya dipersilakan barisan pengawas tingkatan 4

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil


Anugerah Baktimu dikenang kepada barisan pengawas
tingkatan 5.
Dipersilakan..(LAMPIRAN)
1.
2.
5

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan


pengetua yang telah sudi menyampaikan sijil
penghargaan sebentar tadi.

Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan dapat


meningkatkan minat dan semangat para pengawas
untuk menjalankan tugas dengan penuh amanah dan
dedikasi.

Hadirin sekalian,

6. PENGUMU Majlis seterusnya mempersilakan En Muhamad Zainal


MAN AJK
bin Dzulkifli untuk mengumumkan Ahli Jawatankuasa
TERTINGGI
2020 Tertinggi Badan Pengawas sesi 2020

(rujuk lampiran)

** Gimik simbolik serahan tugas ketua pengawas.

7. PENUTUP Maka majlis kita sudah tiba ke penghujungnya. Akhir


kata terima kasih kepada semua yang menjayakan
Aprisiasi Bakti Badan Pengawas SMK Ideal Heights
tahun 2019. Semoga berjumpa kita di lain masa.

Di dahan selasih hinggap kedidi


Turun bermain mencari rakan
Terima kasih simpuhan budi
Salah silap harap dimaafkan
6

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala


8. JAMUAN
hormatnya mempersilakan wakil Pengawas,
_____________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*selesai doa

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahhi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai