Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA SEMENTA 2023

Dipersilakan semua guru ke Dewan Seri Tanjung bagi memulakan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda
SeMenTA pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kata Aluan Pengerusi Majlis

Asalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Darul Takzim dan Salam Malaysia Madani.
Yang berusaha, Tuan Zulkifli bin Md. Pungot, Pengetua, SMK Tanjung Adang.
Yang dihormati, Encik Rosli bin Miskam, Penolong Kanan Pentadbiran.
Yang dihormati, Puan Siti Baizura binti Shariff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati, Encik Damanhuri bin Mohamed Radzi, Penolong Kanan Kokurikulum.
Barisan guru, Pemimpin-pemimpin Muda SEMENTA, serta rakan-rakan yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis Pelantikan Pemimpin-pemimpin Muda SEMENTA bagi sesi 2023/2024.

Cantik sungguh si burung kedidi,


Hinggap sebentar di tepi perigi,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah

Hadirin sekalian,
Majlis perhimpunan ini akan diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Bangsa Johor, lagu
Negaraku dan lagu Sekolah. Pengawas bertugas sila bersedia untuk menaikkan bendera. Semua guru
dan rakan diminta berdiri tegak, tangan di sisi dan bersama-sama menyanyikan tiga buah lagu tersebut
diiringi muzik dengan penuh bersemangat.

Bacaan Doa

Pemimpin cemerlang menjadi matlamat,


Intelektual tinggi berbudi pekerti,
Doa dibaca memohon selamat,
Moga majlis terus diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Muhammad Afiq bin Iswandi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Pastikan pembaca doa sudah selesai membacakan doa)

Amin...Amin...Amin ya rabbaal a’ lamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar

Seterusnya dipersilakan Saudara Muhammad Shahrul Fitri Bin Daiman untuk mengetuai bacaan Ikrar
Rukun Negara dan ikrar pelajar.

1
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(Pastikan bacaan ikrar selesai)

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Shahrul Fitri Bin Daiman atas bacaan ikrar itu tadi.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin hadirat sekalian,

Konsep Majlis Pemimpin Muda SEMENTA merupakan permuafakatan unit kepemimpinan sekolah yang
terdiri daripada
 Student Leader Board (SLB)
 Badan Pengawas
 Pengawas Pusat Sumber Sekolah
 Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan
yang mempunyai bidang tugas dan peranan tersendiri. Hal ini bertujuan, meningkatkan keberkesanan
fungsi dan tanggungjawab pemimpin muda di sekolah ini.

Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua pemimpin muda di SMK Tanjung Adang.

TAHNIAH diucapkan kepada rakan-rakan yang telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk memikul
tanggungjawab penting di alma mater ini.

Ucapan Pengetua

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkap majlis jika tiada bicaranya.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Zulkifli bin Md Pungot, Pengetua
SMK Tanjung Adang untuk menyampaikan amanat beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan pegetua selesai


(Pastikan pengetua sampai ke tempat duduk semula )

Terima kasih diucapkan kepada


Tuan Zulkifli bin Md. Pungot, Pengetua SMK Tanjung Adang atas amanat yang telah disampaikan
sebentar tadi. Semoga menjadi ingatan dan panduan buat kita semua.

Para pemimpin muda SeMenTA diminta bersedia.

Dipersilakan Encik Rosli bin Miskam PK Pentadbiran SMK Tanjung Adang mengiringi Tuan Zulkifli bin
Md. Pungot menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi bagi setiap unit Majlis Pemimpin Muda
SEMENTA.
Dipersilakan.

Ketua-ketua setiap unit mengambil watikah

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Upacara Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ahli Majlis
Pemimpin Muda SEMENTA bagi sesi 2023/2024.
2
Upacara dimulakan dengan mempersilakan Saudara Saiful Aminudin bin Jum’at selaku Pengerusi bagi
Unit Student Leader Board (SLB) untuk menerima watikah pelantikan.

Seterusnya dipersilakan Nur Laila Binti Mohd Suhaimi selaku Penolong Ketua Pengawas Sekolah untuk
menerima watikah pelantikan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Saudara Khuzairi Muqri Bin Rahim selaku Pengerusi Pengawas Pusat Sumber
Sekolah untuk menerima watikah pelantikan. Dipersilakan.

Seterusnya, dipersilakan Saudara Muhammad Izzat Haziq bin Zainal selaku Pengerusi bagi Unit Majlis
Tingkatan yang terdiri daripada ketua dan penolong setiap tingkatan untuk menerima watikah pelantikan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Zulkifli bin Md. Pungot atas kesudian tuan
menyempurnakan upacara penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

(Pastikan pengetua sampai ke tempat duduk semula)

Ikrar watikah pelantikan

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Saudara Saiful Aminudin bin Jum’at untuk mengetuai bacaan
ikrar Ahli Majlis Pemimpin Muda SeMenTA.
Dipersilakan.

Terima kasih Saudara Saiful Aminudin bin Juma’at atas bacaan ikrar itu tadi.

Nyanyian lagu Nyalakan Tekad

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Nyalakan Tekad oleh semua Pemimpin Muda SeMenTA diikuti
laungan SeMenTA.

Dipersilakan.

*nyanyian lagu Nyalakan Tekad

SEMENTA! Dihatiku.
SEMENTA! Juara.
SEMENTA! Gemilang.
Sekali lagi, dalam Bahasa Inggeris.
SEMENTA! In my heart.
SEMENTA! Champion.
SEMENTA! Excellent.

Terima kasih diucapkan barisan pemimpin muda SeMenta atas persembahan nyanyian dan laungan
SeMenTA itu tadi

Diharap semua pemimpin muda akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang
berwibawa dan bersedia mencurahkan khidmat bakti kepada sekolah yang tercinta ini.

Pengumuman guru bertugas


Untuk pengetahuan semua, guru bertugas pada minggu ini ialah:
1. Encik Jawi bin Yusop
3
2. Puan Siti Munirah binti Kassim
3. Encik Ahmad Daniel bin Manaf

Hadirin sekalian, majlis pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Andai tersilap tutur bicara
Jari disusun maaf dipinta

Dari Sabah ke Pekan Sari


Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Lain masa bersua lagi

Saya akhiri majlis ini dengan wabillahitaufiq walhidaayah wassalamualaikum wbt.


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Saya serahkan majlis ini kepada Encik Jawi bin Yusop

Anda mungkin juga menyukai