Anda di halaman 1dari 11

PENGUMUMAN KEPADA TETAMU DAN HADIRIN

Tindakan :
1. Assalamualaikum wrt dan salam satu Malaysia dan salam perpaduan. Pihak
majlis mengalu-alukan kehadiran Tetamu Jemputan ,Datuk-datuk , Datin-datin,
guru-guru , Tuan-Tuan dan Puan-Puan, hadirin dan hadirat sekalian, ke Majlis
Anugerah Kecemerlangan Gemilang Emas 2017
Untuk itu, mohon kerjasama para hadirin, untuk mengambil tempat duduk
masing-masing.
2. Pohon kerjasama sidang hadirin, agar dapat memberi perhatian akan perkara-
perkara berikut :-

a) Hadirin diminta memberi kerjasama, agar terus berada di tempat duduk


masing-masing sehingga majlis selesai dijalankan. Dijangka akan tamat
pada jam 12.30 tengah hari.

b) Mohon kerjasama hadirin, agar memastikan telefon bimbit yang dibawa


bersama, berada dalam keadaan mood senyap atau mood gegar
sepanjang majlis ini berlangsung.

c) Hadirin dan hadirat diminta mengurangkan pergerakan keluar masuk semasa


majlis berjalan.

3. Mohon kerjasama para hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama


menyanyikan Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Selangor apabila muzik
dimainkan. Nyanyian akan bermula apabila Tetamu Kehormat berada di Meja
Utama dan alunan muzik gamelan berakhir.
4. Kami amat menghargai atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para
hadirin dalam memastikan kelancaran majlis kita pada pagi ini. Segala kerjasama
diucapkan ribuan terima kasih. Kelancaran majlis ini adalah kejayaan kita
bersama.

SKRIP PENGACARA MAJLIS

1
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN GEMILANG EMAS 2017

Tarikh : 14 April 2018


Tempat : Dewan Terbuka SMK Seksyen 7
Masa : 8.00 am – 12.30 pm

MASA ATURCARA SKRIP PENGACARA TINDAKAN


Acara 1
8.00 am Mengumumkan ketibaan dan perarakan masuk
Pengumuman
Tetamu Kehormat Yang Berbahagia Tuan Abdul Ghaffar bin Bakar,
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
Paluan Kompang

Mohon kerjasama para hadirin untuk berdiri.

8.15 am Acara 2
Hadirin yang dimuliakan,
Nyanyian Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada

Lagu NegaraKu negara tercinta, sama-sama kita singkap Majlis


Anugerah Kecemerlangan Gemilang Emas 2017
dan Lagu Negeri
dengan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu
Selangor
Negaraku dan Lagu Negeri Selangor dengan
(Bermula apabila
penuh bersemangat.
Tetamu kehormat
berada di Meja (Nyanyian Lagu).
Utama
Terima kasih
Tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan para
hadirin dipersilakan duduk

08.20 am Acara 3 Bismillahhirrahmanirrahim


Ucapan Alu-Aluan Assalamualaikum Wrt
Pengacara Majlis Layang-layang di balik awan,
Terlepas tangan melayang pergi;
Selamat datang saya ucapkan,
Kepada sekalian yang saya hargai.

2
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu
1. Yang Berbahagia
Tuan Abdul Ghaffar bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah
Petaling Perdana.

2. Yang Berbahagia
Datuk Haji Muhammad Isa bin Ishak
Yang DiPertua PIBG SMK Seksyen 7
3. Yang Berusaha

Naib Yang DiPertua PIBG SMK Seksyen 7


4. Yang Berusaha
Barisan Penolong Kanan
Datuk-datuk, Datin-datin, Guru-guru, AJK PIBG, Tuan-Tuan dan
Puan-Puan serta sidang hadirin sekalian. Salam sejahtera dan
Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Gemilang
Emas 2017.

08.35am Ucapan Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, lantaran


Alu-Aluan dengan keizinan dan keredhaanNya maka kita
Pengacara Majlis sama-sama dapat berkumpul pada pagi ini .
Membawa bersama satu hajat, sebuah hasrat
iaitu bagi menjayakan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Gemilang Emas 2017

Bagi pihak jawatankuasa majlis,


kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
atas kehadiran Yang Berbahagia Tuan Abdul
Ghaffar bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah
Petaling Perdana.

3
Acara 4
Bacaan Doa Para hadirin yang dihormati ,
08.35am
marilah kita bersama-sama menadah tangan bagi
memohon restu daripada llahi terhadap usaha
murni yang kita lakukan agar diberkati oleh Allah
SWT.
Untuk itu dijemput , Ustaz Fahmi bin Tarmizi
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih


Tamat bacaan kepada Ustaz Fahmi bin Tarmizi atas pimpinan
doa. bacaan doa sebentar tadi. Semoga kita semua
berada dalam limpah kurnia dan rahmatNya.

Para Hadirin sekalian ,


08.40am Acara 5
Sudilah Tuan jalan berlapan
Ucapan
Jalan berelapan di malam kelam
Pengetua
Sudilah Tuan beri ucapan
Kata-kata pemanis kalam
Majlis dengan sukacita menjemput Yang
Berbahagia Datin Sabariah bt Idris
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seksyen 7
Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan .

Ucapan aluan pembuka acara,


Tamat Ucapan
Salam diberi tetamu dimulia,
Pengetua
Ucapan Puan tersirat makna,
Dalam hati tersemat setia.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datin Sabariah binti Idris atas
ucapan sebentar tadi.

Acara 6

09.10am Ucapan Perasmian. Hadirin dan hadirat yang dihormati,

4
Cempaka sari warisan sejati,
Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan perasmi memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormat


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Abdul
Ghaffar bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah
Petaling Perdana untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Gemilang Emas 2017
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

09.20am Tamat Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


Perasmi penghargaan tidak terhingga kepada
Yang Berbahagia Tuan Abdul Ghaffar bin Bakar,
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana atas
ucapan dan kesudian tuan merasmikan majlis
pada pagi ini.

Ucapan Tuan menyerikan majlis,


Warga Dewan tampak ceria,
kesudian Tuan merasmikan majlis,
Bangganya kami tidak terkira.

5
09.30am Acara 7 Para hadirin sekalian,
Penyampaian Khabar sudah bendang ke langit,
Anugerah Khabar sudah rebak ke bumi,
( Fasa 1 ) Isik-isik dah berbunyi,
iyang-iyang dah mengiang,
yang jauh kami jemput dengan destar,
yang dekat kami jemput dengan tepak,
Berhimpun pepat kita di sini,

Majlis dengan hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Faridah Akhma binti Zulkifli untuk menjemput
dan mengiringi Yang Berbahagia
Datuk Haji Mohammad Isa Bin Ishak,
Yang Di Pertua PIBG naik ke pentas untuk
menyampaikan sijil kepada penerima anugerah.
Dipersilakan.

Berikut adalah penerima ….


a) Anugerah Kecemerlangan PAT Tingkatan
1, 2 dan 4.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Haji Mohammad Isa Bin
Ishak atas penyampaian anugerah itu tadi.

10.30am Acara 8 Majlis dengan hormatnya mempersilakan Puan


Penyampaian Sharifah Atashah bt Syed Ahmad, Guru Kanan
Anugerah Mata Pelajaran Sains dan Matematik, menjemput
( Fasa II ) dan mengiringi Yang Berusaha Pn. Nor Haliza bt
Haron, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Seksyen 7 naik ke pentas untuk menyampaikan
sijil kepada penerima anugerah.
Dipersilakan.

Berikut adalah penerima Anugerah Kecemerlangan


PT3 2017

6
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berusaha
Puan Nor Haliza binti Haron
atas penyampaian anugerah itu tadi.
Acara 9 Majlis dengan hormatnya mempersilakan Puan
Penyampaian Rosliza bt Abdul Rahman, Penolong Kanan
Anugerah Petang, SMK Seksyen 7 untuk menjemput dan
( Fasa III ) mengiringi Yang Berbahagia
Datin Hajah Sabariah binti Idris,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seksyen 7
untuk menyampaikan sijil kepada penerima
anugerah.
Dipersilakan.

Berikut adalah Penyampaian …….


a) Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM
2017
b) Anugerah Gemilang Gangsa SPM 2017
c) Anugerah Gemilang Perak SPM 2017
d) Anugerah Gemilang Emas SPM 2017

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Datin Hajah Sabariah binti Idris
atas penyampaian anugerah itu tadi.
11.00am Acara 10 Keluk tumbuh pohon kuini,
Persembahan Kuini dari Negeri Indragiri,
Nasyid Persembahan nasyid menanti kini,
Kumpulan Sautul Istihad tampilkan diri.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi ini diceriakan dengan
persembahan nasyid oleh Kumpulan Sautul
Istihad
Dengan lagu “ HambaMu Allah “
Dipersilakan…

Persembahan akan diteruskan dengan


persembahan nasyid oleh kumpulan Zahra

7
dengan lagu yang bertajuk “Nurul Huda”.
Dipersilakan…

Para hadirin sekalian,


Terbang sekawan si burung merbah,
Batang selasih di Tanjung Dara,
Padamu tuan kami persembah,
Choral Speaking curahan rasa.
Dipersilakan murid 1 Imtiyaz dengan tajuk “Sad I
Ams”

Terima kasih diucapkan kepada semua murid


yang telah terlibat menjayakan persembahan
sebentar tadi.

Acara 11 Majlis dengan hormatnya mempersilakan Datin


Penyampaian Hajah Sabariah binti Idris, Penolong Kanan
Anugerah Pentadbiran, SMK Seksyen 7 untuk menjemput
( Fasa IV ) dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Abdul
Ghaffar bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah
Petaling Perdana untuk menyampaikan sijil
kepada penerima anugerah.
Dipersilakan.

Berikut adalah Penyampaian …….


1. Penyampaian Anugerah Panitia Mencapai
100% selama 3 tahun berturut-turut.
2. Penyampaian Anugerah Panitia Terbaik
SPM 2017
3. Penyampaian Anugerah Murid Terbaik
Gemilang Emas SPM 2017 (Sastera
Ikhtisas)
4. Penyampaian Anugerah Murid Terbaik
Gemilang Emas SPM 2017 (Sains Tulen)
5. Penyampaian Anugerah Tokoh NILAM
2017.
6. Penyampaian Anugerah Tokoh Murid 2017
(Baca Biodata Penerima Anugerah)

8
11.45am Acara 12
Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
Cenderamata yang tidak terhingga, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berbahagia
Datin Hajah Sabariah binti Idris,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seksyen 7
untuk menyampaikan cenderamata tanda
kenang-kenangan dari seluruh warga
SMK Seksyen 7 kepada tetamu Kehormat
Yang Berbahagia Tuan Abdul Ghaffar bin Bakar,
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Tuan Abdul Ghaffar bin Bakar,
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana
kerana sudi melapangkan waktu untuk hadir pada
hari ini untuk menyampaikan anugerah kepada
penerima hadiah.

Para hadirin serta penerima anugerah diminta


berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
sekolah tanpa iringan muzik. Dipersilakan..

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Hadirin yang dihormati, Majlis dengan hormatnya


mempersilakan para VIP ke Bilik Jamuan untuk
menikmati kudapan yang disediakan.
Dipersilakan.

9
Tiada kata secantik bahasa
Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Putih cahaya si kunang-kunang


terbang hinggap di dahan kayu
di antara sirih dengan pinang
di jari sepuluh sembah berlalu

Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan majlis yang penuh

bermakna ini.

Sekian, sehingga kita bertemu lagi

salam bahagia / salam hormat dari kami.

Majlis diakhiri dengan lafaz yang mulia

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum


Warahmatullahiwabaraktuh.

10
Acara 14 Bila memandang ke muka laut,
12.00pm Nampak sampan mudik ke hulu;
Kudapan Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

11

Anda mungkin juga menyukai