Anda di halaman 1dari 9

DRAF TEKS

PENGACARA MAJLIS

JAMUAN AKHIR
TAHUN
&
MAJLIS SANJUNGAN
BUDI
SK ISMAIL SATU, 2021
08 DISEMBER 2021 ( RABU)
MAHARANI BALLROOM ,HOTEL
CLASSIC MUAR.

anjuran;
BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAFF
SK ISMAIL SATU
(BAKSIS)

1
ATURCARA/ MASA AKTIVITI CATATAN
Bersedia untuk memulakan majlis. EN SATHISH DAN
2.00 PETANG PUAN MASNIZA
KETIBAAN TETAMU Diminta semua hadirin mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

2.10 PETANG Indah berbalam si awan petang, ENCIK SATHISH


Berarak di celah pepohon ara,
KATA ALU-ALUAN Pemanis kalam selamat datang,
PENGACARA MAJLIS Ucapan bermadah pembuka bicara.

Bismilllah........................ PUAN MASNIZA


Assalamualaikum .......................salam
KATA ALU-ALUAN sejahtera.
PENGACARA MAJLIS
Yang Berusaha Cikgu Md Isa Bin A Rahim,
Guru Besar Sk Ismail Satu,

Yang Dihormati Cikgu Norhaida Binti Sulaiman


Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staff
(BAKSIS) ,

Yang Diraikan Cikgu Hamizan Bin Haji Ahad,


Mantan Guru Besar SK Ismail Satu,

Yang diraikan, Cikgu Afandi bin Jafar, Ustazah


Maisarah Binti Mohmod dan Cik Kairumnisa
Binti Mammu.

Yang dihormati barisan Penolong Kanan Sk


Ismail Satu,

Yang dihormati Puan Monisa Binti Atan, YDP


PIBG Sk Ismail Satu,

Barisan AJK Kerja majlis pada petang ini, guru-


guru, para jemputan dan hadirin sekalian.

2
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia, taufik dan keizinannya,
dapat sama-sama kita berkumpul pada petang
ini untuk menjayakan Majlis Jamuan Akhir
Tahun dan Majlis Sanjungan Budi BAKSIS pada
tahun ini.

Bagi pihak majlis saya mengalu-alukan


kehadiran  tetamu dan jemputan yang diraikan.

HADIRIN SEKALIAN, ENCIK SATHISH


2.15 PETANG
BACAAN DOA DAN JAMUAN Untuk memberkati majlis kita pada petang ini, majlis
MAKAN akan dimulakan dengan bacaan doa. Selepas itu,
majlis menjemput semua hadirin untuk menikmati
jamuan yang telah disedikan.

Dengan itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohamad


Fakhrurazi Bin Mahmud untuk mengetuai bacaan
doa.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih


atas bacaan doa sebentar tadi. Dijemput semua
tetamu dan hadirin untuk menikmati juadah yang
telah disediakan.

Jamuan pada petang ini diserikan lagi dengan


persembahan selingan artis jemputan khas untuk
menghiburkan kita iaitu:
1. Cikgu Nazarudin
2. Puan Emi
Majlis mempersilakan.

2.45 PETANG Sidang hadirin sekalian, PUAN MASNIZA

3
Aturcara majlis pada petang ini diteruskan lagi
MAJLIS UCAPAN dengan majlis ucapan
- Ucapan alu-aluan
Pengerusi BAKSIS Majlis ucapan akan dimulakan dengan ucapan alu-
aluan oleh Cikgu Norhaida binti Sulaiman , pengerusi
BAKSIS. Dengan segala hormatnya dipersilakan
puan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada puan Pengerusi BAKSIS kerana sudi
menyampaikan ucapan alu-aluan.

- Ucapan Guru Besar SIS Majlis ucapan diteruskan lagi dengan ucapan Guru ENCIK SATHUSH
Besar SIS. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Cikgu Md Isa Bin A Rahim untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada tuan Guru besar atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Tayangan video 1 Sidang hadirin sekalian, PUAN MASNIZA

Kita berikan tumpuan kepada layar lebar di sebelah


kiri dewan, untuk Tayangan Video Khas Guru dan
staf yang bertukar sepanjang tahun ini. Sama-sama
kita saksikan tayangan khas tersebut.

Selepas tayangan video ini, saya menjemput dan


mempersilakan Cikgu Afandi Bin Jafar, untuk
menyampaikan ucapan, mewakili guru dan staff
bertukar.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada wakil guru dan staf bertukar kerana sudi
menyampaikan ucapan

4
TAYANGAN VIDEO 2 CIKGU HAMIZAN MANTAN BOS KAMI, ENCIK SATHISH
ORANGNYA TAMPAN TERAMPIL SELALU,
JASAMU TUAN TERPAHAT DI HATI,
BUDIMU TUAN DIKENANG SELALU.

DATANG BERDUA BERSAMA PASANGAN,


TAMPAK MUDA DI SAMPING ISTERI,
UCAPAN BERMAKNA CIKGU HAMIZAN,
SEBAGAI TANDA KAMI MENGHARGAI.

Warga dewan sekalian, kini tiba acara kemuncak kita


pada petang ini iaitu ucapan daripada Cikgu
Hamizan Bin Haji Ahad, mantan Guru Besar SIS.

Sebelum saya mempersilakan beliau untuk berucap,


marilah sama-sama kita saksikan tayangan video
khas Persaraan beliau yang telah disediakan oleh
Cikgu Saiful Afkar Bin ismail.

Selesai tayangan video, saya mempersilakan Cikgu


Norhaida binti Sulaiman untuk menjemput dan
Mengirigi beliau untuk menyampaikan ucapan khas.

Kita alihkan sekali lagi tumpuan ke layar di sebelah


kiri pentas untuk tayangan video khas Persaraan
mantan Guru Besar kita.

Terima kasih Cikgu Hamizan atas ucapan yang


bermakna .

Acara diteruskan lagi dengan gimik pelancaran


Buletin SIS dan upacara pemotongan kek
persaraan .
.Untuk menyempurnakan acara majliskan
mempersilakan, Pengerusi Baksis untuk menjemput
semua pentadbir SiS dan YDP PIbg untuk mengiring
Cikgu Hamizan naik ke pentas utama.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah begitulah meriahnya gimikn kita pada


petang ini, sebagai tanda kasih saying dan
penghargaan kepada Mantan Guru Besar kita.
Semoga Cikgu Hamizan terus ceria sebagai YB.

5
PUAN MASNIZA
PENYAMPAIAIN HADIAH Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian
3.50 petang hadiah kepada mantan Guru Besar.

Penyampaian Hadiah dimulakan dengan


penyampain cenderahati daripada pihak sekolah.

Untuk itu, Majlis memperilakan Cikgu Md Isa bin A


Rahim untuk menyamapaikan hadiah.

Seterusnya hadiah daripada barisan pentadbir .

1. Dipersilakan Cikgu Fadil bin Jaafar untuk


2. Cikgu hajah rozila
3. Cikgu Mohd fais
4. Cikgu fairus

Hadiah daripada panitia dan kelas


1.
2.
3.

Hadiah daripada guru-guru


1. Guru aliran perdana – Puan Muslin
2. Cikgu Arfin
3. Cikgu
4. Cikgu

Catatan:

6
PENYAMPAIAN HADIAH Acara seterusnya adalah acara penyampaian ENCIK SATHISH
MANTAN KEPADA WARGA cenderahati mantan Guru Besar kepada semua
SIS warga SIS. Diminta semua hadirin bersedia untuk
naik ke pentas menerima cenderahati mengikut
nombor meja masing-masing,.

Kita mulakan dengan mempersilakan Puan Monisa


Binti Atan , untuk menerima cenderahati daripada
Cikgu hamizan,

Diikuti oleh tetamu meja VIP 1

- Meja VIP 2
- Meja 1 hingga 7

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih


kepada Cikgu hamizan Bin Haji Ahad kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada warga SIS. Terima
kasih daun keladi Cikgu.

PENYAMPAIAN HADIAH Acara penyampaian cenderahati diteruskan kepada PUAN MASNIZA


KEPADA YANG DIRAIKAN guru dan satf SIS yang bertukar ke sekolah lain.
Cenderahati juga akan diberikan kepada guru ganti
yang pernah berkhidmat di sekolah kita.

Majlis menjemput tuan Guru Besar untuk


menyampaikan cenderahati. Dipersilakan.

-Dipersilakan Cikgu Afaandi Bin Jaafar.

-Dipersilakan Cik kairumnisa Binti Mammu

-Dipersilakan Cik Maisarah Binti Mahmod.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih


kepada Guru Besar kerana sudi menyampaikan
hadiah.

Seterurusnya dipersilakan Cikgu Mohamed Fairus


Bin Mohamed Ehsan PK PPKI untuk menyampaikan
cenderahati kepada Cik Maisarah Binti Mohmod,
Guru ganti Pendidikan Islam.

7
PENYAMPAIAN HADIAH Seterusnya adalah penyampaian khas Hadiah ENCIK SATHISH
KHAS KEPADA AHLI BAKSIS penghargaan kepada ahli BAKSIS yang paling aktif
BERJASA TAHUN 2020/2021. sepanjang tahun 2020/2021. Penerima dipilih oleh
Pengerusi BAKSIS .Kriteria utama pemilihan adalah
penglibatan dan sumbangan serta khidmat sukarela
ahli dalam aktiviti BAKSIS dan sekolah sepanjang
tahun 2020 dan 2021.Hadiah penerima di taja oleh
Pengerusi BAKSIS.

Dengan itu, Majlis mempersilakan Cikgu Norhaida


Binti Sulaiman untuk menyampaian hadiah khas
tersebut.

Penerima akan menerima wang tunai.

Penerima pertama hadiah khas BAKSIS adalah :

1.

Penerima ke 2 hadiah Khas baksis adalah:

2.

Majlis mengucapkan tahniah kepada

--------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------

Semoga menjadi penyuntik semangat kepada kita


semua.

8
ACARA TUKAR HADIAH Kita telah berada di kemuncak Majlis .Iaitu acara PUAN MASNIZA
tukar hadiah .Semua tetamu yang hadir pada petang
ini ada membawa hadiah untuk diberikan kepada
sahabat- sahabat lain.
Jumlah hadiah ada
Untuk menyempurnakan acara saya mempersilakan berapa. Rujuk pada
Pengerusi BAKSIS membawa balang nombor ke Puan Norhafizah.
MEJA VIP 1 . Dipersilakan GB mencabut 10
nombor.

- Gpk 1 10 nombor
- Gpk hem 10 nombor
- Gpk koko 5 nombor
- Baki gpk pk

CABUTAN BERTUAH Cabut nombor bermula dengan: ENCIK SATHISH

MANTAN GB
CIKGU AFANDI Jumlah hadiah ada
CIK KAIRUMNISA berapa . Rujuk pada
CIK MAISARAH Puan Marina.
GPK 1
GPK HEM
GPK KOKO
GPK PK
Pengerusi BAKSIS
GRAND- Guru besar.

PUAN MASNIZA
DENGAN BERAKHIRNYA ACARA CABUTAN
4.45 petang BERTUAN SEBENTAR TADI , MAKA TAMATLAH
MAJLIS KITA PADA PETANG INI.

BAGI PIHAK BAKSIS, SAYA INGIN MERAKAMKAN


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA
SEMUA WARGA SIS YANG TERLIBAT DALAM
MEMASTIKAN KELANGSUNGAN JAMUAN AKHIR
TAHUN DAN MAJLIS SANJUNGAN BUDI TAHUN
INI.
AKHIR KATA:

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,


BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
TAHUN HADAPAN KITA JUMPA LAGI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai