Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL 2014 HARI: SABTU

(8 FEBRUARI 2014) TEMPAT: DEWAN SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, JOHOR BAHRU

BIL 1.

PERKARA Makluman umum sebelum majlis bermula

2.

Ketibaan VVIP

SCRIPTS Mohon para hadirin memenuhkan ruang tempat duduk di hadapan. Sila matikan telefon bimbit semasa majlis berlangsung. Memohon tetamu berdiri ketika VVIP berjalan masuk Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berhormat Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad Ahli Parlimen Johor Bahru diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail ke tempat duduk utama. Hadirin mohon berdiri.

TINDAKAN Pn. Aishah Muhari

CATATAN

Pn. S.Maryam Hasbullah

3.

Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku

Bagi memulakan acara, sama- sama kita nyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku dengan iringan music.

Pn. Aishah Muhari

Selesai nyanyian

Semua hadirin dipersilakan duduk

Pn. S.Maryam Hasbullah Pn. S.Maryam Hasbullah

4.

Bacaan doa

Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat darinya. Untuk itu, majlis mempersilakan Al- Fadhil ustaz . Bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin, amin ya rabbal alamin.

Selesai Doa

5.

Kata- kata aluan Pengerusi Majlis

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada AlFadhil ustaz . Atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda, Hadir tuan meriah suasana, Kami menyambut penuh gembira Assalamualaikum WBT , selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pn. Aishah Muhari

Pn. Aishah Muhari

Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru

Yang berusaha Tuan Haji Yusoff Bin Adam Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Karim B.Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Yang Dihormati, En. Razali B. Tamadi, Guru Penolong Kanan 1, Yang Dihormati, Pn. Zaleha Binti .., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati, Pn. Nariha Binti Abd Aziz Guru Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dihormati, Encik Musa Bin Guru Penolong Kanan Petang SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Yang Dihormati, Pn. Yuhanes Binti .. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Yang Dihormati, Barisan guru kanan mata pelajaran, AJK PIBG, Para Guru, para ibu bapa, Pelajar-pelajar yang diraikan seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah Pada Pagi yang indah ini kita dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk sama-sama berkumpul di dewan SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru ini dalam majlis gilang gemilang iaitu MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU bagi tahun 2014. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih. Semoga dengan kehadiran semua, majlis kita akan berseri dan bermakna. Tujuan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 yang lalu. Di harap agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat juang untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi pada masa hadapan. Hadirin sekalian, Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya, Tak lengkap majlis jika tiada yang berbicara..

6.

Ucapan alu-aluan Pengetua UCAPAN 1 (PENGETUA)

Pn. S.Maryam Hasbullah

Oleh itu, tirai ucapan pagi ini dimulakan dengan ucapan Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Yusoff Bin Adam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. *UCAPAN 1 (PENGETUA) Selesai ucapan 1 Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan Haji Yusoff Bin Adam, Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru. Atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan itu tadi. Hadirin sekalian Seterusnya, kita dengarkan pula ucapan daripada Yang dihormati , Tuan Haji Mohd Karim Bin Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya *UCAPAN 2 (YDP PIBG) Selesai ucapan 2 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati , Tuan Haji Mohd Karim Bin Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi. Baiklah, seterusnya Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru Bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU bagi tahun 2014. MAJLIS MEMPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA. *UCAPAN 3 (YB DATO) Selesai ucapan 3 Pn. Aishah Muhari Pn. Aishah Muhari

7.

Ucapan Yang di Pertua PIBG UCAPAN 2 (YDP PIBG)

Pn. Aishah Muhari

Pn. S.Maryam Hasbullah Pn. S.Maryam Hasbullah

8.

Ucapan Perasmian UCAPAN 3 (YB TAN SRI DATO)

Bunga selasih di dalam puan, Harum melati penyeri intan, Terima Kasih ucapan Tuan, Kekal bersemi dalam ingatan Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Tan Sri Dato, Menyampaikan ucapan dan seterunya merasmikan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR BAGI TAHUN 2012 SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, JOHOR BAHRU.

9.

Persembahan Pelajar

Baiklah, bagi meneruskan acara Marilah sama-sama kita saksikan persembahan Dengan tajuk .. Majlis mempersilakan. *PERSEMBAHAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan :

Pn. Aishah Muhari Pn.

Selesai Persembahan

S.Maryam Hasbullah

10.

Penyampaian Anugerah PMR

Berkurung batik berwarna merah, Diserikan dengan permata belian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Hadirin sekalian, Oleh itu bagi menyempurnakan acara, Dengan penuh takzim majlis mempersilakan Tuan Haji Mohd Karim B.Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Diringi oleh Yang Dihormati, En. Razali B. Tamadi, Guru Penolong Kanan 1, SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Dan Pn. Zaleha Binti .., Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Untuk menyempurnakan majlis, Dipersilakan.

Pn. S.Maryam Hasbullah

PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 1 (5A) Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 5A 2B 1 C *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 5A 3B 1D *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 5A 3B 1C *RUJUK SENARAI

Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 5A 3B *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 5A 4B *RUJUK SENARAI

PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 2 (6A) Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 6A 1B 1C *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 6A 1B *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 6A 2B *RUJUK SENARAI PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 3 (7A) Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 7A 1B 1D *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 7A 1B 1C *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 7A 1B *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 7A 2B *RUJUK SENARAI PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 4 (8A) Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 8A 1D *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 8A 1C *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 8A 1B *RUJUK SENARAI Selesai KATEGORI Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada; Yang dihormati, Tuan Haji Mohd Karim B.Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi. Pn. Aishah Muhari

11.

Penyampaian Anugerah Straight A dan Bantuan Awal Persekolahan

Hadirin sekalian, Seterusnya bagi menyempurnakan acara penyampaian Anugerah bagi Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan STRAIGHT A dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan, Dengan penuh takzim majlis mempersilakan

Pn. Aishah Muhari

Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru Diringi oleh Yang berusaha Tuan Haji Yusoff Bin Adam Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Untuk menyempurnakan majlis, Dipersilakan. Dan Pn. Nariha Binti Abd Aziz Guru Penolong Kanan Kokurikulum

PENYAMPAIAN HADIAH SLOT 4 (STRAIGHT A) Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 8A *RUJUK SENARAI Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2013 dengan keputusan 9A *RUJUK SENARAI Seterusnya; Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 Kepada: *RUJUK SENARAI Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada; Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. selaku Ahli Parlimen Johor Bahru atas kesudian beliau menyampaikan Anugerah dan wang Bantuan Awal Persekolahan sebentar tadi. Tahniah dan Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua penerima anugerah. Pn. S.Maryam Hasbullah

12.

Penyampaian Cenderahati

Sesungguhnya kesudian Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. selaku Ahli Parlimen Johor Bahru Dan Tuan Haji Mohd Karim B.Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru Ke majlis kami merupakan satu suntikan semangat buat kami di SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru ini untuk terus berusaha demi kecemerlangan anak-anak yang dikasihi. Anak haruan berlima-lima, Mati dirimpa punggur berdaun, Budi tuan kami terima, Jadi kenangan bertahun-tahun Oleh itu dipersilakan yang berusaha Tuan Haji Yusoff Bin Adam, Pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang berbahagia, YB Tan Sri Dato Shahrir Bin Abd Samad. selaku Ahli Parlimen Johor Bahru Dan Tuan Haji Mohd Karim B.Wagiman, Yang Dipertua PIBG SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru *cenderamata YDP PIBG *cenderamata YB

Pn. S.Maryam Hasbullah

Selesai Bagi Cenderamata 13. Penutup

Terima Kasih, Yang Berhormat Tan Sri Dato serta Terima Kasih YDP Tuan Haji. Madah diungkap santun bicara, Pantun dilantun mengusik hati, Salah dan silap tutur bicara, Pohon di ampun seiklas hati Kain yang carik Cuma dihujung Dibuat alas mengelap kendi Budi yang baik tetap dijunjung Tahun hadapan berjumpa lagi Dengan ini maka berakhirlah sudah MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU bagi tahun 2014. Pihak majlis berbesar hati menjemput tetamu kehormat kita Yang Berhormat Tan Sri Dato Shahrir. diiringi dif-dif jemputan dan barisan pentadbir bergerak ke kantin bagi menikmati sedikit jamuan. SEKIAN TERIMA KASIH.

Pn. Aishah Muhari Pn. Aishah Muhari

Anda mungkin juga menyukai