Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum w.b.

t
Saya bagi pihak majlis mengalu- alukan kedatangan tuan-tuan, puan-puan, dan
hadirin sekalian ke Majlis Graduasi Prauniversiti 2013/2014 Sek. Men. Keb. Tun Dr
Ismail Bakri, Muar. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi. Para hadirin dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing.
Mohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon
bimbit atau meletakkan nada silent mode bagi melancarkan majlis kita pada malam
ini.
Mohon kerjasama para hadirin agar berdiri semasa perarakan berlangsung kerana
selepas sahaja ketibaan Canselor, Tetamu Kehormat, pengetua, dan dif-dif
jemputan mengambil tempat, kita akan menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Johor.
Harap maklum.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Jajaran mengkudu di selang bidara,
Di celah angsana meredup di hutan,
Awal bismillah pembuka bicara,
Majlis gemilang kita raikan.
Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berbahagia Tuan Canselor, Tuan en puniran bin denan pegawai pendidikan
daerah muar, Yang Berhormat Yang Berusaha Tuan Pegetua SMK Tun Dr Ismail,tun
hj hassan adli bin jaid Yang Berbahagia, Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Muar,En
Azman Bin Masom, Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Sanisah Binti Ariff, PenolongPenolong Kanan, Guru-guru kanan, Guru-Guru dari Unit Bimbingan Kaunseling dan
Psikologi, semua barisan pendidik Tingkatan 6, para guru dan para pelajar yang
diraikan sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kehadiran Yang Berbahagia dan Yang Berhormat kerana sudi meluangkan masa untuk
bersama-sama meraikan majlis yang penuh bersejarah ini. Terima kasih kami
ucapkan.
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana atas
limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita berhimpun pada malam iniuntuk bersama-sama

menyerikan Majlis Graduasi Prauniversiti Tingkatan 6 2013/2014 yang bakal


berlangsung sebentar lagi.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pelajar yang telah berjaya
menamatkan persekolahan sehingga ke semester akhir Tingkatan 6 dan menghargai
sumbangan pelajar Tingkatan 6 disamping mendedahkan pelajar kepada sistem
pembelajaran di peringkat universiti. Majlis ini juga diharapkan menjadi pembakar
semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun
hadapan dan berazam untuk melakukan yang terbaik serta mewujudkan daya saing
antara mereka bagi meningkatkan prestasi akademik sekaligus mencapai keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tahun 2015.

Sidang hadirin sekalian,


Lebah bersarang dirumpun buluh,
Jatuh tertimpa di pohon nipah,
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita menadah
tangan memohon limpah dan rahmat-Nya. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara Muqtasidin Bin Hasnol Hadi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin.majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
saudara Muqtasidin Bin Hasnol Hadi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan.


Sebelum majlis merentas masa, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengetua,
Tuan Hj hassan adli bin jaid untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.
Majlis Graduasi Prauniversiti 2012/2013 diteruskan lagi pada malam ini dengan
ucapan daripada Yang Berhormat, Tuan Canselor ,en puniran bin denan untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Prauniversiti
2012/2013 pada malam ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
Terima kasih atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.
Lemang dihidang enak rasanya,
Nasi dagang pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Ucapan tetamu kehormat menyusul pula

Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kehormat kita,
Yang Berhormat , Tuan Hj hAsan adli bi n jaid . majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang sangat
bermakna itu tadi.
Kalau roboh Kota Melaka,
Bawa diri ke Tanjung Jati,
Majlis bermula tirai dibuka,
Acara Penganugerahan Sijil Graduasi.
Hadirin sekalian,
Kini tibalah kita ke upacara Penganugerahan Sijil Graduasi kepada para graduan
2012/2013. Dengan ini majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Canselor, en puniran
bin denan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tuan Hj Murad Bin Ahmad Ghazali dan
Penolong Kanan Tingkatan 6, Puan Sanisah Bt Ariff untuk mengiringi Yang
Berbahagia untuk menyempurnakan penganugerahan sijil graduasi pada malam ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Penyampaian sijil dimulakan dengan mempersilakan saudariNurul Hidayah Bt Hj
Masrom untuk menerima Sijil Graduasi Penuh.

