Anda di halaman 1dari 7

Masa CUE Teks Catatan

2.45 petang – Ketibaan barisan Mengumumkan ketibaan Yang di


3.00 petang pentadbir pertua PIBG Dan barisan pentadbir
SMK Majidi Baru 2 masuk ke dalam
dewan.

Bissmilahirrahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam


sejahtera.

Yang dihormati,
Encik Misnan Bin Ahmad
Yang dipertua PIBG SMK Majidi Baru
2

Yang dihormati,
Tuan Haji Mahpuz bin Teh
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Khaliza binti Arbaa,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Azizan binti Abdul Rahman,


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Pengawas

Guru-guru kaunseling

Dan rakan rakan Pengawas sekalian

Selamat Datang ke: Majlis Jamuan


Akhir Tahun bagi Pengawas SMK
Majidi Baru 2 tahun 2024.
3.00 petang – Bacaan doa Hadirin dan hadirat sekalian,
4.00 petang
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis Kita pada


hari ini, pihak majlis menjemput Dan
mempersilakan Saudara Muhammad
Iman Ikhwan untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin, Amin ya Rabba ‘alamin.


Semoga dengan bacaan sebentar
tadi, memberikan kelancaran majlis
kita pada hari ini.
Ucapan Ketua Pengawas Para hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis menjemput


Saudara Nurnajmi Illyasa bin
Mohamad Najib selaku Ketua
Pengawas SMK Majidi Baru 2 untuk
memberikan ucapan alu aluan.
Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan


terima kasih atas ucapan itu tadi
Ucapan Wakil guru badan Majlis diteruskan lagi dengan ucapan
pengawas wakil guru pengawas, Encik
Muhammad Syakir bin Sabarudin.
Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik


Muhammad Syakir bin Sabarudin
atas ucapan itu tadi.
Ucapan Yang di pertua Seterusnya, majlis dengan segala
PIBG hormat dan suka citanya
mempersilakan Yang Dihormati Encik
Misnan bin Ahmad, Yang di pertua
PIBG SMK Majidi Baru 2 untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
-

Majlis setulus hati merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada yang
berhormat Encik Misnan bin Ahmad
atas ucapan tu tadi.

Tayangan video Hadirin sekalian,

Sebelum kita meneruskan majlis,mari


sama sama menonton video yang
akan ditayangkan berkenaan dengan
aktiviti perbadanan pengawas
sepanjang tahun 2023/2024.
Ucapan Puan Ammani Hadirin Dan hadirat yang dirahmati
a/p Jeya Pirathaba sekalian,

Gunung bintang lekuk ditengah,


Sayang penyengat kubunya tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi kusanjung kuingat juga.

Hadirin Dan hadirat yang dirahmati


Allah sekalian,

Tanpa membuang masa marilah kita


bersama sama menghayati ucapan
terakhir Yang meniti di bibir Yang
dikasihi Puan Ammani a/p Jeya
Pirathaba. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima


Kasih atas ucapan itu tadi. Semoga
segala nasihat Dan tutur kata Puan
Ammani tersemat di jiwa pemimpin
pemimpin SMK Majidi Baru 2.
Penyampaian Hadiah Diharapkan Puan Ammani dapat
Puan Ammani a/p Jeya kekal di atas pentas untuk menerima
Pirathaba cenderahati daripada wakil Murid
dan guru.
Majlis menjemput Saudara Nurnajmi
Illyasa bin Mohamad Najib sebagai
wakil Pengawas untuk
menyampaikan cenderahati.

Seterusnya, dijemput Puan Nur


Emarina Binti Othman untuk
menyampaikan hadiah wakil guru
guru Pengawas SMK Majidi Baru 2
Penyampaian sijil Seterusnya, majlis menjemput Yang
penghargaan Dihormati Puan Khaliza binti Arbaa
untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada wakil Pengawas

Dijemput;

1)Nurnajmi Illyasa bin Mohamad


Najib wakil Pengawas tingkatan 5

2) Muhammad Shahrul Rizal bin


Abdul Samad wakil tingkatan 4

3) Nur Hazriq bin Alminizar wakil


tingkatan 3

4) Muhammad Rayyan bin Mohamad


Rasyid wakil tingkatan 2

Akhir sekali,
5) Debby Alyeana Francesa wakil
tingkatan 1

Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Yang Dikasihi Puan Khaliza
binti Arbaa atas penyampaian beliau
sebentar tadi.
Penyampaian sijil Berikutnya, majlis mempersilakan
anugerah Yang Berbahagia Encik Misnan bin
Ahmad untuk menyampaikan
anugerah kepada pengawas
mengikut kategori.

1)Anugerah ikon Pengawas lelaki


-Nurnajmi Ilyasa bin Mohamad Najib
2) Anugerah ikon Pengawas
perempuan
-Batrisya Shaffiya Binti Noor Hisham

3) Anugerah Pengawas
berkerampilan
-Mohamad Zainul Abidi bin Mohd
zahidi

4) Anugerah Pengawas kehadiran


tahunan cemerlang
-Hazriq Ikhwan bin Shahril Izwan

5) Anugerah Salam perkasih


-muhammad Farhan bin Safari

6) Anugerah kepimpinan Pengawas


terbaik
-Muhammad Shahrul Rizal bin Abdul
Samad

7) Anugerah Pengawas berdedikasi


-Muhammad iman Ikhwan bin sanuri

8) Anugerah Pengawas paling ringan


tulang
-Mohamad Syahin bin Mohamad
Sareh

9) Anugerah Pengawas paling


prihatin
-Muhammad Arif bin Mohammad
shah

10) Anugerah Pengawas berdisiplin


-Muhammad Affiq Deeniel bin Ansori

11)Anugerah Penyumbang positif (1)


-Nur Fardina Najwa Binti Hamdi

12) Anugerah Penyumbang positif (2)


-Qayriesha Nursuci Binti Hisham

13) Anugerah berdedikasi luar biasa


-Miqa qaleesha Binti Mohammad
Khair

14) Anugerah Inspirator produktif


-Muhammad Hazry Iqram bin Mohd
Noralif

15) Anugerah Pemangku


tanggungjawab
-Debby Alyeana Francesa

Majlis merakamkan jutaan terima


kasih kepada Yang Berusaha Encik
Misnan bin Ahmad Atas
penyampaian anugerah itu tadi.
Cabutan bertuah Tuah ayam tampak di kaki , tuah kita
siapa yang kena.

Hadirin Dan hadirat,

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan, Yang
Dikasihi Puan Azizan binti Abdul
Rahman untuk menyampaikan
hadiah kepada 5 orang yang bertuah.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Dikasihi Puan Azizan binti Abdul
Rahman atas penyampaian itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Yang


Dihormati Encik Misnan bin Ahmad
untuk menyampaikan hadiah kepada
5 orang yang bertuah lagi.

Majlis mengucapkan terima Kasih


kepada Yang Dihormati Encik Misnan
bin Ahmad Dan Tahniah kepada
pemenang cabutan bertuah.
Penutup Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandia putera puteri ;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Majlis kita sampai dipenghujungnya,
Pihak majlis mohon merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis pada siang ini
berlangsung dengan jayanya.

Sekian , terima kasih.

Sesi Bergambar Seterusnya, diminta semua ahli


Lembaga pengawas dan guru-guru
berkumpul di hadapan kolam untuk
sesi bergambar

Anda mungkin juga menyukai