Anda di halaman 1dari 11

MAJLIS HARI APRESIASI

SK SERI BELAHAN 2022/2023


12 FEBRUARI 2023
BIL AGENDA TEKS CATATAN
1. Majilis Khatam Bismillahirahmanirahim.
Al- Quran
Tahun 6 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi pada pagi yang


mulia ini, kita dapat bersama- sama dalam Majlis Hari
Apresiasi Kecemerlangan Murid SK Seri Belahan bagi
sesi 2022/ 2023.

Sebelum majlis Apresiasi ini dimulakan, marilah kita


SITI FATIMAH
bersama- sama memperdengarkan alunan ayat- ayat
Al Quran dalam Majlis Khatam Alquran yang akan
disampaikan oleh murid- murid Tahun 6.

Majlis Khatam Al- quran ini akan diketuai oleh

USTAZ MOHD NASIR BIN SUJO

Majlis dengan penuh takzim nya mempersilakan.

2. Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Dihormati


jemputan dan
ibu bapa EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

diiringi Guru Besar SK Seri Belahan

EN SARDI BIN HASSHIM

Barisan guru penolong kanan, murid pra sekolah dan FARHA


murid tahun 6 ke tempat duduk utama.

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

- VIP duduk -

Semua hadirin dipersilakan duduk.

3. Bacaan doa SITI FATIMAH


Kerat rotan bersama buluh,
Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah

1
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
diketuai oleh.

USTAZ MOHD NASIR BIN SUJO

Majlis Mempersilakan.

BACAAN DOA –

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas bacaan doa daripada USTAZ
MOHD NASIR BIN SUJO sebentar tadi.

Semoga majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar


dan diberkati oleh Allah SWT.

4. Ucapan alu- Assalamualaikum dan salam sejahtera, FARHA


aluan Pembuka kata lidah bicara,
pengerusi Izinkan kami mulakan acara,
majlis Semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang menjadi juara ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya


mengucapkan selamat datang serta mengalu-alukan
kehadiran perasmi kita pada hari ini iaitu

Yang Berusaha

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

Yang Berusaha

EN SARDI BIN HASSHIM


GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Yang Berusaha

EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID


YDP PIBG SK SERI BELAHAN

Yang Berusaha

- Jemputan khas -

Barisan Guru Penolong Kanan.


Barisan guru- guru

2
AJK PIBG SK Seri Belahan
Ibu bapa
Seterusnya murid- murid yang diraikan pada hari ini.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,


sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan yang
telah dihias indah ini bagi meraikan Majlis Apresiasi
Murid SK Seri Belahan bagi sesi 2022/2023

5. Ucapan guru Para hadirin yang dihormati sekalian,


besar
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan .Untuk itu, majlis menjemput dan
mempersilakan

EN SARDI BIN HASSHIM


GURU BESAR SK SERI BELAHAN
SITI FATIMAH
untuk menyampaikan ucapan alu- aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- ucapan -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan


Guru besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

6. Ucapan FARHA
perasmian Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

Kini, sampailah pula masanya untuk kita mendengar


ucapan perasmian Majlis Apresiasi Kecemerlangan
Murid SK Seri Belahan tahun 2022/2023

Terlebih dahulu izinkan saya untuk memperkenalkan


sedikit sebanyak tentang perasmi kita pada hari ini.

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN atau boleh dipanggil


sebagai Pak Mastor. Pak Mastor merupakan bekas
pelajar SK SRI BELAHAN pada tahun 1965. Pak
Mastor telah mengasaskan syarikat pengiklanan pada
tahun 1988 sehingga 2017. Pada tahun 2018, Pak
Mastor telah bersara dalam bidang pengiklanan dan
sekarang beliau menumpukan untuk menguruskan
keluarga dan mengusahakan perniagaan mereka

3
bentuk topi kulit lembu berjenama Pak Mastor.

Tanpa berlengah lagi, saya ingin mempersilakan

Yang Berbahagia,

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


merasmikan Majlis Hari Apresiasi SK Sri Belahan bagi
sesi 2022/2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- ucapan -

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis


kita pada pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

Di atas menyampaikan ucapan perasmian sebentar


tadi.

7. Persembahan Hadirin Sekalian,


1
Seterusnya marilah kita sama-sama menonton
persembahanan daripada murid- murid Tahun 3 Mawar
SK Seri Belahan yang bertajuk IKATAN ASMARA

Majlis dengan ini mempersilakan. SITI FATIMAH

-persembahan-

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


menarik sebentar tadi.

8. Penyampaian Berkebaya batik berwarna merah, FARHA


Sijil Pra Dipakai pula gadis pinggiran,
Sekolah Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
&
Hadirin yang dihormati sekalian,
Penyampaian
sijil dan Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
Hadiah I sijil bagi murid- murid Pra Sekolah dan Sijil Graduasi
Tahun 6.
Sijil Pra
Sekolah dan Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput

4
Sijil Graduasi
Tahun 6 EN SARDI BIN HASSHIM
GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Bagi mengiringi Yang Berbahagia

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

untuk menyampaikan sijil kepada murid Pra Sekolah


SK Seri Belahan.

Dijemput …… (buku program)

Seterusnya penyampaian Sijil Graduasi bagi murid


Tahun 6

Dijemput …… (buku program)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Yang Berbahagia

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

atas kesudian Tn kerana menyampaikan sijil dan


hadiah sebentar tadi.

9. Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,


2
Marilah kita sama- sama menyaksikan persembahan
yang akan disampaikan oleh murid- murid tahun 5
Mawar.. Dengan ini dipersilakan.
SITI FATIMAH
- Persembahan –

Alhamdulillah, terima kasih tahun 5 Mawar di atas


persembahan yang bertajuk DOA IMAN dan
RAHMATULILALAMIN sebentar tadi.

10. Penyampaian Untuk pengetahuan hadirin yang dihormati sekalian. SITI FATIMAH
cenderahati
perasmi Sekolah akan menerima sumbangan daripada perasmi
kita.

Sebagai simbolik penyerahan sumbangan, dijemput

EN SARDI BIN HASSHIM


GURU BESAR SK SERI BELAHAN

Bagi menerima sumbangan tersebut daripada Yang


Berbahagia.

5
EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

-penyampaian sumbangan-

Sebagai tanda kenangan dan terima kasih daripada


pihak sekolah di atas kesudian Pak Mastor untuk hadir
merasmikan majlis pada hari ini, dijemput Tuan Guru
Besar untuk menyampaikan cenderahati kepada

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

Dipersilakan tuan.

11. Rehat Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis akan direhatkan selama setengah jam.

Dijemput Yang Berbahagia

EN MASUAN BIN HJ WAKIRAN

Diringi Tn Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Para


Jemputan Khas, bersama AJK PIBG untuk menikmati
juadah yang telah disediakan di kantin.
FARHA
-VIP gerak ke kantin -

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dijemput para ibu bapa untuk menikmati juadah yang


telah disediakan di makmal sains.

Untuk makluman hadirin sekalian majlis akan


disambung semula pada tepat pada pukul 10.30 pagi.
Oleh yang demikian, diharap hadirin dapat mematuhi
masa yang telah ditetapkan. Sekian, Terima kasih.

12. Persembahan Hadirin Sekalian,


3
Seterusnya marilah kita sama-sama menonton
persembahanan ketiga daripada murid- murid Pra
Sekolah SK Sri Belahan yang bertajuk Jung- Jung Inai.

Majlis dengan ini mempersilakan.


SITI FATIMAH
-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada murid Pra Sekolah SK


Sri Belahan di atas persembahan yang disampaikan
sebentar tadi.

6
13. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian.
Sijil dan
hadiah II Majlis akan diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil
Khatam Al- Quran bagi murid- murid tahun 6
Sijil khatam Al-
Quran dan DIjemput Yang Berusaha
cenderahati
Tahun 6 EN MOHAMAD NAWI BIN ABAS
GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
Anugerah
Imam Muda Untuk mengiringi Yang Berusaha

Anugerah EN MOHD ROSLI BIN NAWAWI


Imam Muda GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Cemerlang
Untuk menyampaikan sijil tersebut, majlis dengan ini
mempersilakan.
FARHA
Anugerah Dijemput (buku program)
Anjakan
Saujana Al-
Quran Sijil khatam Al- Quran dan cenderahati Tahun 6

Anugerah Anjakan Saujana Al-Quran

Anugerah Imam Muda

Anugerah Imam Muda Cemerlang

-penyampaian sijil dan hadiah-

Terima kasih kepada EN MOHD ROSLI BIN NAWAWI


kerana menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid
sebentar tadi.

14. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian. SITI FATIMAH


sijil PBD
Seterusnya adalah penyampaian Sijil PBD kepada
murid Tahap 1.

Bagi menyampaikan sijil dan hadiah tersebut, saya


ingin menjemput Yang Berusaha

EN MOHD ROSLI BIN NAWAWI

Bagi mengiringi Yang Berusaha

PN SITI FATIMAH BINTI HANAFI


GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid

7
tahap 1.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-penyampaian sijil dan hadiah-

Terima kasih kepada PN SITI FATIMAH BINTI


HANAFI di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
15. Persembahan Hadirin yang dihormati sekalian,
4
Mari kira berehat sebentar untuk menikmati
persembahan yang akan disampaikan oleh murid
tahun 6 yang bertajuk HAMBA ALLAH

Majlis dengan ini mempersilakan.


FARHA
-persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada murid- murid tahun 6


atas persembahan itu tadi.

16. Penyampaian Hadirin sekalian.


Sijil dan SITI FATIMAH
hadiah III Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil PBD
Tahun 4 dan Tahun 5

Dijemput Yang Berusaha

PN SITI FATIMAH BINTI HANAFI

Bagi mengiringi Yang Berusaha

EN SARDI BIN HASSHIM

Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada


penerima.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-penyampaian sijil dan hadiah-

Anugerah Nilam
Anugerah Kehadiran Terbaik

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas


penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi
17. Persembahan Mekarnya mawar mata melihat FARHA

8
4 Bunga merimbun dipetik sakan,
Majlis Apresiasi mohon berehat.
Persembahan murid kita saksikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Persembahan ini merupakan persembahan terakhir


daripada murid tahun 6 yang akan meninggalkan
sekolah.

Sekali lagi saya ingin menjemput murid- murid Tahun 6


untuk menyampaikan persembahan yang bertajuk
HANYA RINDU.

Majlis dengan ini mempersilakan.

-persembahan-

Terima kasih kepada murid- murid Tahun 6 yang telah


menyampaikan persembahan mereka sebentar tadi.

Semoga memperoleh kejayaan dan pada masa akan


datang. Amin

18. Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian. SITI FATIMAH


Sijil & Hadiah
IV
Selepas ini merupakan penyampaian Sijil bagi Ketua
dan Ponolong Ketua Kelas. Untuk itu, saya ingin
menjemput dan mempersilakan

EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID

Diiringi oleh PN SITI FATIMAH BINTI HANAFI. GPK


Pentadbiran SK Sri Belahan untuk menyampaikan sijil
tersebut. DIpersilakan.

- Siil Pengawas & Pengawas Pusat Sumber


- Sijil Student Leaders Board (SLB)
- Anugerah Sahsiah Murid Terpui

Terima Kasih kepada

EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID

di atas penyampaian sijil tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian. Seterusnya adalah


penyampaian hadiah Tokoh Murid. Bagi
menyampaikan hadiah Tokoh Murid ini saya ingin

9
mempersilakan

GURU BESAR EN SARDI BIN HASSHIM

diiringi oleh

YDP PIBG EN SYAMSUL NIZAM BIN ABD KHALID

Untuk menyampaikan anugerah Tokoh Murid


Akademik dan Tokoh Murid Kokurikulum. Dipersilakan

**
(BACA BIODATA )

Bagi penerima Tokoh Murid Akademik, dijemput

AIDIL ADRIAN BIN MOHD NOR bersama ibu bapanya


untuk naik ke atas pentas bagi menerima ANUGERAH
TOKOH MURID AKADEMIK. Dipersilakan.

**

Seterusnya penerima Tokoh Murid Kokurikum,


BACA BIODATA )

Bagi penerima Tokoh Murid KOKURIKULUM, dijemput

AMIR MAHMUD BIN SURYANI YUSUF bersama ibu


bapanya untuk naik ke atas pentas bagi menerima
ANUGERAH TOKOH MURID KOKURIKULUM.
Dipersilakan

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar kerana


menyampaikan sijil dan hadiah kepada Tokoh Murid
sebentar tadi.
19. Nyanyian lagu Sidang hadirin sekalian, FARHA
Negaraku
Kita telah pun tiba dipenghujung majlis,
Bersurai
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis Apresiasi telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari


memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah
bicara sepanjang perjalanan majlis ini.

10
Burung terkukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Apresiasi SK Seri


Belahan bagi 2022/ 2023. Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua tetamu yang sudi
menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan
kepada semua penerima anugerah.

Sebelum mengakhiri majlis, marilah kita bersama-


sama menyanyikan lagu Negaraku. Semua hadirin
diminta bersedia.

-Nyanyian Lagu Negaraku-

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, Assalamualaikum


wbt.

11

Anda mungkin juga menyukai