*Seterusnya dipersilakan saudari AnaniBt Elias untuk menerima Sijil Graduasi


Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara Mohd Azammudin Bin Adros untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Siti Nur Azizah Bt Mohd Zaini untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Geetha A/P Bandurengan untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Farah Hanani Bt Mohd Yusof untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Lim Cha Chi untuk menerima Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Nabilah Bt Hidzir untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Chia Jia Yun untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Siti Hanun Bt Hishamudin untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari Hanifarhana bt Zulkifli untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara Nur afiq affendi bin samsuri untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara lee jia xin untuk menerima Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara theviyahraja a/L thangaraja untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari nuraliah bt kamil untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari zahariah bt salehan untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.

* Seterusnya dipersilakan saudari nurhasanah bt mohd yusof untuk menerima Sijil


Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari nurul fateha bt mohamad untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh dan telah mendapat anugerah mata pelajaran terbaik sejarah.
* Seterusnya dipersilakan saudari nur khatijah bt idris untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari nur syahirah bt kadri untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari lau shi teng untuk menerima Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara chia kim hui untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara teo jia ying untuk menerima Sijil Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara mohd ariff bin mohd zin untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudara goh wei kiat untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh.
* Seterusnya dipersilakan saudari nursakina bt marso untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh
*Majlis seterusnya memepersilakan saudara Goh Ka Wei untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.00.
* Seterusnya dipersilakan saudari erra afiffa bt ali untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.08 dan telah menerima anugerah
mata pelajaran terbaik Seni visual.
* seterusnya memepersilakan saudara muhd azrul bin fakhruddin untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.09.
* seterusnya memepersilakan saudara toh wee min untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.17
* seterusnya memepersilakan saudara lee jia huey untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.25.

* seterusnya memepersilakan saudara kam hwee wen untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.33.
* seterusnya memepersilakan saudara nur hafizi bin mustari untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.33 dan telah mendapat
anugerah mata pelajaran terbaik bahasa Malaysia.
* seterusnya memepersilakan saudara toh xue qi untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.42.
*seterusnya memepersilakan saudara so pei yun untuk menerima Sijil Graduasi
Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.42.
*Majlis seterusnya memepersilakan saudara quek se zoe untuk menerima Sijil
Graduasi Penuh dengan cemerlang dengan gred purata 3.42 dan telah mendapat
anugerah mata pelajaran terbaik ekonomi.
*Seterusnya majlis menjemput saudara Mohamad Amirul Bin Said untuk menerima
Sijil Graduasi Penuh dengan Cemerlang, dengan Gred Purata 3.42 dan telah
menerima anugerah mata pelajaran terbaik Seni Visual.
* Dijemput saudari Angeline Ang Chien Wee untuk menerima sijil Graduasi Penuh
dengan cemerlang, dengan gred purata 3.58 dan telah mendapat anugerah mata
pelajaran terbaik Pengajian Perniagaan dan Pengajian Am serta mendapat anugerah
pengetua.
*Majlis mempersilakan saudari Lim Shue Fang untuk menerima sijil Graduasi Penuh
dengan Cemerlang, dengan Gred Purata 3.67 dan telah menerima anugerah mata
pelajaran terbaik Geografi serta mendapat anugerah pengetua.
*seterusnya upacara penyampaian anugerah khas bagi subjek cemerlang. Majlis
menjemput encik nizam bin Othman bagi menerima pencapaian cemerlang stpm seni
visual dgn pgnk sebanyak 3.52 dengan peratus kelulusan 100%.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan atas penyempurnaan Sijil
Graduasi untuk Pelajar Tingkatan 6. Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pelajar
yang telah Berjaya menamatkan persekolahan sehingga ke peringkat tingkatan 6.

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati sekalian,

Bulan purnama di balik meranti,


Kembang seroja di tepian titi,
Si manis berdandan rapi berseri,
Si teruna segak tidak terperi.
Majlis yang elok, dihiasi busana yang cantik, haruslah dirakam buat tatapan di masa
akan datang. Untuk itu, sesi bergambar akan diadakan sebentar lagi.dengan ini
dijemput,
1. semua guru-guru dan pelajar para graduasi untuk mengambil gambar.
2. Seterusnya dipersilakan semua guru Tingkatan 6 dan para graduasi untuk
mengambil gambar.
Sekarang majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata
kepada yang berbahagia Tuan canselor. Majlis dengan ini menjemput tuan pengetua,
tuan hj murad bin ahmad ghazali diiringi oleh penolong kanan tingkatan 6, pn sanisah
b tariff untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia tuan canselor.
dipersilakan
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hj Mustapha Bin Kadir
selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri, untuk menerima cenderamata.majlis
dengan segala hormatnyamempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua tuan hj murad bin ahmad ghazali dan
penolong kanan tingkatan 6 , puan sanisah bt ariff atas penyampaian cenderamata
itu tadi.
Tuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian,
Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara,
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Hadirin hadirat sekalian,
Kini, majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Canselor, Yang berhormat, Tuan Hj
Mustapha Bin Kadir selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri , Yang Berusaha Tuan
Pengetua, Yang Dihormati Pegawai Tingkatan 6, Dif-dif jemputan dan semua guru
untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Seloka bukan sebarang seloka,
Seloka pantun hiasan diri,
Majlis kita berehat seketika,
Saksikan wadah istimewa ini.
Sementara menjamu selera, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
yang akan menyusul yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6
Bawah Kohot Ekonomi dan Kohot Kemanusiaan 2013/2014. Persembahan ini adalah
nyanyian yang akan dipimpin oleh Nur Fateha bt Sahar dan Nurul izzah alyaa bt
haironasir. Lagu yang akan dipersembahklan ialah I have a dream dan gemuruh.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. terima kasih atas persembahan
yang begitu menarik sekali..
Bagi meneruskan majlis kita pada malam ini, majlis dengan ini akan mengumumkan
anugerah-anugerah yang telah difikirkan sesuai untuk malam ini. Dengan ini majlis
dengan suka citanya menjemput . untuk menyampaikan
cenderahati kepada pemenang. Majlis menjemput:
1. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
2. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah

3. saudara/saudari .. untuk menerima


anugerah
Seterusnya, dipersilakan
4. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
5. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
6. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
7. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
8. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
9. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
Dan anugerah yang terakhir akan diberikan kepada
10. saudara/saudari .. untuk menerima
anugerah
ribuan terima kasih diucapkan kepada atas
penyempurnaan penyampaian cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dengan penyampaian cenderamata kepada para pemenang senentar tadi, dengan ini,
tamatlah Majlis Graduasi Prauniversiti 2012/2013 SMK Tun Dr Ismail Bakri Muar.
Majlis merakam kan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Tuan Canselor, Tuan Hj Imam Pekeh Bin Hj Yassin,
Yang Berhormat Dato Sri Hj Saipol Bahari Bin Hj Suib selaku ADUN Bukit
Naning, Yang Berusaha Tuan Pegetua SMK Tun Dr Ismail, Tuan Hj Murad Bin
Ahmad Ghazali, dan Yang Berbahagia, Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Muar,
En Azman Bin Masom.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan pendidik, Ahli Jawatankuasa Kerja, Para Tetamu jemputan, para
graduan yang diraikan dan semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis
bersejarah yang penuh gemilang pada malam ini.
Buah pedada si buah pala,
Tumbuh di taman bunga melati,
Kalau ada silap dan salah,
Usah disimpan di dalam hati.

Kalau menabur benih melati,


Taburlah bersama kuntuman kemboja,
Kalau tertegur, terasa hati,
Anggaplah sahaja gurauan dari kami.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain maa bersua lagi.
Sekian wabilahitaufik walhidayah, Wassalamualaikum w.b.t
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai