Anda di halaman 1dari 14

TEKS MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH DAERAH KUBANG PASU

6 NOVEMBER 2016
DEWAN SERBAGUNA ANAK BUKIT

SIDANG 1
PENGACARA MAJLIS:
1. LELE SURIANA
2. SITI ZUBAIDAH

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

PENGUMUMAN Assalamualaikum dan Salam Hormat *Sebelum


VIP tiba
Mohon Perhatian ,

Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh


itu para hadirin diminta mengambil tempat
duduk dan memenuhi ruang hadapan.

Saya akan umumkan etika yang harus dipatuhi


bagi kelancaran majlis.

 Sila pastikan telefon bimbit anda berada


dalam mod senyap atau tidak diaktifkan
sepanjang majlis berlangsung.

 Para hadirin mohon berdiri sebaik sahaja


diumumkan ketibaan tetamu kehormat.

 Berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.

 Para waris tidak dibenarkan untuk


datang ke hadapan bagi tujuan
mengambil gambar sepanjang majlis
berlangsung kecuali jurugambar khas
sahaja.

 Hadirin diminta agar terus berada di


dalam dewan sehingga majlis selesai.

1
Pengumuman
 Diminta semua guru dan murid yang
terlibat dengan upacara
pembukaan,berada di posisi masing-
masing, iaitu di kawasan pintu pagar C.

Mengumumkan, perarakan masuk penerima-


penerima hadiah dan anugerah ke dewan.

………..Tunggu isyarat dari penyelaras upacara.


Pasukan koir bersedia di atas pentas
ATURCARA BUTIRAN CATATAN

KETIBAAN VIP
DAN TETAMU Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha ,
JEMPUTAN
Ar. Azman bin Md.Hashim ,
_______________________________________
diringi oleh Puan Salma binti Ismail Guru Besar
SK Siputeh bersama tetamu jemputan masuk
ke dewan.

*Lagu
NYANYIAN Negaraku
LAGU LAGU NEGARAKU dimainkan
‘NEGARAKU’ sebelum vip
PENYERAHAN BUKU PROGRAM
duduk.

SALAM Indah Malam Kerana Bintang


DAN UCAPAN Terang Purnama Kerana Mentari
ALUAN
Selamat Datang Kami Ucapkan
PENGACARA
MAJLIS Ke Majlis Kecemerlangan Sambutan Dirai

Bismillahirrohmanirrahim…

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM SEJAHTERA , SALAM 1 MALAYSIA.

Yang Dihormati,
Ar. Azman bin Md.Hashim,

2
Yang Berusaha,
Puan Salma binti Ismail,
Guru Besar SK Siputeh

Yang Berusaha,
Puan Che Zeleha bt Ahmad,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Siputeh.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

Tuan Haji Zamri bin Ahmad,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Rusita binti Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang dihormati,
Tuan Hj Abu Hassan bin Morad/Encik Rusni bin
Ali
(Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru
Sekolah Kebangsaan Siputeh/Naib Yang
Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru Sekolah
Kebangsaan Siputeh)

Barisan guru besar-guru besar dan pengetua-


pengetua, sekolah-sekolah dalam Pusat
Kegiatan Guru Kodiang, AJK PIBG, tuan-tuan
imam, para ibu bapa dan penjaga ,guru-guru
dan seterusnya murid-murid penerima
anugerah yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS HARI


ANUGERAH KECEMERLANGAN SIPUTEH 2017.

Limpahan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan


izin dan rahmatNya dapat sama -sama kita
bertemu dan berkumpul dalam dewan yang
indah ini bagi meraikan Majlis Kecemerlangan
Siputeh 2017.

3
Pihak Majlis merakamkan setinggi –tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua
hadirin terutama kepada Yang dihormati,
Ar.Azman bin Md.Hashim kerana sudi
menghadirkan diri meluangkan masa untuk
sama-sama menjayakan majlis ini.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

Sesungguhnya majlis Anugerah Kecemerlangan


pada hari ini merupakan upacara kemuncak
yang pasti akan menjadi detik bersejarah
kepada semua murid dan inilah saat paling
gemilang untuk kita memberi apresiasi atas
kejayaan mereka di dalam bidang akademik
dan kokurikulum.

Diharapkan dengan penghargaan yang


diberikan akan mencetus serta menyuntikkan
lagi semangat murid-murid sekolah ini untuk
lebih berjaya di masa hadapan.

DOA Hadirin yang dimuliakan..


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah
sama -sama kita menadah tangan memohon
limpah rahmat dan barakah daripada yang
maha Esa.
Justeru, majlis menjemput Ustaz Hanif bin
Yaacob untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan

- BACAAN DOA -
4
Amin..amin Ya Rabbal ‘Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima atas bacaan
doa itu tadi.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

UCAPAN Adat Bahasa Menyampaikan Pesan


ALUAN Adat Upacara Menyampaikan Ucapan
GURU BESAR SK
SIPUTEH PUAN
SALMA BINTI
ISMAIL Hadirin yang dihormati sekalian,
Agenda majlis pada hari ini diteruskan dengan
Ucapan Aluan yang akan disampaikan oleh
Yang Berusaha ,Puan Salma binti Ismail, Guru
Besar SK Siputeh.

Majlis dengan sukacitanya


mempersilakan.

- UCAPAN ALUAN GB -

 Majlis mengucapkan terima kasih atas


ucapan yang disampaikan.

Daun Semulur di Pekan Sari,


UCAPAN Batang Jerami Rebah Ke bumi,
PERASMIAN Madah dihulur Sembah diberi,
OLEH
Kata Perasmi Hajatnya Kami.
AR. AZMAN BIN
MD HASHIM
Bertonggak adat, yang datang disambut ,
yang pergi diiringi” ..maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Dihormati,
Ar. Azman bin Md.Hashim
______________________________________
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
SK Siputeh 2017.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN


5
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

- UCAPAN PERASMI -

 Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan terima kasih
atas ucapan dan perasmian itu tadi.

PERSEMBAHAN
1 Dari Kodiang Ke Negeri Perlis,
TARIAN
Singgah Bersantai di tepi Jeti,
Persembahan Menyusul Memeriahkan Majlis,
Semoga Hadirin Terhibur Hati.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan persembahan Tarian
oleh 12 orang Murid Pra Sekolah. Para penari
kecil molek ini akan mempersembahkan tarian
Lagu: Bole churiya.

Sama-sama kita saksikan.

-TARIAN BOLYWOOD –

Begitulah tadi persembahan tarian yang


sungguh asyik dan menghiburkan .

Persembahan tarian itu tadi dibimbing Oleh


Puan Nur Shafika Nabila bt Azmi dan juga
Puan Anes.

Terima kasih diucapkan.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN


6
PENYAMPAIAN Berkebaya Batik Berwarna Merah,
SIJIL Diserikan Dengan Permata Berlian,
SESI 1
Tibalah Masa Penyampaian Sijil dan Hadiah,
Kepada Penerima Tanda Pengiktirafan

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini tibalah masa penyempurnaan graduasi


iaitu Penyampaian Sijil kepada murid-murid
Tahap 1.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian sijil,


Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha , Puan Salma binti Ismail, Guru Besar
SK Siputeh untuk menjemput dan mengiringi
Yang Dihormati, Ar.Azman bin Md Hashim
____________________________________
untuk menyampaikan sijil .

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

PENERIMA SIJIL TAHAP 1

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Yang Dihormati, Ar.Azman bin
Md Hashim
_________________________________
atas kesudian menyampaikan Sijil-sijil
itu tadi.

7
PERSEMBAHAN Sementara itu, kami sajikan anda dengan
2 Persembahan Alunan Muzik bertajuk Nenek
nenek Si Bongkok Tiga dan Aci Aci Buka Pintu.

Persembahan Alunan Muzik ini akan


dipersembahkan oleh 15 orang murid Tahun 5
dibawah bimbingan Puan Lele Suriani dan Puan
Juhanawati.

Dipersilakan.

-ALUNAN MUZIK-

 Terima kasih diucapkan kepada murid-


murid TAHUN 5 atas persembahan yang
cukup menghiburkan sebentar tadi.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

Hadirin yang dihormati sekalian,


PENYAMPAIAN
SIJIL
TAHAP 2 Kita teruskan lagi majlis dengan Penyampaian
Sijil bagi Tahap 2.

Bagi menyempurnakannya, Majlis sekali lagi


dengan hormatnya , Yang Dihormati ,
Ar.Azman bin Md.Hahim,
_______________________________________
dengan diiringi oleh Yang Berusaha , Puan
Salma binti Ismail naik ke pentas untuk
menyampaikan sijil.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan…

8
PENERIMA SIJIL TAHAP 2

Majlis diteruskan lagi dengan


 PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH-
ANUGERAH KHAS
 PENYAMPAIAN HADIAH TOKOH MURID

Majlis diteruskan dengan penyampaian


Anugerah Tokoh Murid 2017.

(Perarakan masuk Tokoh murid,seterusnya


pengacara membacakan biodata murid
berketerampilan

Majlis mempersilakan ibu bapa kesayangan


_______________________________________
naik ke pentas .

Majlis mempersilakan
_______________________________________
menerima anugerah dan hadiah.

 PENYAMPAIAN GURU KREATIF


 PENYAMPAIAN CENDERAHATI GURU
BERSARA

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

 Pihak majlis merakamkan setinggi –tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Dihormati, Ar, Azman bin Md
Hashim atas kesudian menyampaikan
sijil dan juga hadiah-hadiah itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan dan terima


kasih , dipersilakan Yang Berusaha,Puan
Salma binti Ismail untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Dihormati Ar,
Azman bin Md Hashim

9
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

 Majlis merakamkan ucapan terima


kasih.

NYANYIAN NYANYIAN LAGU SEKOLAH


“LAGU
SEKOLAH”

ACARA Majlis diteruskan lagi dengan acara perasmian


PERASMIAN Tapak Batu Bersurat SKSP oleh Yang Dihormati,
Ar. Azman bin Md. Hashim diiringi Puan Salma
binti Ismail Guru Besar SK Siputeh.

Dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Ar. Azman bin Md Hashim atas
kesudian beliau merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SK Siputeh bagi tahun 2017.

SESI Majlis menjemput dan mempersilakan


FOTOGRAFI Ar.Azman bin Md Hashim untuk bergambar
diiringi Puan Salma binti Ismail di dewan utama.

ATURCARA BUTIRAN CATATAN

Indah Pekerti Indah Budi


PENUTUP
Bersulam Adat Melayu Jati
Majlis Anugerah Kecemerlangan berakhir di
sini
Dipanjangkan umur bertaut hati bersua
kembali

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian…


Mengakhiri sesi fotografi sebentar tadi maka
Majlis Anugerah Kecemerlangan SK SIPUTEH
bagi tahun 2017 meleabuhkan tirai.

10
Majlis ingin mengambil kesempatan
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis
ini.

Sekalung tahniah jua kepada semua penerima


anugerah.

Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan dan


keterlanjuran kata. Sesungguhnya,yang baik itu
dari Allah jua, manakala segala kekurangan
adalah dari kelemahan kami sendiri..Semoga
dipertemukan lagi di tahun hadapan.

Dengan itu saya sudahi majlis dengan lafaz yang


mulia..
Wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum w.b.t

*** MAJLIS BERSURAI ***

Hadirin sekalian,

Majlis mempersilakan Yang berusaha Puan


Salma binti Ismail mengiringi dan
mempersilakan Yang dihormati, Ar.Azman bin
Md.Hashim serta tetamu-tetamu VIP ke
kafetaria Mulia Waja untuk menikmati jamuan
yang telah disediakan.

11
12
BIODATA UMIE AZHANY

Awal pagi 21 April 2003 jam 9.40 pagi lahirlah seorang bayi
perempuan kepada Puan Fauziyah dan Encik Sukry. Anak yang ditunggu-
tunggu oleh pasangan ini setelah 7 tahun kelahiran anak ke empat mereka
diberikan nama yang membawa maksud sebaik-baik pemimpin.
Membesarlah anak bongsu ini di Kampung Baru, Jalan Guar Napai bersama
keluarganya dengan kehidupannya yang dilimpahi kasih sayang.

Mendapat pendidikan awal daripada datuknya Ustaz Haji Mat Akhir


bin Haji Chin dalam ilmu Al Quran dan tajwid. Ketekunannya mengaji Al
Quran membolehkan beliau menguasai pembacaan Al Quran dengan betul
tajwidnya seawal usia 7 tahun.

Memasuki Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Siputeh pada tahun 2010,


ibu dan ayah memastikan keperluan pembelajarannya mencukupi. Juga
memastikan kerja rumah diselesaikan dengan sempurna. Kelaziman ini
membentuk budaya pada dirinya untuk menyiapkan kerja rumah sebaik
pulang dari sekolah. Pencapaian akademiknya baik. Sentiasa mendahului
rakan-rakan saban tahun.

Penguasaannya tidak hanya pada akademik semata-mata. Beliau


turut aktif dalam aktiviti ko kurikulum. Mewakili sekolah dalam Tilawah Al
Quran, Action Song, Tulisan Jawi, Nasyid dan Kalam Jamaie. Beliau juga
memegang jawatan Pengawas Sekolah, Naib Pengerusi Bola Tampar,
Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia dan Naib Pengerusi Puteri Islam.
Pada tahun ini (2015) beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Siputeh. Sebagai murid yang cemerlang di dalam
akademik, beliau memperoleh tempat pertama dalam aliran Tahun 6,
memperoleh matapelajaran terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, matematik, dan sains. Beliau juga
cemerlang dalam peperiksaan UPKK, dengan memperoleh 8A. Kesungguhan

13
dan kerajinan beliau beliau telah membawa kejayaan yang membanggakan
kepada dirinya dan pihak sekolah apabila beliau menerima anugerah
Kecemerlangan KAFA Peringkat Kebangsaan 2014 pada 25 Ogos yang lalu.

Pencapaian terbaik beliau dalam bidang ko kurikulum ialah menjadi


Johan Tilawah Al Quran (P) peringkat Daerah Kubang Pasu. Pada peringkat
komuniti, beliau juga menjadi Johan Tilawah Al Quran Kariah Masjid Melele.

Atas sumbangan dan kejayaan yang membanggakan ini, pihak sekolah


dengan sukacitanya menganugerahkan ‘TOKOH MURID’ kepada UMIE
AZHANY BINTI SUKRY.

14

Anda mungkin juga menyukai