Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna dan Kempen Antidadah

SMK Tanjung Adang Tahun 2023


BIL BUTIRAN ACARA
1. Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, *Ucapan MC*
Salam muafakat Johor
dan salam Keluarga MALAYSIA Teguh Bersama
dan Salam Malaysia Madani.
Bismillahirahmanirahim
2. Yang Berusaha En Zulkifli bin Md Pungot,Pengetua SMK Tanjung Adang,
Yang Berusaha En Rosli bin Miskam Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Siti Baizura binti Shariff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik
Damanhuri bin Mohamed Radzi, Penolong Kanan Kokurikulum,
barisan guru kanan mata pelajaran,
guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian
3. Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis
Pelancaran Program Ziarah Cakna dan Kempen Antidadah peringkat
sekolah bagi tahun 2023 .
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama di dalam
majlis ini
4. Bagi meneruskan majlis, sama-sama kita menyanyikan lagu Johor dan
lagu Negaraku. *Lagu Johor
Semua hadirin diminta berdiri untuk bersedia. Dan
SEDIA. Negaraku*
- lagu dinyanyikan -
5. Para hadirin yang dikasihi, *Bacaan Doa*
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan, saudara Saiful Aminuddin untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
- slps doa -
Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi
memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.
Semua hadirin dipersilakan duduk.
6. Meneruskan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Pn Ainun bt Jusoh
Penyelaras Program Ziarah Cakna SMK Tanjung Adang untuk *Ucapan Pn
menyampaikan taklimat .Dipersilakan. Ainun*
- selepas taklimat -
Terima kasih Pn Ainun diatas taklimat itu tadi.
7. Majlis seterusnya mempersilakan Ustaz Ahmad Danial bin Manaf,
Penyelaras Kempen Antidadah Peringkat sekolah untuk menyampaikan *Ucapan Ust
taklimat. Dipersilakan .. Ahmad*
- selepas taklimat -
Terima kasih Ust Ahmad diatas taklimat itu tadi.
8. Majlis seterusnya mempersilakan Pn Siti Baizura bt Shariff, Penolong
Kanan HEM untuk membacakan Perutusan Kempen Antidadah bagi tahun *Ucapan Pn
2023 . Dipersilakan .. Siti Baizura*
- selepas ucapan -
Terima kasih Pn Siti Baizura diatas bacaan perutusan itu tadi.
9. Buah langsat di tepi busut
Mari dimuat di atas peti
*Ucapan Tuan
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati Pengetua*

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Tuan


Pengetua En Zulkifli bin Md Pungot bagi menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Pelancaran Program Ziarah Cakna dan Kempen
Antidadah Peringkat SMK Tanjung Adang bagi tahun 2023. Majlis
mempersilakan.
- selepas ucapan -
Terima kasih Tuan Pengetua diatas kesudian ucapan dan perasmian itu
tadi.
10. Bagi meneruskan acara, sama-sama kita saksikan gimik pelancaran
Program Ziarah Cakna dan Kempen Antidadah Peringkat SMK Tanjung *Gimik
Adang bagi tahun 2023 . Dipersilakan tuan pengetua diiringi oleh semua Pelancaran*
barisan pentadbir untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
- selepas gimik-
Terima kasih tuan pengetua dan semua barisan pentadbir.
11. Hadirin dan hadirat sekalian, *Lagu Dadah
Majlis kita berada dipenghujungnya dan akan diteruskan dengan nyanyian Durjana &
lagu Dadah Durjana dan Lagu Sekolah. lagu
Semua guru dan murid diminta berdiri dan bersedia. Sekolah*
SEDIA.
12. Saya mewakili pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada *Penutup*
semua guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam merealisasikan majlis pelancaran program pada hari ini. Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t

Saya serahkan kepada guru yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai