Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SMK ST THERESA 2023

EN KU AHMAD YUSOP BIN KU AHMAD KHIR, guru-guru

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan para jemputan dan ibu Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Shanker a/l Chandren sekaligus
bapa diiringi oleh Yang Berusaha Cikgu Shamariza binti Ariffin
Pengetua SMK ST.Theresa, dan, diikuti oleh Yang Berusaha Cikgu Noryati bt.
Jusoh Penolong Pentadbiran ke tempat duduk utama.

Nyanyian lagu Negaraku Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku


dengan iringan muzik.
 Semua hadirin dipersilakan duduk.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
2. Bacaan doa. bacaan doa yang akan diketuai oleh
Cikgu Abdul Rahman bin Che Noh.
Dipersilakan.
 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Ke Pekan Nilai membeli bingka,


3. Sayang pesanan terlupa sudah;
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SMK ST THERESA 2023

Majlis bermula tirai dibuka,


Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang Berusaha Cikgu Shamariza binti Ariffin


Pengetua SMK St.Theresa,

Yang Berbahagia En. Shanker a/l Chandran,


Yang Dipertua PIBG SMK St. Theresa,

Yang Dihormati Guru-guru penolong kanan,


guru-guru,
Ajk PIBG SMK St.Theresa sesi 2023/2024,
seterusnya ibu-bapa/waris-waris sekalian.

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan khas dan ibu bapa ke
Mesyuarat Agung PIBG SMK St. Theresa yang ke-51 pada hari ini.
Untuk pengetahuan semua hadiri-hadirin sekalian,
Objektif Mesyuarat Agung PIBG SMK St.Theresa kali ke-51 ini diadakan adalah
untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta guru dalam sekolah
berbincang, berkolaborasi, berunding dan bekerjasama antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan murid sekolah ini. Diharap
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SMK ST THERESA 2023

mesyuarat yang akan kita adakan nanti berjalan dengan lancar dalam suasana yang
harmoni.

4. Ucapan Pengetua Seterusnya,


SMK St.Theresa Majlis mempersilakan Cikgu Shamariza binti Ariffin Pengetua
SMK St.Theresa untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Shamariza binti Ariffin atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan Yang Dipertua PIBG Hadirin yang dihormati, izinkan saya memperdengarkan pantun seterusnya.

Makan durian bersama pulut,


Duduk bersembang atas serambi,
Tampillah tuan kami menjemput,
Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin sekalian,
Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar ucapan
perasmian yang akan disampaikan oleh
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SMK ST THERESA 2023

Yang Di Pertua PIBG SMK SMK St.Theresa.


Untuk itu, dijemput En. Shanker a/l Chandran untuk menyampaikan ucapan beliau.
DIpersilakan…

 Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -51.

6.
 Tuan berbudi tidak terperi,
Hulurkan madah kata perasmi,
Yang DIhormati kami segani,
Kesudian Yang Dihormati kami hargai.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasmilah sudah Mesyuarat Agung PIBG SMK St.Theresa yang ke-51 pada hari ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia
Encik Shanker a/l Chandran Yang DIpertua PIBG merasmikan majlis kita sebentar
tadi.

Penyampaian Cenderahati kepada Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa

7. AJK PIBG sesi 2022/ 2023 Persatuan Ibu Bapa dan Guru sesi 2022/2023.
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SMK ST THERESA 2023

 RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2022/2023 BUKU


PROGRAM

 Oleh itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini. Sekalung
8.
Kata Penutup perasmian & penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berbahagia
jamuan VIP Encik Shanker a/l Chandran Yang DIPertua PIBG, ibubapa dan para waris
di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa menghadiri majlis kita pada
hari ini.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48


 Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada, Yang Dipertua PIBG SMK
St.Theresa, Puan Devamary a/p Palaniandy beserta Ahli Jawatan Kuasa
PIBG sesi 2020/2021 dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
kali ke-48 serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.

 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG SMK St.Theresa


Kali ke-48. Untuk itu saya menyerahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG
SMK St.Theresa Puan Devamary a/p Palaniandy untuk meneruskan
mesyuarat agung pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai