Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

MASA ACARA TEKS


2.00 petang KETIBAAN VVIP Mengumumkan ketibaan

(5 minit) Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Serta para tetamu kehormat masuk ke dewan.

NYANYIAN LAGU
BANGSA JOHOR & Para tetamu kehormat dan hadirin dipohon untuk terus berdiri bagi
LAGU NEGARAKU nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku.

SELEPAS Majlis mengucapkan terima kasih. Para tetamu kehormat dan hadirin
NYANYIAN LAGU dipersilakan duduk.

2.05 petang SALUTASI Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

(5 minit)
Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Yang Berusaha Cikgu Mohamed Salehin bin Mohamed Yassin


Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Yang Dihormati Encik Mohamad Hairul bin Jemiran


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Yang Dihormati Tuan Haji Jaliluddin bin Ismail


Pengurus Felda Pemanis 1

Yang Dihormati Tuan Haji Sabtu bin Ibrahim


Pengurus Koperasi Felda Pemanis 1 Berhad

Yang Dihormati Dr. Abdullah Zawawi bin Mohd Hairani


Pengetua SMK LKTP Pemanis

Yang Dihormati Cg. Othman @ Fazri bin Yusoff


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Cikgu Yusri bin Yaakob


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Cikgu Mohd Fakhrul Anwar bin Adnan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati barisan tetamu jemputan


TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa PIBG PIBK


Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1,

barisan guru-guru, ibu bapa, tuan-tuan, puan-puan, serta hadirin hadirat


sekalian.

ALU-ALUAN Melayang serindit di atas permatang,


PENGACARA
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Dari Dewan Citra PEMASA, majlis berbesar hati mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-39 SK LKTP Pemanis 1 bagi Tahun 2022.

2.10 petang BACAAN DOA Hadirin yang dikasihi,


Majlis yang cukup bermakna pada petang ini dimulakan dengan bacaan
(5 minit)
doa yang akan dipimpin oleh
Yang Dihormati En. Mohd Radzi bin Mansor.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(setelah selesai bacaan doa)


Terima kasih diucapkan kepada
Yang Dihormati En. Mohd Radzi bin Mansor atas kesudian
membacakan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi,
majlis kita akan diberkati dan sentiasa mendapat inayah serta petunjuk
dari Allah SWT.

2.15 petang UCAPAN Hadirin yang dihormati,


ALU-ALUAN
(15 minit) GURU BESAR
Majlis diteruskan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh

Yang Berusaha Cikgu Mohamed Salehin bin Mohamed Yassin


Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(setelah selesai ucapan)


Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

2.30 petang UCAPAN Hadirin sekalian,


ALU-ALUAN
(15 minit) YDP PIBG Majlis beranjak maju dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis dengan
segala sukacitanya menjemput

Yang Dihormati Encik Mohamad Hairul bin Jemiran


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan LKTP
Pemanis 1.

Dipersilakan.

(setelah selesai ucapan)


Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan itu tadi.

2.45 petang UCAPAN Pergi ke kota beli selasih,


PERASMI Sayang si dara beli hawla,
(15 minit) Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

bagi menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya


dipersilakan.

(setelah selesai ucapan)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian yang
telah disampaikan sebentar tadi.
3.00 petang PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
PENGHARGAAN
(5 minit)
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian penghargaan kepada insan.

Bagi menyempurnakan acara, majlis sekali lagi berbesar hati menjemput


dan mempersilakan

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Diiringi oleh
Yang Berusaha Cikgu Mohamed Salehin bin Mohamed Yassin
Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

dan
Yang Dihormati Encik Mohamad Hairul bin Jemiran
Yang Dipertua PIBG SK LKTP Pemanis 1

Untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan

Hadirin sekalian,

Dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada :


1. Tuan Haji Sabtu bin Ibrahim, Pengurus Koperasi Felda Pemanis 1,
dipersilakan
2. Tuan Haji Jaliluddin bin Ismail, Pengurus Felda Pemanis 1
dipersilakan

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada 2 orang murid yang telah


mencapai kejayaan cemerlang dalam mengharumkan nama PEMASA.

Dipersilakan :

1. Adik Muhammad Adam Danish bin Mohd Azuhan


- Anugerah Pembaca NILAM Terbanyak 2021
- Anugerah Pembaca NILAM Terbanyak Februari sehingga Jun
2022

(Adik Adam menerima sebuah hadiah berupa sebuah telefon


bimbit sumbangan MSUI Trading)

2. Adik Nur Aini Madehah binti Mohd A ssri


- Anugerah Tokoh NILAM 2022 Peringkat SK LKTP Pemanis 1
- Tempat ke-6 Anugerah Tokoh NILAM Daerah Segamat 2022
Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris (SRBI)

(Adik Aini Madehah menerima sebuah hadiah berupa sebuah


headphone sumbangan pihak sekolah)

(setelah selesai penyampaian hadiah dan sijil)


TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022
CABUTAN Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
BERTUAH

Bagi menambah seri dan ceria majlis kita pada petang ini.

Kita akan dengan sesi 3 cabutan nombor bertuah. Untuk itu, majlis
berbesar hati menjemput

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Bagi mencabut 3 nombor bertuah pada petang ini. Dipersilakan

(selesai penyampaian hadiah kepada 3 penerima bertuah)


TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

3.15 petang PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


CENDERAMATA

Sebagai tanda penghargaan kehadiran perasmi kita pada petang ini,


majlis dengan berbesar hati menjemput

Yang Berusaha Cikgu Mohamed Salehin bin Mohamed Yassin


Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1

Bagi menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Dipersilakan.

(setelah selesai penyampaian cenderamata)

Majlis mengucapkan terima kasih.

3.18 petang VVIP Hadirin yang dikasihi,


MENINGGALKAN
MAJLIS
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka,
berakhirlah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39 pada
petang ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-39 (PEMASA) 2022

Atas kesudian merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39


SK LKTP Pemanis 1 pada petang ini.

Saya pengacara anda pada petang ini, memohon ribuan ampun dan
maaf atas segala kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis
pada petang ini.

Mengumumkan perarakan keluar,

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abdul Manap


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Serta para tetamu jemputan untuk meninggalkan dewan dan menikmati


jamuan yang telah disediakan.
(mainkan muzik selawat)

MAKLUMAN

Anda mungkin juga menyukai